-21-

286 27 11
                                    

Satu lagi penumbuk yang berat mendarat tepat ke dagu lelaki itu membuatkan dia terpental ke dinding dan akhirnya dia hanya mampu terbaring dan menarik nafasnya yang semakin pendek dipangkal dada.Dadanya berombak naik turun pandangan matanya terasa berpinar.

Keii hanya memerhatikan sahaja tiga batang tubuh lelaki dalam pakaian hitam itu terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan mata yang hampir tertutup oleh bengkak sementara dari sisi pelipis masing-masing mengalir darah yang suam dan pekat.Lelaki terakhir yang menjadi mangsa tinju susuk bertubuh besar seperti beruang jantan itu terbatuk-batuk dan melelehkan darah dari sudut bibirnya.

Lelaki itu-Teur-meringis seraya memusingkan bahunya sebelum mendaratkan satu lagi penendang kepada lelaki yang seorang lagi dan mengakibatkan lelaki itu mengerekot kesakitan.

Sementara itu belasan lelaki berpakaian kemas dengan sut hitam yang berada disitu hanya menatap kehadapan tidak berani menggerakkan walau seinci otot mereka.

Jika lelaki bertubuh tegap tinggi dengan tampang seperti petinju jalanan  dengan tatu naga melingkari lehernya itu disegani kerana menjadi ketua kepada mereka dan semua yang bekerja untuk Kumpulan Cyclops , tetapi susuk tubuh yang hanya duduk diam dan tidak bersuara itu bukan sekadar disegani tetapi lebih tepatnya sangat ditakuti kerana dia tidak akan teragak-agak untuk menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang menyinggungnya.

Lebih daripada itu mereka semua tahu siapa dia yang sebenarnya !

" Memata-matai seorang gadis saja kalian tidak pernah beres !! Apa pula alasan kali ini ?"

Suara Teur yang garau dan serak itu bergema membuatkan ada diantara mereka yang sedikit terlonjak bahunya.Menatap antara tiga susuk tubuh yang terkapar di atas lantai dengan keadaan separuh sedar itu dengan wajah Teur yang membera ,walaupun sedikit tidak sanggup tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana memang hal itu telah ditanamkan dalam diri mereka sebaik sahaja mereka mengambil keputusan untuk menjadi ahli kepada Kumpulan Cyclops yang merupakan kumpulan mafia paling berkuasa dan digeruni di lapan Pangea itu.

Menjadi ahli kepada Kumpulan Cyclops bermakna hidup dalam gelumang kemewahan kerana mereka terlibat secara langsung dengan Kumpulan Templar  tetapi tumbalnya juga tidak sebarangan.Tidak ada jalan keluar.Melakukan kesilapan sedikit sahaja bererti mereka akan terpaksa membayarnya dengan harga yang sangat tinggi seperti tiga lelaki yang sedang meregang nyawa di atas lantai itu.

" Apa kalian beranggapan alasan bahawa dia hilang di sebalik selekoh adalah alasan terbaik yang boleh kalian reka??"

" Tthapphiiiii memanggg bethullll,Thuaann Keii."

Lelaki yang seorang itu cuba bangkit walaupun goyah dan wajahnya berlumuran darah.Bibirnya yang bengkak menyukarkan dia untuk menyebutkan patah perkataannya dengan betul.

" Sayyaaa rasaaa ada orang laiinnn yanggg juga mahukkhhannn diaa.."

" Kumpulan Panji Hitam ." Desis Keii dengan wajah dingin khasnya yang datar dan menakutkan.

" Satu laghiiii Tuannnn"

Lirikan tajam Keii membuatkan lelaki itu pantas menundukkan kepalanya.

" Saya rasaaa Tuann Muda Darius mmeelinddunghiiii dia,Tuan.."

" Cih !!" Nyaris Keii meludah wajah lelaki itu dan mendadak matanya bersinar penuh kebencian " Jangan beritahu perkara yang aku memang sudah tahu !!"

Melihat lelaki berwajah dingin itu bingkas bangun, Teur tunduk hormat dan lelaki yang melutut di atas lantai itu menunduk merapatkan wajahnya ke lantai tanpa memperdulikan pandangan matanya yang berkunang-kunang.Jari-jemarinya jelas kelihatan menggeletar dan Keii hanya menatapnya dengan menyeringai sinis.

Dengan satu anggukan,dua lelaki lain mencapai kedua-dua belah tangan lelaki separuh nyawa itu dan mengheretnya keluar dan diikuti oleh Keii yang tenang sahaja menapak meninggalkan bilik tersebut.

Lelaki yang diheret itu berusaha melepaskan diri dan menjerit ketakutan manakala dua yang lain tunduk memejam mata dengan segenap sendi menggeletar .Peluh dingin bercampur darah dari luka berbaur tetapi tidak diperdulikan.

Hanya dalam bilangan beberapa saat kedengaran satu jeritan yang diikuti dengan suara tersekat-sekat dari bilik sebelah.Jeritan nyaring yang membuatkan hatta Teur yang terkenal ganas dan tidak bertimbang rasa itu pun mengetap giginya dan menahan nafas.Apabila keadaan kembali senyap,Teur membuka matanya semula dan menghembuskan dengan berat.

" Tuan."  seorang lelaki dengan wajah pucat dan jelas menggeletar mengetuk pintu " Tuan Muda Keii tunggu Tuan di bilik sebelah."

Hampir berlari anak, Teur tergesa-gesa menuju ke bilik sebelah dan wajah Keii yang berdiri di hujung lorong menyambut penglihatannya.

" Teur.."

" Saya, Tuan.."

" Aku mahukan berita yang menyenangkan selepas ini .Boleh?"

Teur menganggukkan kepalanya dan pantas dia menunduk hampir 90 darjah sebaik sahaja Keii berpaling menuju ke pintu besar di mana kereta mewahnya sedang terpakir.

Dari hujung mata,Teur hanya menelan air liur yang mendadak terasa pahit melihat susuk tubuh lelaki malang itu terperosok ke lantai dengan leher terkulai ke kiri dan matanya masih terbeliak ngeri.

Melihat dua tanda merah seperti kesan tusukan dua batang  gigi tajam yang tepat kelihatan pada  jalur urat lehernya yang timbul dan mengingatkan bagaimana lelaki yang dikenali sebagai Tuan Muda Keii itu mengesat sudut bibirnya yang masih mengalirkan darah, Teur mengepal penumbuknya yang terasa longgar dan terketar-ketar.

+            +            +

" Jadi,apa memang benar mereka meletakkan pengintip di sana?"

Ruangan terang benderang itu yang tadinya kedengaran senyap mendadak riuh rendah dengan gema bisikan daripada belasan orang yang berada disitu.

" Betul..Dan jika melihat bagaimana mereka tiba-tiba sahaja memerhatikan gadis itu sehingga begitu rupa,saya rasa kita sudah berada di atas landasan yang betul.."

" Dan jangan lupa Tuan Muda Darius juga ada di situ.." celah seorang yang lain.

" Daripada pengintip kita di Istana Templar,rasanya Tuan Muda Darius bukanlah orang yang patut kita risaukan sekarang.Dia tidak lebih daripada sekadar anak manja yang suka menimbulkan masalah!"

" Baik.." seseorang yang kelihatan jelas wibawanya mengangkat suara " Tajamkan mata dan telinga masing-masing.Walau apa pun kita mesti mendapatkan dia sebelum Kumpulan Templar."

"  Baik.."

" Pastikan dia dibawa ke sini dalam keadaan hidup.Faham semua?"

+              +            +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now