Darius menghela nafasnya seraya menekankan bingkai kaca mata lebih rapat ke hidung dengan wajah bertekad namun belum sempat dia melompat turun dari atas tembok tinggi yang susah payah dipanjatnya,satu tangan yang cukup kuat mencengkam pergelangan kaki dan menariknya membuatkan Darius hilang keseimbangan dan akhirnya terjatuh semula ke belakang.
Dirasakannya ada sekurang-kurangnya enam tangan lain yang berusaha menyambutnya agar dia tidak jatuh terhempas ke permukaan tanah dan Darius tahu.
Dia tertangkap lagi !! Untuk kesekian kalinya.
Tangan kukuh yang memeganginya di tepis kasar dan pantas dia berpaling sambil melayangkan tatapan keras kepada empat batang tubuh yang berderet tegak di belakangnya dan sedang memandangnya dengan datar tanpa perasaan.
" Tuan Muda nak keluar lagi?"
Lelaki dengan sut hitam yang dikancing penuh itu memandangnya sambil tersenyum.
" Benarkan saya keluar, Pakcik." Darius menyahut " Saya janji saya tak akan buat hal di luar nanti."
" Maaf Tuan..Saya tak boleh lepaskan Tuan kali ini.Arahan dari Tuan Besar jelas dan.."
Darius tidak mahu ambil perduli dan kembali berusaha untuk memanjat tembok tinggi tersebut.Tembok putih yang menjadi penghalangnya daripada dunia luar hanya setinggi lebih kurang dua meter namun nampaknya dengan arahan daripada ayahnya, tembok tersebut akan menjadi tinggi sekali dan semakin sukar untuk dilepasi.
Dengan hanya satu anggukan kepala daripada lelaki separuh usia itu, empat orang lelaki bertubuh tegap dan berwajah dingin kembali menghulurkan tangan dan Darius kembali berada diatas permukaan tanah.
" Tuan Muda kan boleh minta secara baik kepada Tuan Besar."
Lelaki dengan uban putih mulai menempati sisi pelipis dan tubir anak rambut itu tidak memperdulikan Darius yang meronta-ronta daripada pegangan tangan lelaki-lelaki bertubuh tegap itu yang merengkuh tubuhnya seperti lingkaran rantai besi yang berat.
Walaubagaimana sekalipun Darius meronta dan cuba mengais tanah bagi membenamkan tumit kakinya agar tubuhnya tidak diseret , tenaga yang dimiliki lelaki -lelaki bertubuh tegap itu tidak ubah seperti tenaga kerbau jantan yang jauh lebih besar daripadanya.
" Lepaslah...iskkk..Lepasssssshhhh.."
Jangkauan tangan Darius yang cuba untuk melepaskan diri daripada cengakaman para pengawal keselamatan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan mereka malah dalam masa dia meronta-ronta seperti lembu yang naik minyak ,tubuhnya sudah diheret sehingga memasuki taman belakang.
Mendadak pegangan tangan para lelaki pengawal keselamatan tersebut longgar dan jika Darius tidak segera berdiri, pasti dia sudah terjungkal ke belakang.
" Selamat malam, Tuan Muda Keii.."
Lelaki berusia tersebut pantas tunduk rendah hampir sembilan puluh darjah dan diikuti oleh empat lagi lelaki lain yang tadinya memegang Darius dengan kejap.Darius bingkas berdiri tegak sambil menatap tajam wajah para pengawal keselamatan yang menangkap nya itu.
" Melihat siapa yang ada perlukah saya tanya apa yang berlaku?"
Keii yang berada dalam balutan kemeja putih serta seluar kelabu luntur tersebut menatap tajam wajah setiap salah seorang daripada mereka yang berada disitu dan akhirnya mendarat ke wajah Darius yang berpeluh dengan rambut kusut masai.
" Maafkan kami, Tuan Muda.." Senyum lelaki separuh usia tersebut . " Kami tak mahu mengganggu masa rehat Tuan Muda.Selamat malam.."
Keii tidak menyahut tetapi wajah Darius ditatapnya nanar seperti sahaja lelaki yang satu itu sudah melakukan sesuatu kesalahan besar yang sukar diampunkan.Melihat para pengawal keselamatan kembali memegang tangan Darius selepas memberikan tunduk hormat, Keii mencebik sinis.Nyata keturunan memang tidak akan boleh menipu!
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...