-68-

281 27 11
                                    

Diikuti dengan bunyi berdentum yang menggegarkan pendengaran,satu cahaya putih kebiruan kelihatan menelan susuk tubuh Ara dan langit mendadak lebih terang apabila cahaya tersebut bertembung dengan gumpalan asap hitam berpusar yang muncul mengelilingi Tetua Myn.

Demi menyaksikan kejadian tersebut dihadapan mata,lutut Eiiden semakin menjadi lemah dan akhirnya dia terjelepok ke atas permukaan tanah dan tanpa sedar menggenggam tanah kering disisi nya tanpa memperdulikan jari jemarinya yang berdarah dan calar-balar.

Bagaikan cuba mendapatkan kekuatan dari benda tidak bernyawa tersebut.Pintasan ngeri di hadapannya berulang kembali bagaikan dejavu menakutkan yang sudah pernah dilaluinya sebelum ini.

Sementara itu,Aiiden yang menyedari maksud sebenar Ara menggelengkan kepalanya dengan mata terbelalak lebar.

Segenap bulu romanya merinding apabila melihat sendiri bagaimana dua bola cahaya berlainan warna itu saling bertembung sesama sendiri seperti pusaran angin puting beliung di atas udara dan hampir serta merta juga kawasan tersebut terang  benderang namun anehnya suhu disekeliling pula bertukar dengan cepat.

Sekejap-sekejap suhu terasa hangat namun ada ketikanya suhu hangat tersebut digantikan dengan rasa dingin yang mencengkam tulang.

Manakala yang lainnya tergamam dan bagaikan terlupa bagaimana hendak berkata-kata.Rein dan Ryu saling memapah antara satu sama lain manakala Mark mengheret tubuhnyan yang berdarah di sana-sini.

Sekali lagi mereka tidak dapat melakukan apa-apa dan mereka bukan terlalu dungu untuk memahami kata-kata Ara sebentar tadi.Tindakan Ara tidak ubah seperti tindakan bunuh diri para pejuang berani mati yang sanggup meletupkan diri demi menjayakan rancangannya.

Dan dalam hal Ara,dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan susuk kejahatan Tetua Myn dapat ditewaskan walau apa sahaja risikonya.

+               +                 +

" Apa yang kau dapat dengan mengorbankan diri demi mereka?"

Tetua Myn mengitari susuk tubuh Ara yang tersembam berlumuran darah sambil jari-jari berkuku runcingnya menunding lapan susuk tubuh di bawah sana.

Ara memejamkan kelopak matanya dan cuba untuk mengatur kembali nafasnya yang singkat entah mengapa.Dengan mengetap gigi,Ara bangkit lagi dan menatap wajah Tetua Myn lurus.

Sempat Ara mengerti bahawa dia kini sedang berada didalam lingkungan sihir manipulasi Tetua Myn walaupun apa yang dilihatnya ketika itu adalah warna putih sejauh mata memandang.

" Kau hanya mahukan aku dan mereka tidak ada kena mengena dengan urusan kita."

Ara menerpa lagi sambil melibas pedangnya namun Tetua Myn tidak mengelak seinci pun kerana jelas sekali libasan Pedang Armos tersebut langsung tidak menjejaskannya malah mata pedang bergerigi itu hanya dilibas menembusi tubuhnya.

" Aku dan kau adalah sama,Ara..Kita adalah anak terbuang yang tidak diperlukan oleh sesiapa !"

Tubuh Tetua Myn dalam bentuk separuh asap itu berlegar dan kadangkala menyusup menembusi tubuh Ara yang tertoleh-toleh cuba mengelakkan diri daripada susuk tubuh aneh lelaki itu.

Tatkala Tetua Myn menyusup begitu,suaranya yang nyaring dan serak kedengaran dan dalam masa itu jugalah ada wajah-wajah yang dikenali Ara mulai bergentayangan di dalam pendangannya.

Mula-mula sekali adalah imej seorang wanita dan seorang lelaki yang pernah dilihat Ara lama dulu.Wanita dengan rambut panjang mengalun melepasi paras pinggangnya itu menyarung gaun putih yang berkibar di tiup angin manakala sebahagian wajahnya sedikit terlindung oleh topi lebar putih dengan riben biru muda serta ada bunga-bunga kecil yang  dirangkai bersama.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now