-56-

274 32 1
                                    

Dinding-dinding Istana Templar yang berwarna putih sementara bumbung-bumbung tirus berwarna merah bata yang direka sedemikian rupa agar tidak mengumpulkan salji semasa musim sejuk itu senyap seakan sedang mengempang bermacam-macam cerita yang tersendiri.

Istana Templar yang lazimnya senyap,tegak dan kukuh dipeluk juraian kabus pada setiap waktu pagi luar biasa senyapnya hari tersebut.

Belasan kenderaan mewah pelbagai jenama keluar dan masuk malah ada yang sudah menginap di Istana Templar sejak sehari yang lepas.

Kawalan keselamatan diperketatkan dua kali ganda dan semua pekerja tidak kira sama ada mereka yang bertanggungjawab dalam hal hospitaliti ataupun keselamatan menjadi lebih sibuk daripada biasa demi menyambut kedatangan semua orang penting lapan keluarga besar Bangsa Athos dan juga para sekutu mereka daripada kalangan bangsa manusia.

Sementara itu,Kiyo yang berdiri takzim di sebelah katil Tuan Zhenith hanya mendengarkan dengan saksama perbualan diantara doktor peribadi Keluarga Artemis dengan Pembantu Eiyo yang merupakan pembantu khas Tuan Zhenith.

" Macam mana keadaan Tuan Besar,doktor?"

Suara lelaki tersebut perlahan sahaja seraya matanya menatap susuk tubuh Tuan Zhenith yang terbaring diatas katil.

" Kejutan yang dialami Tuan Zhenith sangat besar sehingga beliau benar-benar kehilangan semangat untuk terus hidup."

" Tak adakah jalan supaya Tuan Besar dapat menghadiri perjumpaan tersebut sekarang?"

" Maafkan saya,Eiyo.Seperti yang anda lihat keadaan kesihatan Tuan Zhenith lebih buruk daripada apa yang kita lihat."

" Tapi,doktor.." Suara Pembantu Eiyo bernada gusar sekali " Doktor tahukan tujuan mereka yang berada di luar sana adalah untuk.."

"Saya faham.Memang sangat tidak adil untuk mereka melakukan hal tersebut dalam keadaan Tuan Zhenith sekarang.Mereka seolah-olah hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengacu pistol kepada Tuan Zhenith."

Suasana di dalam bilik tersebut menjadi sunyi kerana Pembantu Eiyo kelihatan sedang berfikir dengan keras sambil mundar-mandir.

Kiyo sendiri tidak menafikan hal tersebut merupakan kebimbangan terbesar baginya.Dia tahu betapa kejam dan kasarnya dunia politik Kumpulan Templar walaupun dia tidak pernah mahu mengambil tahu tentangnya sebelum ini.

Lagi pula,siapalah dia dalam kalangan mereka?

Dia hanyalah pembantu peribadi kepada Tuan Muda Bongsu Keluarga Artemis.Tidak.Padamkan itu.Bekas pembantu sebenarnya.Dengan ketiadaan Darius di situ,dia memang bukan siapa-siapa lagi.Hanya janji nya kepada Darius untuk menjaga Tuan Zhenith yang menambatnya di Istana Templar.

Jika hal tersebut sudah selesai,dia akan meminta secara baik untuk meninggalkan Istana Templar bagi memulakan kehidupannya yang baru.Tanpa Darius,tidak ada sebab untuk nya terus berada di istana kota tersebut.

" Doktor." Pembantu Eiyo tiba-tiba mencengkam bahu doktor tersebut dengan mata yang bersinar"Saya perlukan bantuan doktor
sekejap lagi. "

" Maksud Eiyo?"

" Buat kenyataan di hadapan ahli majlis bahawa keadaan Tuan Zhenith adalah bersifat sementara.Sementara itu,saya akan mengesyorkan agar seseorang dilantik untuk mengetuai Kumpulan Templar buat sementara waktu sehingga Tuan Besar sihat.Hanya dengan cara tersebut kita dapat membantu Tuan Besar menghadapi mereka yang mahu menjatuhkan Tuan Besar "

Kiyo terkebil-kebil sementara doktor dalam pertemgahan usia 30-an itu menatap wajah Pembantu Eiyo dalam-dalam.

" Doktor,tolonglah !" Seru Pembantu
Eiyo " Doktor tahukan mereka memang mahu menyingkirkan Tuan Besar sejak lama dulu? Saya tidak perduli urusan politik Kumpulan Templar tetapi sekurang-kurangnya biarlah proses tersebut berjalan secara adil.Bukan dalam keadaan Tuan Besar begini !"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now