-24-

312 32 24
                                    

Sementara itu di dunia sebelah, N bingkas bangun dan pontang-panting berlari menuruni tangga dan tepat pada anak tangga terakhir sangat hampir dia jatuh tertiarap jika sahaja Mark tidak menyambar lengannya pantas dan kemudian menatapnya kehairanan.

N tidak tahu bagaimana hendak mengkhabarkan hal itu lebih-lebih lagi kepada Eiiden.Selepas beberapa lama dengan pemergian Ara dalam peristiwa tragis namun penuh mistik di atas dataran tinggi di Pergunungan Utara Perkampungan Nymph lama dulu,dalam keadaan mereka mulai menerima bahawa Ara benar-benar sudah tidak ada-entah bagaimana N kembali melihat Ara didalam mimpinya.

Jika hanya sekali dua, N yakin ia adalah disebabkan oleh rasa rindunya kepada gadis yang sudah dianggap seperti adik sendiri itu tetapi jika dihitung, mimpinya lewat petang itu adalah mimpi yang ketujuh sepanjang minggu ini.

Adegan sama dengan suasana yang sama di mana Ara kelihatan seperti dibelenggu sementara ada banyak lembaga hitam mengerumuninya dan tepat ketika  jeritan Ara meminta pertolongan kedengaran,masa itu jugalah dia akan terjaga dan sekujur tubuh N terasa kebas.

Letih yang amat sangat bagaikan telah menyeberangi dua  dimensi berbeza berkali-kali.Sama seperti letihnya dia tatkala membuka gerbang antara dimensi yang membolehkan mereka membawa Ara dari dunia sebelah lama dulu.

Suatu perasaan yang hanya dia sendiri memahaminya sebagai seorang Oklumentor dari Bangsa Myrth.

Dia tahu kehilangan Ara meninggalkan kesan kepada mereka terutama sekali Eiiden.Selepas kejadian aneh di kawasan dataran tinggi tersebut, Eiiden lebih banyak mendiamkan diri dan ia mengakibatkan tidak ada sesiapa pun diantara mereka yang berani menyebutkan hal tersebut di hadapannya kerana entah mengapa dia berkeras sekali mengatakan bahawa Ara masih ada dan akan kembali kepada mereka suatu hari nanti.

Dan disebabkan itu jugalah, bilik dimana Ara ditempatkan sepanjang keberadaannya bersama mereka di Rumah Agam dulu dibiarkan begitu sahaja dan Eiiden mengarahkan agar cadar katil di bilik itu sentiasa digantikan dengan cadar yang baru.

Begitu juga perincian hiasan bilik tersebut dikekalkan seperti mana kali terakhir Ara menggunakannya.Malahan Pedang Armos kepunyaan Ara juga dipastikan sentiasa bersih.

Kadangkala dalam menyikapi Eiiden yang seakan-akan tidak dapat menerima kehilangan Ara menyebabkan mereka berasa kasihan dengan pemuda itu tetapi tentu sahaja mereka tidak mahu mengatakannya di hadapan Eiiden.

Keadaannya yang seperti terlalu memaksa dan menyibukkan diri dengan urusan-urusan perniagaan sesekali membuatkan mereka risau lebih-lebih lagi adik kembarnya,Aiiden.Mereka tahu ia tidak lain adalah untuk mengalihkan tumpuannya daripada terlalu memikirkan tentang Ara.

Aiiden-pemuda yang memiliki raut wajah amat mirip dengan Eiiden tetapi dalam versi yang lebih serius dan keadaannya sedemikian rupa difahami mereka.

Latarbelakang kehidupannya yang membesar dalam lingkungan situasi yang rumit dan sentiasa berada dalam buruan menjadikan Aiiden memiliki keperibadian yang tegar dan praktikal.

Selepas kejadian tersebut,Eiiden yang buat pertama kalinya mengetahui bahawa dia masih mempunyai keluarga selain daripada Ara-kembali menjemput adik kembarnya itu untuk tinggal di Rumah Agam bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Dayang Chi dan kini menjadi figura seorang ibu kepada mereka berlapan di rumah tersebut.

Eiiden yang sememangnya berusaha untuk memperlihatkan dia normal dan tidak apa-apa kembali menyibukkan diri dengan urusan perniagaan dan membawa Aiiden kemana-mana bagaikan cuba untuk melunaskan dan menebus semula masa di mana Aiiden membesar dalam buruan tetapi sebaliknya dia pula membesar dalam gelumang dan limpahan harta warisan keluarga bangsawan Lycan.

Dan ternyata ramalan Tetua Thierasias tentang kelahiran seorang Yang Terpilih dan berjaya menumpaskan seluruh kejahatan Tetua Myn memang tidak meleset.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now