-55-

285 30 19
                                    

" Seth..."

Seth-pemuda dalam pertengahan usia dua puluhan itu pantas menghampiri susuk tubuh sang majikan dan menundukkan kepalanya.

" Saya,Tuan.."

" Macam mana?"

Tanyanya sambil mata hitam kepunyaannya menatap tajam sebiji batu leper berwarna putih nun di sudut kanan papan permainan Mov tersebut.

" Seperti yang Tuan rancangkan.Rasanya bukan setakat tujuh keluarga besar sahaja yang tidak senang dengan keadaan kesihatan Tuan Zhenith malah sekutu dari bangsa manusia pun mulai menunjukkan reaksi."

" Pastikan dia terus mengambil racun tersebut.."

" Anggap arahan Tuan sudah selesai.Dan bukankah Tuan sepatutnya bersiap-sedia untuk berpindah ke Istana Templar bagi menggantikan seorang ketua yang tidak lagi layak mengetuai Kumpulan Templar kerana masalah mental dan kesihatan yang semakin memburuk?"

Wajah sang majikan menatapnya dengan pandangan bermakna sambil itu dalam masa yang sama sudut bibirnya terangkat  membentuk senyuman kepuasan.

" Persiapkan orang-orang kita menjelang perjumpaan tersebut.Aku pasti.Keluarga yang menyebelahi mereka pasti akan bertindak balas."

+             +               +

Kiyo merapikan hujung selimut yang menutupi kaki tersebut sambil matanya merayapi wajah Tuan Zhenith yang mendadak tua beberapa tahun.Jambangnya mulai kelihatan merayapi hujung pelipis hingga ke dagu yang juga berubah menjadi semakin tirus.

Wajah lelaki pertengahan usia itu pucat sekali dan kantung hitam pada kedua-dua belah matanya menambahkan kesan aneh pada wajah Ketua Keluarga Artemis tersebut.Tulang pada pipinya menonjol dan bibirnya kelihatan pecah-pecah.

Paduan tersebut jelas sekali menunjukkan lelaki tersebut sudah kehilangan semangat untuk meneruskan hidup dan ia sangat berbeza daripada Tuan Zhenith yang dikenali Kiyo .Lelaki tunggak kepada Keluarga Artemis dan ketua seluruh Bangsa Athos yang berada di alam manusia.

Kiyo menghembuskan nafasnya dengan perlahan.Menghampiri pintu dan menutup suis lampu sebelum meninggalkan lelaki tersebut dalam kesamaran bilik tidurnya.Walaupun rasa letih mulai menggayuti sekujur tubuhnya,Kiyo menggagahi dirinya agar tidak terlelap dengan nyenyak dan oleh kerana itu dia mengambil keputusan untuk melabuhkan punggungnya ke atas permukaan sofa di luar bilik tidur Tuan Zhenith.Mudah untuknya jika Tuan Zhenith terjaga dan kembali meracau.

Termasuk kali ini,sepanjang malam sudah tiga kali Tuan Zhenith membangunkan Kiyo dengan teriakannya yang terasa menyayat hati melaung nama Keii dan Darius dalam nada yang menyedihkan sehingga memaksa doktor peribadi yang merawatnya menyuntikkan ubat penenang dalam bentuk cecair ke dalam pembuluh darahnya.

Sesungguhnya,kehilangan Keii dan Darius yang  berlaku dalam jeda masa sangat dekat bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi terutamanya oleh Tuan Zhenith.

Lelaki bersemangat dan penuh bertanggungjawab itu seperti telah kehilangan dirinya sendiri dan setiap hari keadaannya semakin memburuk.Hari demi harinya dihabiskan dengan termenung menghadap jendela .

Tatapan matanya yang dahulu setajam helang dan mampu membuatkan lidah sesiapa sahaja kelu berubah menjadi tatapan kosong.Enggan bersuara malah enggan menyentuh makanan dan ia kadangkala membuatkan Kiyo tidak tahu hendak melakukan apa lagi.

Kata-kata Darius semasa pertemuan terakhir mereka di dalam lokap sementara Biro Keselamatan Persekutuan tempoh hari menghantui Kiyo kerana entah mengapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku diluar pengetahuannya.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now