Tuan Zhenith sudah terlalu letih dan tidak perduli lagi akan kilauan lampu denyar daripada kamera para wartawan yang menyambar penglihatannya serta soalan-soalan aneh daripada mereka dan membiarkan sahaja pembantu khasnya Ertha dan Eiyo melayani pertanyaan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya apatah lagi untuk memberikan jawapan pasti bagi memuaskan hati semua pihak.
Terlepas daripada kepungan para wartawan yang seperti berkampung di hadapan gerbang besar Istana Templar dengan beberapa tangkapan dibuat oleh para pengawal keselamatan terhadap tindakan nekad para wartawan yang cuba menyelinap masuk,dia berhadapan lagi dengan kerumunan wartawan sebaik sahaja kenderan yang membawanya ke ibu pejabat Biro Keselamatan Persekutuan yang seperti sedang menunggunya disitu.
Sementara para pengawal keselamatan Istana Templar membentenginya daripada jangkauan tangan milik para wartawan yang cuba untuk menahannya sambil tangan yang lain pula menyua alat perakam suara,bersama Kiyo dan pasukan guaman Keluarga Artemis dia melangkah sepantas yang boleh bagi menaiki tangga besar tidak berbumbung yang akan membawanya ke ibu pejabat Biro Keselamatan Persekutuan di mana Darius ditahan sejak semalam.
Bersama Kiyo yang berdiri takzim di sebelahnya,Tuan Zhenith duduk dengan gelisah sambil matanya merayapi segenap ruangan tempat menunggu dimana dia dibawa oleh seorang anggota pasukan keselamatan tersebut manakala pasukan guaman Keluarga Artemis yang terdiri daripada seramai lima orang peguam yang bekerja secara khusus dalam hal yang melibatkan perundangan itu tidak kelihatan kerana mereka menguruskan sesuatu.
Ruangan tersebut dicat dalam warna putih yang cerah dan dipisahkan daripada ruangan untuk para tahanan oleh sebuah dinding kaca tebal tembus pandang yang kedap bunyi manakala para tahanan pula terpisah antara satu sama lain oleh pembatas daripada kaca dan ia kelihatan seperti para tahanan diberikan kubikel peribadi agar mereka lebih mempunyai privasi untuk berkomunikasi dengan pelawat masing-masing tetapi masih tidak terlepas daripada pengawsan kamera litar tertutup yang terdapat hampir disetiap sudut ruangan tersebut.
Dari sebalik dinding kaca,kelihatan pintu di tarik dari luar dan wajah Darius tersembul dari celah daun pintu dengan diiringi dua orang anggota pasukan keselamatan yang lengkap dengan pakaian seragam dan selaras senjata semi auto tersangkut dipinggang kanan mereka.Selepas mengangguk hormat kepada Tuan Zhenith,kedua-dua anggota pasukan keselamatan tersebut keluar dan meninggalkan Darius bersendirian di sebelah sana.
" Darius.." suara Tuan Zhenith seakan-akan tertelan dalam rasa sebaknya
sendiri " Darius tak apa-apa?"Wajah anak lelaki bongsunya itu walaupun kelihatan sudah bersih tetapi aneh sekaligus menyedihkan melihat Darius duduk di hadapannya dibatasi oleh dinding kaca kalis bunyi dan menyarung pula pakaian longgar berwarna kelabu dan dibahagian atas kocek kanannya,tertera enam angka yang bercetak dengan benang putih.Apatah lagi apabila tatapan mata Tuan Zhenith jatuh ke pergelangan tangan kiri Darius yang kelihatan bergari.
" Saya tak apa-apa,ayah."
Suara Darius kedengaran perlahan sahaja sambil matanya menatap sayu dari sebalik dinding kaca sementara tangan kanannya menggenggam kejap gagang telefon.
" Jaga kesihatan ayah..Saya baik-baik saja di sini."
"Pasukan guaman kita sedang melakukan sesuatu.Darius tunggu sahaja,bolehkan?"
" Apa sangat yang saya boleh lakukan disini,ayah.." Darius tertawa kecil tetapi jelas tawanya itu kosong sekali." Bukannya saya boleh meresap keluar melalui bawah pintu macam asap.."
"Makan.Mandi dan cuba untuk tidur."
" Iya..Ayah pun sama." Angguk Darius tersenyum lagi " Ayah tak ada nak tanya apa-apa?"
" Tanya apa? Ayah tahu Darius tak bersalah kerana ayah kenal siapa anak-anak ayah berbanding orang lain."
" Tak apalah tu,ayah.Kejahatan tak akan pernah menang melawan kebenaran dan kebaikan.Saya tak bersalah.Itu yang penting.."
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...