-32-

324 33 14
                                    

Selepas memastikan Ara sudah berbaring selesa diatas pangkin dengan berlapikkan baju luar N sementara baju luar Aiiden dijadikan selimut, Eiiden keluar lagi setelah menambahkan ranting kecil ke dalam pendiangan didalam kabin kayu tersebut bagi memastikan Ara sentiasa hangat.

Keriut pintu kabin kecil di tepi tasik itu menarik perhatian mereka yang berdiri di luar.Pantas sahaja mereka menghampiri Eiiden yang kelihatan menanggalkan baju luarnya dengan kesan darah Ara masih ada pada baju tersebut.

" Macam mana?" Rein bersuara pantas sedikit tidak sabar.

" Dia baik-baik saja cuma perlukan rehat yang cukup.Selepas Mark menyelesaikan urusan nya, baru kita boleh bawa Ara ke hospital."

"Ara terlibat dengan masalah apa lagi ni?"

Eiiden tidak menyahut dan kembali menyertai mereka yang duduk sebarangan tempat di atas daun-daun kering yang bertaburan di serata arah berhampiran kabin lama tersebut.

Menurut Mark,kabin kecil itu adalah kabin awam yang selalu digunakan oleh para pemancing ketika musim memancing ikan Gins yang bermula setiap bulan November setiap tahun.Maka pada waktu diluar musim memancing,kabin tersebut kosong tetapi diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan.

" Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh mereka terhadap Ara? Memerah darah Ara begitu memang satu perbuatan gila!"

Seranah Vixx masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Mengenangkan apa yang menimpa Ara benar-benar membuatkan darah Vixx mendidih sehingga ke ubun-ubun.

Mark dan Aiiden tidak ada disitu kerana Mark perlu menguruskan sesuatu dan Aiiden dibawa bersama sebagai langkah berjaga-jaga.Selepas insiden yang berlaku,pasti kumpulan yang mahukan Ara untuk menjayakan apa sahaja rancangan gila mereka akan mencari Ara di mana-mana.

Mark yang pernah hidup di dimensi alam manusia lama dulu semasa memerhatikan Ara senyap-senyap mengatakan dia masih mempunyai sedikit wang simpanan dan ia amat diperlukan oleh mereka ketika itu apatah lagi dengan mengambil kira ada di antara mereka yang tidak pernah berada dalam alam manusia seperti Mark-Eiiden dan Rein.Dan hal itulah yang dilakukannya bagi mendapatkan makanan dan bahan api untuk kenderaan yang mereka gunakan.

Buat masa sekarang mencari tempat tinggal dan mengawasi masa penyembuhan Ara adalah keutamaan mereka berlapan dan untuk itu sudah pasti mereka memerlukan wang yang boleh digunakan dalam alam manusia.

Eiiden masih ingat beberapa hari yang sudah apabila N sekali lagi memanggil mereka dengan wajah pucat lesi untuk berkumpul kerana dia dapat merasakan ada satu tenaga kuat yang aneh dan kelihatan sedang berusaha untuk membuka gerbang antara dimensi ke dunia manusia.Getaran tenaga aneh itu dirasakan N semakin kuat setiap hari.Dan andaian yang dibuat N benar-benar membuatkan mereka semua tidak senang duduk.

Seperti yang berlaku lama dulu kepada Tetua Thierasias dan ia kembali berulang semasa kejadian berdarah di atas dataran tinggi di Perkampungan Nymph yang menyebabkan mereka kehilangan Ara- N membuat andaian bahawa tumbal nyawa diperlukan untuk membuka gerbang dimensi tersebut dan ia tidak lain tidak bukan adalah melibatkan nyawa Ara sendiri kerana tanpa satu sihir yang cukup kuat,gerbang tersebut tidak akan mudah terbuka.

Tetua Thierasias mengorbankan dirinya untuk membuka gerbang dimensi bagi menghantar Ara jauh daripada kejahatan Tetua Myn manakala kali kedua gerbang tersebut terbuka adalah semasa Ara mengambil keputusan nekad untuk mengorbankan dirinya demi menyelamatkan mereka berlapan dulu.

Dan cara lain bagi membuka pintu gerbang antara dimensi tersebut adalah dengan menggunakan sihir kuno Bangsa Myrth yang diturunkan kepada seorang Oklumentor sepertinya.Justeru disebabkan itulah mengapa dia dipilih sebagai salah seorang daripada Tujuh Penjaga Catatan Thierasias dulu.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now