-62-

310 36 135
                                    

Ketiga-tiga pemuda Bangsa Zinxs yang kini wujud dalam bentuk sebenar mereka berlari pantas dicelah-celah pohon yang tumbuh rapat antara satu sama lain.

Eiiden-dalam rupa seekor serigala berbulu putih seperti salji dengan tona keabu-abuan yang kelihatan pada hujung telingannya dan punyai sepasang mata biru bening seperti langit musim luruh yang bersih selepas hujan itu mendahului dua lagi serigala yang lain.

Otot-otot pejal pada kaki belakang menggelinjang licin disebalik bulunya tatkala melompat tinggi melangkahi sebatang pohon yang tumbang menghalangi mereka sementara itu deria baunya yang empat puluh kali lebih peka berbanding deria bau manusia biasa sayup-sayup mulai mengesan bau darah Ara.

Manakala telinganya di gerak-gerakkan ke serata arah bagi menangkap sebarang bunyi yang mencurigakan.Dengan kebolehan mengesan bunyi serendah 16-20 Hz  dan mampu menganggar jarak melalui bunyi tujuh kali lebih pantas daripada manusia dengan empat kali jarak yang boleh dikesan manusia itu, pergerakan mereka semakin lama semakin pantas.

Di belakangnya pula mengekori rapat seekor lagi serigala berbulu putih juga memiliki tona abu-abu pada hujung telinganya hanya sahaja kedua-duanya dibezakan oleh warna mata masing-masing.

Jika serigala yang berada di hadapan itu memiliki mata berwarna biru ,serigala yang kedua pula memiliki warna mata biru kehijauan yang menghampiri warna zamrud.Dan serigala yang ketiga pula tidak kurang saiz tubuhnya.Berbulu hitam berkilat ditampan sinar matahari yang semakin condong di ufuk barat.

Semakin lama,bau darah Ara semakin menyeruak ke dalam deria bau mereka dan ia membuatkan mereka sedar bahawa mereka semakin menghampiri Ara.

Langkahan kaki Eiiden terhenti apabila matanya menangkap satu susuk tubuh dalam pakaian labuh dan berhud yang diserkupkan ke kepala sedang duduk dengan lagak angkuh di atas seketul batu besar yang berlumut sementara tangan kanannya memegang hulu sebilah pedang bergerigi yang dikenali Eiiden.Pedang Armos kepunyaan Ara !

Aiiden yang turut terhenti menggeram kasar melihat satu susuk tubuh sedang tergantung berhampiran gaung dalam keadaan terbalik sehingga baju yang dipakainya berjuntai ke kepala.

Tanpa teragak-agak,Eiiden melompat tinggi menerkam ke arah susuk tubuh Darius dalam wujud manusianya sambil menghayun pedang.Namun,sepertinya Darius yang sedang menunggu ketibaan mereka itu berdiri pantas dan menyanggah libasan pedang Eiiden menggunakan pedang yang berada di dalam genggamannya mengakibatkan mata kedua-dua bilah pedang tersebut saling berlaga dan menerbitkan bunyi berdenting yang nyaring.

Sementara Eiiden dan Aiiden bergantian menghanyun senjata ditangan masing-masing saling balas membalas serangan,Mark yang sudah menukarkan dirinya kepada wujud manusia itu menerpa pantas ke arah Ara.Kepala Ara yang terayun-ayun lemah didakap ke dada dan sepantas kilat tali yang mengikat pergelangan kaki Ara di libas dengan pedang yang berada di genggamannya.

Bunyi berdebuk sebaik sahaja kaki Ara mendarat di atas tanah membuatkan Eiiden menoleh dan kesempatan itu di ambil oleh Darius untuk melibas mata pedang ditangannya ke arah Eiiden tetapi Aiiden sempat menyanggah  mata pedang tersebut menggunakan busur panahnya dan mendaratkan satu penendang ke arah sisi rusuk Darius mengakibatkan pemuda itu tersembam lalu mendarat pada rusuk kanannya.

Darius bingkas bangun bertongkatkan pedang di tangannya lalu pantas berdiri.Hulu pedang bergerigi di tangannya di genggam kejap separas bahu dan dengan tatapan mata siaga,dia memerhatikan sahaja pergerakan dua pemuda di hadapannya ketika itu sambil dari ekor matanya dia terlihat seorang lagi pemuda sedang memangku Ara yang longlai dengan wajah merah padam.Rambutnya kusut berantakan sementara urat-urat darah pada dahinya bertimbulan kasar.

Belum sempat Darius menyerbu sekali lagi,terasa ada sambaran angin panas menolaknya sehingga terpelanting ke belakang dan hampir mendarat di atas permukaan batu besar tempat di mana dia duduk menunggu kedatangan saudara-saudara Ara sebentar tadi.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now