-13-

324 34 7
                                    

Tentang Darius dan Kiyo entah mengapa ada rasa ganjil yang dirasakan Ara namun dia hanya memerhatikan keadaan tanpa mahu bertanya kerana bimbang menyinggung perasaan kedua-duanya.

Tidak habis fikir dia bagaimana nasib kedua adik beradik itu boleh berakhir di ceruk dapur restoren kecil tersebut berdiri berjam-jam menghadap singki yang penuh dengan timbunan pinggan kotor.Atau terbongkok-bongkok mengemop lantai ,berlari-lari diantara dapur dan ruang makan mengurusi pesanan para pelanggan yang secara anehnya meningkat drastik pula jumlahnya dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Kiyo mahupun Darius kelihatan sangat jauh dari perkataan kerja kasar apatah lagi apabila mereka mengatakan baru pertama kali datang ke bandar.Penampilan mereka kemas dan bersih selayaknya orang-orang yang tidak pernah melakukan kerja berat.

Yang pasti entah mengapa-katanya Kiyo itu abang kepada Darius tetapi sesekali Ara perasan apabila Darius menatap tajam, pantas Kiyo menundukkan kepala seperti seorang pekerja yang takut dimarahi sang majikan.

Jika diberikan kerja,Kiyo dengan rela hati memilih pekerjaan yang sedikit berat dan menyisakan pekerjaan yang lebih ringan kepada Darius.Malah bukan tidak pernah berlaku kejadian Darius tersalah menghantarkan makanan kepada pelanggan namun berakhir dengan Kiyo yang menjadi mangsa jelingan tajam tuan punya restoren kerana tanpa teragak-agak dia mengaku walaupun Ara sendiri menyaksikan Darius memang melakukan kesilapan tersebut.

Andaian aneh yang muncul di benak Ara sejak pertama kali diperkenalkan kepada Darius dan Kiyo semakin membenihkan rasa syak namun Ara cuba juga untuk berlagak biasa.Darius dikatakan adalah adik kepada Kiyo namun menghairankan bagaimana Darius boleh memiliki bau khas Bangsa Athos tetapi sebaliknya Kiyo pula memiliki bau yang diketahui Ara sebagai bau manusia biasa.

Mereka berdua boleh sahaja membohongi tuan pemilik restoren tetapi mana mungkin dapat menipu deria bau Ara yang tajam.Dan persoalan paling besar pada Ara adalah bagaimana Bangsa Athos boleh berada di dalam dunia manusia pula?

Waktu-waktu selepas makan tengah hari adalah waktu rehat mereka kerana bilangan pelanggan yang kurang dan adakalanya ruang makan lengang sahaja.

Setelah memastikan pinggan kotor sudah dibereskan, Ara menyempatkan diri untuk melabuhkan punggung di ruang hadapan sambil matanya tertumpu ke skrin televisyen di dinding yang sedang memaparkan rancangan Buletin Tengahari.

Ara sering memanfaatkan masa senggang begitu dengan melayani rancangan berita tersebut semata-mata ingin mengetahui apakah akan muncul tajuk berita tentang seorang pesakit mental yang melarikan diri daripada hospital tetapi sehingga kini ia tidak pula ia terpapar dalam berita tersebut.

Hairan sekali rasanya kerana keadaan yang dipaparkan  melalui rancangan tersebut semuanya terlalu normal.Politik itu ini.Jenayah di sana sini.Artis itu ditangkap.Artis ini bercerai.Ahli politik A memburuk-burukkan ahli politik B.Berita basi yang terlalu biasa.

Tidak menyentuh sedikit pun tentang peristiwa kehilangannya sedangkan jika dilihat akan skala dan perimeter carian semasa Ara melarikan diri hari tersebut sehingga melibatkan sekatan lalulintas dan pencarian menggunakan skuad anjing pengesan ,tidak mengejutkan jika wajahnya terpampang sebagai orang yang dikehendaki dan sesiapa yang berjaya memberikan maklumat tentangnya akan menerima ganjaran besar.

Mungkin Ara berjaya menyebabkan anjing-anjing pengesan yang lebih mirip serigala itu tidak menunjukkan tingkah agresif sehingga menarik perhatian pihak berkuasa hanya dengan satu ketapan gigi dan geraman berat walaupun beberapa ekor daripada belasan ekor anjing yang dilepaskan tersebut sebenarnya berjaya mengesan Ara yang menyesakkan diri di dalam sebuah lubang pada sebatang pokok tumbang yang besar tempoh hari tetapi bagaimana dengan jururawat yang dibanting Ara ke dinding itu?

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now