" Lepaskan Ara,jahanam !!"
Eiiden bertempik dan menyerbu ke arah Tetua Myn yang terkekeh melihat Ara terawang-awang di atas permukaan tanah dengan sepasang kakinya terayun lemah namun teriakannya langsung tidak memberi kesan kepada lelaki berbangsa Nymphoria itu.
Bola mata hitam Tetua Myn semakin menggelap dengan kejahatan dan keinginan untuk mendapatkan kembali apa yang pernah cuba untuk dimilikinya lama dulu iaitu segala kekuatan dan kekuasaan yang ada pada gadis tersebut.
Tetapi sama seperti sebelumnya,serangan Eiiden tidak dapat mengapa-apakan Tetua Myn malahan sebaliknya pemuda Alfa Zinxs itu pula yang terhempas ke tanah hanya dengan satu kibasan tangan membuatkan Aiiden pantas menerpa tubuh abang kembarnya itu.
Berang dengan serangan daripada pemuda-pemuda tersebut,Tetua Myn menoleh perlahan bersama seraut wajah yang menyeringai kejam dengan tatapan mata yang tajam terpancar dari kedua-dua bola matanya yang hitam pekat seperti arang menyisakan anak mata yang merah seperti seketul bara api yang kecil.
Melihat sahaja susuk tubuh seperti asap hitam yang melayang rendah menyeret hujung kakinya yang terawang-awang menuju ke arah mereka,Eiiden dan tujuh pemuda tersebut pantas merapatkan diri di antara satu sama lain dan bersiaga dengan senjata masing-masing.
Menghadapi puluhan malah ratusan orang musuh bukanlah suatu hal yang terlalu sukar bagi mereka namun menghadapi musuh dalam wujud seperti Tetua Myn sekarang adalah suatu kejadian yang tidak pernah diduga sama sekali.
Hendak dilibas dengan pedang,mata pedang mereka tidak menjejaskan sedikitpun wujud Tetua Myn yang tidak ubah seperti asap itu.Sebaliknya,hanya dengan satu libasan tangan mereka yang akan terhumban ke belakang.
" Kenapa kalian selalu sahaja menjadi penghalang kepada rancangan aku??"
Eiiden mengetapkan giginya dan tanpa sedar dia menolak tubuh Aiiden ke belakang dengan merentangkan tangannya melintang pada dada adik kembarnya itu.
Sementara Vixx juga melakukan hal yang sama kepada Rein membuatkan pemuda tinggi lampai itu cuba menolak tangan abangnya tetapi tidak berdaya apabila Ken juga Mark saling membahu antara satu sama lain untuk membentenginya bersama Ryu dan N di belakang mereka.
" Cuba berlagak menjadi wira?"
" Kau yang tidak punya siapa-siapa untuk dilindungi pasti tidak akan faham !"
Vixx menjawab dalam nada sinis dan dari hujung ekor matanya dia dapat melihat Ken mengangguk sekilas.Rancangan mereka jelas walaupun tidak ada sesiapa yang memulakannya.
Tetua Myn perlu dilengahkan sementara waktu daripada rancangannya untuk menguasai tubuh serta kekuatan yang dimiliki Ara walau apapun risiko yang terpaksa mereka hadapi.
" Memang betul orang lain akan tunduk dan takut dengan kekuasaan yang kau miliki tetapi berapa ramai yang akan kekal setia dan bersama kau dalam apa juga keadaan?"
Suara Eiiden pula kedengaran dan jelas sekali kata-kata pemuda itu memberikan tamparan hebat kepada Tetua Myn kerana bola mata kemerahannya semakin membesar dan rasa dingin yang dirasai mereka semakin mengigit kulit.
" Patutkah aku bertepuk tangan ?"
Seringai Tetua Myn melebar dan angin sejuk terasa menampar pipi setiap kali dia berlegar-legar mengelilingi lapan susuk tubuh yang saling berhimpitan di antara satu sama lain itu.Menatap mereka dengan riak wajah kebencian.
" Jangan terlalu yakin ! Mengorbankan diri demi keselamatan yang lain-lain?? Aku ada idea yang lebih bagus.Apa kata jika kalian saling berbunuhan sesama sendiri?" Tawa Tetua Myn yang kering dan tajam menusuk pendengaran mereka " Hanya yang paling kuat akan terselamat dan aku akan melepaskan Ara !"
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...