-31-

312 33 36
                                    

Tawa penuh kemenangan lelaki berambut kelabu dengan wajah dingin itu mendadak mati apabila dari celah rekahan udara yang mendesis-desis bagaikan pancaran kilat yang kecil itu tiba-tiba sahaja muncul sebilah anak panah yang meluncur laju, berdesing pada cuping telinga kirinya dan hampir terbenam ke pipi jika dia tidak tunduk mengelak.

Suasana di dalam bilik tersebut mendadak kucar-kacir kerana daripada celah rekahan cahaya tersebut,muncul satu persatu susuk tubuh yang tinggi lampai dan menghunus senjata masing-masing.

Lelaki berambut hitam dengan sedikit kehijauan itu pantas berlari ke arah Ara dan menyambut tubuhnya yang sudah terkulai lemah dalam keadaan masih terikat pada kerusi dan gumam mantera sihir dua lelaki berpakaian serba hitam itu terhenti begitu sahaja apabila mereka berdua terpaksa menggolekkan diri ke tepi bagi mengelakkan anak panah yang disasarkan kepada kedua-duanya oleh seorang lelaki lain yang berambut hitam keabu-abuan itu.

" Ssiisaapppaaaa.."

" Meletakkan jari pada adik kami saja pun boleh mengakibatkan kalian hilang tangan !!"

Lelaki berambut cokelat gelap dengan wajah tirus itu menatap nanar sambil mengepal penumbuk.

" Inikan pula sehingga kalian tergamak melukakan dia sampai begitu sekali ?"

Tanpa sempat lelaki tersebut menyahut satu penumbuk berat sudah menujah dagunya membuatkan dia tumbang ke belakang.

Pandangan matanya memancar sorot ngeri melihat kedua-dua orang bawahannya yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal bilik tersebut sudah terkapar separuh lunyai akibat menghadapi amukan empat susuk tubuh sekaligus.

Sementara dua lelaki lain berpakaian hitam yang merupakan ahli sihir handalan pakatan mereka itu sedang menghadapi pula dua lelaki lain yang juga kelihatan bukan lawan yang mudah.

" Siapphhaaa...?"

Lagi-lagi dia tergagap-gagap sambil mengengsot menjauhi dua lagi lelaki yang sedang menghampirinya secara serentak dengan wajah merah padam dan salah seorang daripadanya menggenggam sebilah pedang yang tajam berkilat.

" Berapa kali lagi kau tanya? " Desis salah seorang daripadanya dengan kebencian yang meluap " Ara adalah adik kami dan kau akan membayar dengan harga tinggi kerana sudah mencederakan dia !"

Serentak dengan itu,kedua-dua lelaki tersebut melayangkan penumbuk secara bersamaan dan tidak sampai hitungan beberapa detik, pandangannya gelap mendadak.

" Cih..memalukan Bangsa Athos
saja !!"

+ + +

Menatang Ara yang terkulai lemah dalam gendongannya, Eiiden tidak perduli sama sekali kepada dentingan pedang dan bunyi hiruk-pikuk di belakangnya ketika itu kerana bagi nya,keselamatan Ara adalah perkara paling utama.

Ara yang lembik dengan wajah pucat seperti kertas akibat kehilangan darah yang terlalu banyak dan walaupun sudah dibalut,perca yang digunakan untuk menahan aliran darah itu masih kelihatan basah digenangi darah yang sangat baru.Malahan bahagian hadapan baju yang dipakai Eiiden juga sudah kemerah-merahan.

Sementara itu Mark, Aiiden dan Rein yang berada di hadapan itu tanpa teragak-agak melibas sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalangi jalan mereka dan dalam masa yang sama melindungi Eiiden yang sedang menggendong Ara daripada menjadi sasaran serangan balas daripada lelaki-lelaki yang diyakini sebagai anggota kepada kumpulan tersebut.

Jika Mark-Aiiden dan Rein berada dibarisan hadapan,Ken-Ryu-Vixx dan N pula melindungi Eiiden dari bahagian belakang.Ken dan Ryu siap menghunuskan pedang masing-masing manakala Vixx dan N berjaga-jaga tetapi hanya melibaskan tangan mereka ke udara jika menghadapi serangan mendadak namun sudah cukup membuatkan susuk tubuh musuh yang menyerang mereka melayang tinggi ke udara dan kemudiannya terperosok ke tepi dinding.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now