-29-

294 27 8
                                    

Petang masih belum boleh dikatakan lewat kerana walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, sisa sinar matahari masih lagi kelihatan di ufuk Timur.Sinar kemerahan tersebut  kelihatan  berjalur-jalur diantara jejalan bangunan tinggi metropolitan tersebut serta mulai menipis di dada langit yang semakin kelabu.Angin petang mulai berhembus kasar membawa petanda hujan akan turun menjelang awal pagi nanti seperti kebiasaanya.

Perkarangan hospital mulai terang benderang oleh lampu yang terpasang memagari jalan.Begitu juga lampu neon yang menyembul di antara pohon-pohon hijau di hadapan hospital.Beranda dan ruangan berbumbung tepat di pintu hadapan hospital di mana adiknya bekerja itu semuanya sudah terpasang dan suasana petang menjelang senja semakin semarak dengan kelipan lampu neon tersebut.

Ryo memakirkan kenderaan yang dipandunya di hadapan perkarangan hospital tempat dimana dia selalu menunggu untuk menjemput adiknya setiap kali syifnya selsai.Siaran juruhebah radio yang entah membicarakan tentang apa sayup sahaja kedengaran pada telinga Ryo sementara matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling.

Seorang demi seorang daripada petugas di hospital tersebut keluar dari pintu gerbang sama ada berjemput atau menaiki bas namun bayangan adik nya tidak juga kelihatan.

Lagu demi lagu diputarkan malah jam dipergelangan tangannya sudah beranjak ke angka 7.00 petang.Sementara menunggu adiknya datang, dia mengambil masa beberapa detik untuk menutup mata namun hati Ryo mulai gelisah.Tidak pernah Veei lewat sehingga hampir sejam lebih kerana Ryo tahu syif adiknya berakhir tepat jam 6 petang tadi.

Dia melangkah tergesa-gesa tetapi tidak lupa untuk menyapa petugas di hospital tersebut yang kebanyakannya mengenali Ryo kerana dia akan menghantar serta menjemput Veei setiap hari.Justeru kehadirannya di situ bukanlah asing kepada kakitangan hospital baik kepada para petugas hospital mahupun pengawal keselamatan disana.

" Tuan.." Wanita muda dengan kaca mata yang sibuk menekuri komputer di kaunter hadapan pantas berdiri dan menyapanya hormat." Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

" Veei ..Mya ada nampak dia?"

" Setahu saya syif Veei sudah habis dan rasanya sekarang ni syif baru.Kenapa ,Tuan?"

" Tak ada apa.Terima kasih,Mya."

Ryo tergesa-gesa melangkah sambil kepalanya terpusing ke segenap arah untuk mencari kelibat adik perempuannya itu.Di tingkat bawah yang lengang dan luas dengan cahaya terang-benderang, Veei tidak kelihatan.

Sambil berlari anak menuju ke kafeteria di sudut kiri ,Ryo mendail nombor dail pantas telefon bimbit adiknya dan apa yang diperolehinya adalah bunyi nada dering yang bertalu-talu mengisi pendengarannya tetapi panggilan tersebut tidak diangkat.

Pintu kafeteria yang ditolak kasar oleh Ryo mengundang tatapan hairan daripada para pengunjung yang masih bersisa di situ dan kebanyakan daripada mereka adalah para kakitangan hospital sama ada dalam pakaian seragam jururawat mahupun berpakaian kemas yang diyakini Ryo sebagai doktor yang bertugas di hospital tersebut.Namun di celah mereka ,kelibat adiknya tetap juga tidak kelihatan.

" Ada nampak tidak adik saya ?"

Nafas Ryo terasa pendek bukan sahaja kerana dia berlari ke sana ke mari seperti orang tidak siuman tetapi juga kerana rasa cemas mulai menohok hatinya.Adiknya itu tidak pernah sekalipun tidak mengangkat panggilan Ryo.Dengan ketiadaan Veei di mana-mana serta belasan panggilan yang tidak diangkat, Ryo semakin tidak tenteram dibuatnya.

" Rasanya saya ada ternampak Cik Veei dalam sejam lebih yang lepas berdiri betul-betul di hadapan pondok pengawal keselamatan ni.Lepas tu saya nampak kereta Tuan berhenti di kawasan parkir sana dan Cik Veei pun menuju ke arah kereta Tuan tu."

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now