Ryo berdiri tegak masih dalam balutan pakaian operasinya dan menyandang selaras senjata api HK MP O5 memerhatikan hujung kenderaan peronda mengiringi ambulans terakhir yang membawa isteri serta anak Tuan Armeia itu hilang di sebalik selekoh apabila di ufuk Timur langit tiba-tiba terang benderang jauh lebih cerah daripada limpahan purnama lima belas yang tegak di atas ubun-ubun membuatkan spontan lehernya tertoleh.
Buat seketika dia dapat melihat ribuan cahaya putih kebiruan terpercik ke serata arah seperti langit sedang menghamparkan hujan meteor dan dalam masa yang sama juga seluruh kawasan tersebut mendadak gelap.
Daripada lampu yang menerangi villa kecil di belakangnya sehinggalah kepada deretan lampu yang tegak memagari gigi jalan serta binaan gedung yang saling berdesakan dalam rengkuhan malam malahan sehingga kehujung sejauh batas yang boleh dilihat matanya.
Dengan segala lampu neon yang padam serentak ,langit Timur yang meriah dengan taburan cahaya putih kebiruan itu kelihatan semakin bersemarak namun hanya dalam detik hitungan beberapa saat,cahaya putih kebiruan yang menerangi langit malam itu hilang begitu sahaja dan keadaan kembali sunyi sepi.
Ada angin yang lambat-lambat bertiup dan suara riang-ria unggas malam mengisi pendengaran sedangkan bulan purnama yang sebentar tadi hilang disebalik juraian awan hitam mula memperlihatkan dirinya dan kembali menebarkan sinar ke segenap pelusuk alam.
" Tuan.."
Salah seorang daripada anggota bawahannya meletakkan tangan ke dahi memberi tabik hormat dan dalam masa yang sama menghentakkan tumit kakinya padu sehingga kedengaran suara berderap.
" Proses pemindahan mangsa selesai,Tuan.Dan seperti arahan Tuan,kami sudah menetapkan perimeter dalam radius lima meter .."
" Baik.Semua boleh bergerak untuk kembali ke ibu pejabat semula.Terima kasih untuk kerjasama kalian semua."
" Sama-sama,Tuan.."
Begitu kata lelaki tersebut seraya membalas kembali tabik hormat daripada pegawai tinggi berpangkat leftenan tersebut dengan bibirnya mengutumkan senyuman sekilas.
Aneh memang bila memikirkan tentang bagaimana seorang pegawai berpangkat tinggi memberi tabik hormat kepada anggota bawahannya kerana peraturan dan prosedur standard pasukan mengatakan sebaliknya tetapi dilayani sahaja kerenah pegawai tersebut dengan senang hati.
Ditinggalkan sendirian,Ryo mundar-mandir seketika sambil memerhatikan keadaan sekeliling villa tersebut sebelum satu bunyi berdetus yang sangat dikenalinya kedengaran dan ia membuatkan Ryo menoleh pantas.
Muncul di hadapan matanya adalah susuk tubuh Ken yang berdarah dengan wajah pucat lesi sementara pada kirinya ada Aiiden yang menggendong...
" Ara.."
Ryo pantas menerpa dan menyambut tubuh longlai Ara yang hampir terlucut dari gendongan Aiiden dan sangat jelas pada penglihatan Ryo kedua-dua adik beradik kembar itu tercedera dengan sekujur tubuh mereka dipenuhi luka yang masih sangat baru.
Dalam riak wajah terkejut,satu lagi bunyi berdetus kedengaran dan kali ini wajah kusut-masai serta berdarah Ryu pula kelihatan mengapit susuk tubuh Rein juga Mark yang keadaannya tidak kelihatan lebih baik daripada mereka yang lain.
Wajah keduanya berantakan sekali dan lebam membiru pada sudut-sudut wajah mereka serta ada luka melintang pada bahu yang mengalirkan darah.
Seorang demi seorang muncul dari kegelapan malam dan daripada luka pada tubuh mereka ,ia jelas memperlihatkan bahawa mereka baru sahaja terlibat dalam satu pertempuran entah dengan siapa dan ia menjelaskan segala-galanya tentang luka serta darah yang kelihatan pada baju atau seluar masing-masing.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...