" Berhenti pandang saya macam tu!"
Ara menjeling tajam susuk tubuh berjubah labuh hingga melepasi lutut itu yang sejak tadi memerhatikannya seperti daripada celah rambut Ara yang panjang berkilat itu bermunculan tanduk merah dan mendadak sahaja di belakangnya tumbuh sepasang sayap.
" Vartra?"
Tanpa memperdulikan wajah tidak senang gadis itu,dia menyeluruhi penampilan susuk tubuh di hadapannya itu.
" Siapa Vartra?" Ara menoleh untuk kesekian kalinya. " Siapa mereka tadi? Jangan kata mereka tu manusia biasa sebab saya tak akan percaya.Manusia apa punya rupa menakutkan begitu?"
" Mereka memang manusia "
" Kan saya dah kata jangan cuba
nak menipu ? Ingat saya percaya?"Susuk tubuh yang satu lagi berdehem seketika sebelum mula membuka mulutnya.Dia tahu tidak ada gunanya cuba untuk menyembunyikan apapun daripada susuk tubuh berambut putih keperakan itu.
Kagetnya masih belum hilang tatkala gadis di hadapannya itu muncul dan membidik anak panah dan bertambah lagi dengan kelakuannya yang tiba-tiba merentap kolar baju-rasa berpusing ligat lalu apabila dia membuka mata,mereka berdua sudah berada di atas bumbung sebuah bangunan yang gelap dan berangin.
" Awak boleh panggil saya Hunter."
" Pemburu?"
" Lelaki -lelaki yang awak lihat tadi adalah manusia yang telah dijangkiti virus dan menjadi manusia hybrid." Dia tidak perduli " Saya sudah cuba untuk menghapuskan mereka tetapi seperti yang awak lihat,mereka semakin ramai.Kita tidak tahu berapa jumlah mereka yang sebenar di luar sana"
" Gabungan antara manusia dengan Bangsa Athos maksud awak?"
Lelaki yang baru dikenali sebagai Hunter itu mengengsot menjauhkan dirinya daripada Ara yang kelihatan seperti sedang menghidu sesuatu di dalam udara.
"Macam mana awak tahu?"
"Sama seperti awak." Ara menatap wajah yang hanya kelihatan pada bahagian mata itu dengan tajam " Kenapa awak memburu bangsa sendiri?"
" Memperolehi darah Bangsa Athos daripada jalur kelahiran berbeza daripada memperolehinya melalui jangkitan yang disebarkan melalui gigitan."
"Maknanya,di sini masih ada yang melakukan aktiviti pemburuan terbuka?"
" Tak semua." Sahut Hunter pantas." Dan itulah yang cuba saya cegah."
Ara mendiamkan diri sambil cuba untuk mencerna kembali apa yang baru sahaja didengarnya itu.Terlalu mendadak dan menyebabkan dia sendiri masih tidak memahaminya.
Hanya satu perkara yang pasti.Lelaki di sebelahnya itu jelas menyeruakkan bau khusus yang membuatkan Ara mengernyit bingung.Gabungan antara darah Athos dan juga darah manusia biasa.
" Vartra?" Ara kembali menatap wajah yang tersembunyi disebalik topeng mulut yang dikenakan Hunter."Kenapa awak panggil saya Vartra?"
" Awak akan kata saya tidak siuman kalau saya ceritakan hal sebenar!"
" Awak sendiri tak akan dapat bayangkan perkara gila apa yang pernah berlaku kepada saya sebelum ni,Hunter."
Suasana menjadi hening seketika apabila Hunter kelihatan seperti sedang berfikir sama ada mahu menceritakan hal yang sebenar atapun tidak.Susuk tubuh berambut putih keperakan dengan sepasang mata yang biru bening itu juga menatapnya lurus bagaikan cuba membaca apa yang sedang bermain di dalam benak lelaki tersebut.
"Panglima Artakus."
Hunter menyebutkan satu nama yang membuatkan kerongkong Ara terasa kering mendadak.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...