Ryu yang menjadi orang terakhir memasuki bilik tersebut menekan kunci bagi memastikan Ara tidak menyerbu masuk secara tiba-tiba.Memang.Ada rasa bersalah yang menghambat hati kecil Ryu namun hal yang akan mereka perkatakan itu sama sekali tidak boleh sampai ke pengetahuan Ara.
Sementara Ryu menempati kerusi kosong di sebelah Mark,Ken melonggarkan balutan tali leher yang melilit kolar luar baju kemeja berlengan panjang yang dipakainya itu.Dan tindak-tanduk Ryu tidak dipersoalkan mereka yang lain kerana mereka sememangnya sudah arif pasti ada sesuatu yang akan diperkatakan oleh Ken dan Ryu.
" Ara?"
Kening hitam lebat yang memagari sepasang mata tajam kepunyaan Eiiden terjongket ke atas sambil menatap wajah Ken yang gelisah.
" Belum balik..Sebab itu kita perlu cepat."
" Baik.." Eiiden mengangguk " Lapor,Vixx.."
Lelaki Bangsa Nymph yang diamanahkan untuk mengumpul maklumat di Pangea Utara itu bingkas bangun.
" Daripada maklumat yang kami berjaya dapatkan, Kumpulan Templar sebenarnya berpecah kepada dua puak yang besar."
" Satu puak memihak kepada Tuan Muda Keii.." Sampuk Aiiden dan di balas anggukan kepala daripada Vixx.
" Dan satu lagi memihak kepada Tuan Muda Darius.."
Tiba giliran Vixx menimpali kata-kata si bongsu kembar Alfa Lycan itu dan Aiiden menjedakan bicaranya seperti membenarkan Vixx mencelah.
"Walaupun hanya dua buah keluarga yang memihak kepada Tuan Muda Darius iaitu.."
" Tuan Hefaistos ketua Keluarga Nephlin dan Tuan Aletheia ketua Keluarga Gaiben." Aiiden mencelah " Walaupun hanya dua buah keluarga namun kedua-dua keluarga ini boleh dikatakan pemegang kepada kunci kekayaan perbendaharaan Bangsa Athos.."
" Memburukkan lagi konflik Kumpulan Templar adalah peristiwa pembunuhan Tuan Muda Dean anak lelaki tunggal kepada Keluarga Carrow satu daripada keluarga yang agresif tetapi tidak menyebelahi kepada mana-mana pihak dan mereka menuduh Istana Templar tidak melakukan apa-apa terhadap pembunuh Tuan Muda Dean yang secara ajaibnya adalah."
" Hunter?" N angkat bicara dan menyengetkan kepalanya sedikit dengan sinar mata hairan." Betulkan?"
" Dan semua orang patut tahu.." Eiiden mencelah pula sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.
" Hunter adalah berdarah campuran antara manusia dengan Bangsa Athos. Kami Bangsa Zinxs ada kelebihan khusus yang dapat mengesan bau khas daripada makhluk yang berbeza"
" Darius?"
Rein menyampuk tiba-tiba menyuarakan rasa wasangka yang sudah lama bersarang dalam benaknya dan N yang menoleh pantas ke arahnya menguatkan andaian bahawa bukan Rein sahaja yang beranggapan demikian.
" Bukan sebab itukah Keii membencinya?"
" Aku pun pernah beranggapan begitu tetapi kita tak tahu berapa ramai manusia berdarah campuran yang ada.."
" Betul kata N.."
Celah Mark dan setiap pasang mata yang berada di situ menatapnya serentak .
" Tapi, aku sendiri nampak Darius ada di dalam biliknya semasa N dan Ara hampir tertangkap oleh pengawal keselamatan.Dan Hunter pula muncul di luar Istana Templar pada masa yang sama dan menyelamatkan N juga Ara daripada pengawal keselamatan tu."
" Maknanya, Hunter memburu bangsanya sendiri?"
" Dan jangan lupa dia memihak kepada kita.Siapa dia tidak penting.Lagi pula dia memilih untuk menyembunyikan identitinya pasti bersebab." Mark mencelah lagi.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...