-20-

287 29 3
                                    

" Semua orang baik-baik saja?"

Ara menggumam di dalam hati dan kedengaran tiga lagi 'Ara' didalam sana tertawa kecil.

" Siapa yang patut risaukan siapa sekarang ni?"

Ara tidak dapat menahan dirinya daripada menyunggingkan senyum sekilas dari sebalik perca yang digunakan untuk menyumpal mulutnya .

Sejak dia kembali sedar entah sejak dari pandangan gelap yang menyerkup penglihatannya sebaik sahaja dia menghidu satu bau yang menyengat itu, Ara tidak cuba untuk melepaskan diri walaupun dia tahu dia boleh melakukannya.

Dengan matanya terasa diikat juga dengan perca kain serta kaki dan tangannya yang dililit menggunakan pita,Ara kembali mengagak-agak di mana dia dibawa.Tidak ada bau hapak dan pengap yang ditangkap indera baunya dan Ara tahu dia tidak dikurung didalam sebuah bilik yang berkunci tanpa ada pengaliran udara yang baik.

Suasana sekitar tidak pula panas atau terlalu sejuk.Suhu terasa sedang dan ada bunyi pendingin hawa yang menderu serta sofa dimana Ara terjaga beberapa minit lepas terasa empuk menandakan penculiknya itu boleh dikatakan melayannya dengan baik-baik sahaja.Bau seperti minyak zaitun yang pekat dan baru diperah.Manusia biasa.Begitu Ara menyimpulkannya.

" Kita apakan dia nanti?"

" Biar aku campak dia keluar tingkap !"

" Tak..Baiknya sihir sahaja biar dia tahu diri !"

Suara-suara di belakang kepala Ara yang saling berbalah tentang apa yang akan dilakukan kepada penculik itu kedengaran  lagi.

" Tunggu dulu.Kita perhatikan sahaja keadaan dan siapa pelakunya.Menguruskan dia seorang sepatutnya mudah tapi ia tidak akan menyelesaikan semua masalah.Kita patut cari siapa dalang disebalik semuanya supaya punca tu dapat dihapuskan sekaligus."

Mendengar kata-kata itu, suara dibelakang kepala Ara senyap sekali lagi dan 'mereka'mulai tenang.

Sementara itu,susuk tubuh yang menyergap Ara itu mundar-mandir sambil matanya tidak lepas daripada memerhatikan Ara yang duduk tegak di atas sofa dengan kaki tangan yang terikat serta mulut dan mata yang bertutup.Memikirkan bagaimana caranya untuk menerangkan kepada Ara akan tujuannya yang sebenar dan mengapa dia terpaksa melakukan hal tersebut.

Ryo  tahu tindakannya itu salah tetapi dia tidak mempunyai pilihan yang lebih baik selain daripada terpaksa membawa Ara secara kasar dengan mengikatnya seperti penculik diatas beberapa sebab.

Pertama-jika dia berjumpa dengan Ara secara baik,apa ada kemungkinan bahawa gadis itu akan mempercayai apa yang dikatakannya?

Jika sedikit beruntung tidak dipercayai juga tidak mengapa tetapi jika malang melintang,silap haribulan dia boleh dicop tiga suku.Pasti Ara tidak akan teragak-agak menyemburnya dengan penyembur neuro-toksin yang boleh menyebabkan kekejangan otot.

Ataupun paling kurang menyemburnya dengan penyembur cecair HPLC  yang memiliki kemolaran Kapsaisin tinggi bernilai sehingga puluhan Schoville dan boleh menyebabkan kebutaan jika disembur tepat ke mata.

Bayangkan sahaja pati daripada perahan cili paling pedas disemburkan ke mata ! Wah...membayangkannya sahaja Ryo sudah tidak sanggup.

Kedua,jika tidak diikat begitu tidak ada jaminan bahawa Ara tidak akan mencederakannya kerana jelas sekali gadis kurus itu memiliki kemampuan untuk membuatkan Ryo hampir kehilangan nafas beberapa minggu yang sudah.Pergerakannya pantas dan tepat tidak padan dengan tampang penyakitan seperti orang tidak cukup makan dan kurang tidur itu.

Dan sebab paling kuat adalah ,Ara pasti menyangka dia bekerjasama dengan Bangsa Athos demi mengingat semula betapa Ara mengeluarkan kata-kata kebencian itu dari celah gigi yang diketap tempoh hari dan alasan itu sudah cukup untuk menghalalkan Ara mematahkan tulang rusuknya atau sekurang-kurangnya membuatkan dia terbaring di hospital dengan kaki atau tangan yang berbalut simen !

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now