-71-

542 32 36
                                    

" Dan sehingga hari ini,tidak ada sesiapa lagi yang pernah melihat mereka .Malahan tidak ada sesiapa juga yang tahu apakah lagenda tentang seorang gadis hodoh  bersama lapan putera pelindungnya itu benar-benar wujud atau sekadar cerita yang direka semata-mata.TAMAT"

Susuk tubuh tersebut mengakhiri ceritanya sambil tersenyum dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada tangan-tangan kecil yang bertepuk dengan wajah bersinar.

Namun suara girang kanak-kanak tersebut yang masih mengagumi watak dalam cerita yang disampaikan kepada mereka itu terhenti tiba-tiba apabila kedengaran satu suara nyaring berteriak menyeru satu nama dan serentak belasan pasang mata menuju kepadanya.

" Eisteya !!"

Wanita dalam gaun mewah berwarna hitam yang singkat separas lutut tersebut hampir berlari anak tetapi pasti kasut bertumit tinggi yang dipakainya ketika itu tidak membenarkannya berbuat demikian.

Tiba di hadapan seorang anak dalam usia lingkungan enam tahun yang berambut hitam pekat dan menyandang beg kecil pada belakangnya dan merupakan anak yang duduk di barisan paling hadapan ketika cerita tersebut dibacakan pantas berdiri dan tunduk menggesel kakinya dengan resah.

" Kau !!" Jari berkuku merah wanita itu menunding ke hadapan manakala tangan nya yang satu lagi pantas meraih anak kecil tersebut lebih rapat ke arahnya." Kau buat apa?"

" Saya tak buat apa-apa,Puan.Saya sedang membacakan cerita kepada anak-anak dan Eisteya adalah salah seorang daripadanya.Saya tak.."

" Bagaimana jika anak saya diculik? Kau mahu bertanggungjawab?"

" Puan,saya tak berniat begitu.Memang pusat membeli-belah ini menyediakan perkhidmatan begini.Percuma dan khusus untuk pelanggan yang mempunyai anak-anak kecil agar boleh membeli-belah dengan selesa.Dan kalau Puan masih ragu,ruangan ini dipantau dengan kamera pengawasan."

" Saya tak perduli !!" Tunding wanita tersebut " Mana pengurus besar pusat membeli-belah ini? Mana dia??!! Berani mereka mengupah seorang pekerja secara sebarangan? Pusat membeli-belah semacam apa ini? Macam mana jika anak saya di culik??"

Suara tidak berpuas hati wanita tersebut dengan segera menarik perhatian pengawal keselamatan yang lengkap berpakaian hitam dan bertali leher.Menyedari ada yang tidak beres dengan keadaan tersebut,mereka pantas berlari-lari anak dan tiba sahaja di hadapan wanita tersebut mereka tunduk hormat.

" Ada apa-apa yang boleh kami bantu,Puan?"

" Bawa saya berjumpa dengan pengurus besar sekarang juga.."

" Boleh kami tahu apa masalahnya?"

" Dia masalahnya !"

Jari lentik berkuku runcing itu menunding ke kanan dan demi melihat siapa yang dimaksudkan wanita tersebut,serta-merta wajah ketiga-tiga pengawal keselamatan itu berubah.

" Puan,saya tak melakukan kesalahan apa pun.Anak Puan baik-baik sahaja dan memang say..."

" Kau tahu aku siapa?" Angkuh benar wanita itu menatap susuk tubuh dihadapannya ketika itu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan raut wajah yang meremehkan." Aku adalah ..."

" Puan Ezeria.Isteri kepada calon Datuk  Bandar Metro Sentral."

" Baguslah kalau kau tahu ! Kau buat silap sedikit saja,tahulah nasib kau nanti !"

Derap langkah yang saling bertingkah kedengaran di belakang mereka dan keadaan kecoh tersebut terhenti apabila dua susuk tubuh yang kemas dalam balutan pakaian masing-masing sudah berdiri di sebelah wanita tersebut dan membuatkan dia menoleh.

Seorang pemuda berambut hitam dengan nuansa sedikit kehijauan kemas dalam sut hitam tanpa tali leher yang menyarung tubuh tegap tingginya. Tampil dengan nuansa formal,padanan pakaiannya dilengkapkan pula dengan kasut hitam berkilat yang sedikit bertumit menambah jenjang dan lampai lelaki tersebut.Rambut hitam kehijauan tersebut disikat rapi menyerlahkan dahi dan bingkai wajah berdagu tirusnya membiaskan karisma yang bukan sebarangan.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now