-42-

275 26 17
                                    

" Memanglah rancangan awal  kita mengintip Istana Templar  tapi Ara tiba-tiba berlagak seperti ninja kura-kura mutasi itu bukan sebahagian daripadanya ! Macam mana kalau Ara tertangkap?"

Membayangkan Ara berpakaian hitam dengan menutupi mata serta mulutnya dan membawa cengkerang kura-kura yang besar di belakangnya  lalu mempamerkan jurus ninja seperti siri animasi kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen memang satu gambaran aneh dan boleh sahaja membuatkan mereka yang lain tertawa jika omelan Eiiden itu tidak bernada marah.

Tetapi pemuda itu kelihatan sedang melipat kedua-dua tangannya di hadapan dada dan menatap Mark juga N yang bungkam kehilangan kata dengan tatapan mata setajam helang manakala kening hitamnya bercantum tegang di tengah dahi mengakibatkan tidak ada sesiapa yang berani mencelah.

Ara yang mendadak menjadi tumpuan setiap pasang mata yang berada disitu menatap hamparan permaidani berbulu di bawah tapak kakinya .Langsung tidak berani menatap wajah Eiiden dan tanpa sedar tangannya mencengkam hujung lengan baju yang dipakai Aiiden menerbitkan rasa kasihan pemuda itu kepadanya.

Bagaimana Eiiden mendapat tahu tentang insiden ' Ninja Kura-kura' itu Ara-N dan Mark memang tidak tahu dan Ryo adalah suspek pertama yang melintas dalam benak Ara membuatkan Ara sudah menyimpan seguni seranahnya terhadap pemuda itu dan rasa geramnya hanya akan lunas apabila Ara membekuk leher Ryo nanti .

Tunggulah !

Eiiden tidak akan diangkat sebagai ketua kepada Tujuh Penjaga Catatan Thierasias tanpa sebab yang jelas.Selain daripada memiliki kemampuan fizikal,dengan ketajaman intuisi dan kebolehannya untuk mengetahui sama ada seseorang itu sedang berbohong kepadanya juga adalah satu hal lain yang menumbuhkan rasa kagum serta hormat mereka kepada sang Alfa Lycan itu.Dan kerana itu, pasti tidak sukar untuknya memaksa Ryo membuka mulut bagi menceritakan hal yang sebenar sepanjang masa ketiadaannya .

" Dahlah tu."

Aiiden melayangkan tatapan memberi amaran kepada abang kembarnya agar segera berhenti memarahi Ara kerana dilihatnya Ara mulai menggeser kakinya dengan gelisah.

" Ara tak apa-apa itu sudah lebih dari cukup.."

" Akkkuuu cuma nak mmemmbantu"

" Kami tahu niat Ara.." Potong Ken pantas "Dan Ara pun tahu kenapa Eiid marah kan?"

" Kalau nak marah,marahkan aku seorang dan jangan libatkan Cecep atau N.."

Antara mahu dengan tidak Eiiden terpaksa membatalkan niatnya untuk memarahi Ara apabila melihat Ara melintangkan tangannya ke hadapan tubuh Mark dan N yang jauh lebih kekar dan tinggi daripadanya sendiri.

Rasa seperti pintasan dejavu aneh bagaimana pernah suatu ketika dulu Ara membentengi Mark daripada tikaman hujung tongkat perak Tetua Myn membuatkan Eiiden mati kutu.

Pintasan ingatan akan kejadian di pinggir tasik Perkampungan Nymph serta bayangan perahu jerami berisi bunga-bungaan putih dan pakaian berlumuran darah itu sekali lagi membuatkan hati Eiiden terasa renyuk.

Anak ini benar-benar aneh .Sungguh.Dia masih sahaja merupakan benih kacangnya yang memeningkan kepala Eiiden !

" Kami tak memarahi Ara bukan bermakna kami setuju dengan tindakan Ara begitu.Sekali-sekala, Ara patut utamakan keselamatan diri Ara sebelum memikirkan tentang orang lain.Boleh Ara janji?"

Giliran Vixx pula menyampuk dan serta-merta Ara mengangkat wajahnya menatap tampang serius pemuda Nymph itu.

" Siapa kata aku tak utamakan keselamatan diri sendiri?"

" Ara.Sudahlah tu.." Rein menyampuk dalam nada gelisah .Risau dengan perangai keras kepala Ara begitu.

" Ada yang terlupa bahawa Cecep-N-Ken-Ryu-Vixx-Rein-Aiiden dan Eiiden adalah sebahagian daripada diri
Luna Arabella yang sebenar? Mengutamakan keselamatan mereka sama sahaja seperti sedang mengutamakan keselamatan aku sendiri.Jadi,bila masanya yang aku tak hiraukan keselamatan diri sendiri?"

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now