Wanita di kaunter hadapan tidak dapat berkata apa-apa buat seketika dan hanya mampu memerhatikan tampang tinggi lampai di hadapannya itu dari atas ke bawah dengan pandangan hampir tidak percaya sedangkan yang di tatap itu pula tersengih mempamerkan deretan giginya yang putih bersih.
Anak muda yang hanya mengenakan Kemeja T berkolar bulat lengan pendek yang berwarna putih kosong tanpa sebarang corak dan dipadankan dengan jeans biru luntur dengan sobekan-sobekan kecil pada lutut dan melengkapinya pula dengan kasut kanvas hitam bertapak rata itu sedang berdiri di hadapan kaunter dan memasang wajah mengharap agar diterima bekerja di situ.
Sedang rambut hitamnya disikat kemas menutupi dahi dan sedikit menyembunyikan kening hitam tebal yang memagari sepasang mata yang bersinar disebalik kaca mata berbingkai hitam tersebut sebenarnya membiaskan roman dan tampang wajah yang terlalu bagus untuk berkerja sebagai pembantu alias pekerja serabutan di restoren kecil tersebut.
Wajahnya cerah tanpa cacat cela yang terlalu ketara dengan hidung mancung yang terletak sempurna diantara kedua-dua belah pipinya dan satu titik hitam bertenggek pada hujung hidungnya menambahkan unik roman wajahnya.Bibir nipis kemerahannya sebentar-sebentar merekah mempamerkan senyuman lebar dan jangan tinggalkan bahu lebar dengan nisbah tinggi yang ideal tersebut.
Pendek kata,apa mungkin pemuda berwajah tampan dan punya susuk tubuh seperti bintang filem begitu mahu bekerja di restoren tersebut dengan imbalan upah yang tidak seberapa? Dengan modal tampang dan tubuh atletik begitu,hanya dengan sedikit kerja keras dan sokongan bila-bila masa sahaja dia akan diterima menjadi seorang pelakon ataupun model iklan dan majalah.
Sementara yang seorang lagi tampak tidak terlalu menghiraukan suasana canggung di ruang hadapan tersebut dan pandangannya menyeluruhi sekitar restoren yang masih lengang kerana pagi masih dikira terlalu awal.Dengan raut wajah yang juga boleh dikatakan sedap dipandang mata, penampilannya tidak lebih dan tidak pula kurang.
Aneh sebenarnya bagaimana wajah dan tampang begitu memperkenalkan diri sebagai adik beradik yatim piatu yang baru pertama kali datang ke bandar kerana penampilan mereka yang kemas dan bersih mengambarkan sebaliknya.
" Macama mana, Puan?"
Si adik yang memperkenalkan diri sebagai Darius bertanya lagi membuatkan wanita tersebut tergaru-garu sendiri.Menimbang dalam banyak perkara dan banyak sudut.Memang restoren kecil yang diwarisi nya daripada keluarga itu sedang mencari pekerja tetapi mengupah tiga orang pekerja baru sepertinya bukan langkah yang patut diambilnya tatkala itu.Tetapi pantas otak bisnesnya berputar ligat.
Dua pekerja baru yang tampan persis bintang filem-deretan bangunan kerajaan dan kompleks membeli-belah di sebelah kiri serta kolej kediaman pelajar perempuan sebuah universiti yang hanya berjarak dua blok dari restoren kecil miliknya.Tambah tolak darab bahagi,samar-samar dia melihat sesuatu dan dengan senyuman sekilas dia mengangguk membuatkan Darius dan Kiyo saling berpandangan.
" Araaaaa..."
Tidak berjeda terlalu lama, satu susuk tubuh muncul dari sebalik pintu belakang sambil memegang tangkai mop.
" Iya, Puan.." Ara menyeka rambutnya yang jatuh menjulai ke dahi " Ada apa?"
" Kenalkan..Ini dua orang pekerja baru kita.Darius dan Kiyo."
Senyuman Darius serta-merta kembang melihat wajah Ara yang menatapnya seketika sementara Kiyo yang lebih banyak mendiamkan diri mencerunkan penglihatannya.Luar biasa kembang senyuman Tuan Muda Istana Templar itu dilihatnya.Apa mungkin gadis ini yang menjadi punca segalanya? Getus hati Kiyo sembari menatap Ara dalam-dalam.
" Darius?"
" Kita berjumpa lagi kan.Tak sangka."
Kiyo menahan rasa hatinya yang hendak tergelak mendengar kata-kata Darius.Hairan.Bohongnya nampak terlalu neutral dan bersahaja.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...