Eiiden merasakan tanah di bawah tapak kakinya semakin bergegar dengan suhu sejuk yang mulai merambat ke pergelangan kaki sementara batu-batu kecil yang bertaburan di sekelilingnya terangkat perlahan-lahan seperti ditunjang oleh tangan yang tidak kelihatan.
Bayangan hitam pedang lebar itu hanya tinggal beberapa inci dari kepalanya dan spontan Eiiden melintangkan pedang ditangannya ke atas ubun-ubun.Bagaikan dirempuh oleh beberapa orang lelaki bertubuh tegap,kuda-kuda yang dipasang Eiiden masih mampu menunjang berat badannya tetapi ia tidak dapat menahan dirinya daripada terundur ke belakang memaksa Eiiden mengerahkan seluruh tenaganya untuk terus kekal tegak.
Menoleh ke sebelahnya,jelas Eiiden melihat sahabat-sahabatnya yang lain juga sama sepertinya.Pada pelipis Aiiden sendiri sudah timbul urat-urat hijau dan adik kembarnya itu juga menegapkan kakinya dengan menahan rempuhan tenaga pedang sihir Tetua Myn menggunakan Pedang Armos kepunyaan Ara tepat di atas kepalanya.
Manakala Mark di sebelah kirinya mengetap gigi dengan lengan yang menggeletar,cuba mengerah seluruh sisa tenaga dan kekuatan yang dia ada untuk menampan serangan Tetua Myn.
" Sampai bila kalian mampu bertahan?? " Tetua Myn tertawa lagi kali ini dengan nada paling angkuh yang pernah didengari mereka." Apa lagi helah kalian budak-budak hingusan??!!"
Mark menggeram apabila kaki kirinya terasa disayat sesuatu dan kesakitan yang dirasakannya membuatkan dia tersungkur rebah ke belakang dan pedang di tangannya terlepas dari genggaman.Di celah kesakitan yang merambat kakinya,sebilah pedang melayang laju kearahnya namun dia sudah terlalu lemah untuk mengelak.
" Mark !!"
Ryu berteriak ngeri apabila melihat pemuda itu tumbang lagi untuk kali ke dua dan tanpa bertangguh,Ryu menggolekkan dirinya ke arah pemuda Alfa Evas itu sambil melibaskan pedangnya,menangkis tujahan mata pedang sihir Tetua Myn.
Dengan Mark yang terbaring berlumuran darah serta Ryu yang melibas pedangnya bagi menghindarkan dirinya serta Mark daripada menjadi mangsa tujahan pedang sihir Tetua Myn-Ken,Aiiden,Eiiden serta N yang mengerahkan segenap kekuatan untuk menampan kekuatan sihir Tetua Myn dalam bentuk mata pedang raksasa itu semakin terdorong ke belakang meninggalkan bekas kaki mereka yang terbenam ke dalam tanah hampir beberapa inci.
Rein masih sahaja menggumamkan mantera perlindungan sementara Vixx bersama Ryu bermati-matian menangkis serangan mata pedang Tetua Myn yang lebih kecil tetapi dalam jumlah yang banyak.
Suara Rein yang terbatuk keras membuatkan Vixx menoleh dengan wajah gusar dan pada ketika itulah sebilah pedang menyambar bahu kanannya membuatkan pemuda Bangsa Nymph itu terundur ke belakang dan memekup bahunya.
Dari celah jarinya yang menggeletar,darah segar meleleh tetapi dia sama sekali tidak memperdulikan luka besar yang menganga itu.Dengan mengetap gigi,dia berdiri lagi bertunjangkan mata pedangnya seraya meludahkan darah yang mengalir dari sudut bibirnya ke kiri.
Dalam pandangan yang semakin kabur,Vixx melompat tinggi ke sebelah Rein dan melibas pedang sihir Tetua Myn yang meluncur laju cuba memecahkan benteng yang melindungi Ara ketika itu.
" Vixx.."
Ryu meraih bahunya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya menyanggah sebilah pedang yang berdesing laju membelah udara yang gagal menyinggahi Vixx tetapi berhasil menyayat pipi pemuda berbangsa Athos itu.
" Jangan perdulikan aku.." Vixx menggeram dari celah giginya yang dikatup kejap menahan sakit yang merayapi lengannya membuatkan kakinya semakin longlai menunjang berat badannya sendiri.Darah semakin banyak mengalir dari luka pada bahunya."Lindungi Ara !"
Sementara itu,Tetua Myn menyeringai dengan tatapan yang semakin menggelap apabila melihat susuk tubuh pemuda yang selalu sahaja menjadi penghalang kepada rancangannya itu semakin kepayahan menahan serangan bertali-arus daripadanya tanpa menyedari bahawa kemarahan mereka hanya menyebabkan tenaga Tetua Myn semakin kuat.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...