-36-

321 36 20
                                    

Bagaimana Ken,Vixx dan Rein menyelamatkan adiknya adalah pertanyaan yang berlegar didalam benak Ryo sebaik sahaja kereta yang dipandunya  mulai bergerak meninggalkan vila kecil satu setengah tingkat yang tersergam menghadap tasik itu.

Mereka yang menculik Veei mahukan Ara sebagai pertukaran tetapi Ara dalam keadaan yang masih membimbangkan tidak dibenarkan oleh yang lain-lain untuk melibatkan diri dalam hal itu.

Lalu bagaimana mereka hendak menyelamatkan Veei dengan ketiadaan Ara ?

Dan Ryo dalam situasi sangat terdesak tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengikuti sahaja apa yang dikatakan oleh pemuda berambut hitam pekat itu.Asalkan adiknya dapat diselamatkan,yang lain-lain Ryo tidak perduli.

Sambil memandu di tengah jejalan kenderaan lewat petang begitu,sesekali  Ryo mengerling pemuda berambut hitam arang itu yang tenang sahaja disebelahnya.
Manakala dua lagi pemuda yang berada di bahagian belakang itu senyap dan memerhatikan keadaan sekeliling .

" Kalau boleh saya tahu.Macam mana Tuan kenal dengan Ara?"

Ryo mengerling cermin pandang belakang dan tatapan matanya berbentur dengan sepasang mata cokelat gelap kepunyaan Vixx.

" Bukan melalui situasi yang normal."

Ryo menyahut sambil memutarkan stering ke kanan memasuki satu susur keluar dari jalur utama lalulintas metropolitan setelah memberikan isyarat untuk membelok.

" Saya mengecam Ara sebagai salah seorang daripada senarai Orang Yang Hilang.Mengikut undang-undang, sesiapa yang dilaporkan sebagai Orang Yang Hilang ahli waris wajib melaporkan jika seseorang tersebut sudah ditemui sama ada hidup atau sebaliknya tetapi Ara tidak berbuat demikian.Saya menemui Ara pada suatu malam."

" Ara lari?"

" Sebaliknya." Sahut Ryo pantas " Dia benar-benar buatkan saya hampir hilang nafas !"

Rein kedengaran tertawa diselang-seli kekehan dari Vixx.Dapat mereka bayangkan apa yang menimpa pemuda tersebut.Ara.Satu susuk tubuh misteri yang sukar di duga arah fikirannya.Gila.Nekad dan sedikit bodoh kadangkala.

" Dan kemudiannya ,saya mengetahui bahawa dia merupakan salah seorang pesakit sebuah hospital psikiatrik dimana adik perempuan saya bekerja.Perkenalan saya dengan Ara membawa kepada Bangsa Athos,Hunter dan Virus Hybrid."

" Virus Hybrid?" Ken tertoleh serta-merta.

" Satu Virus yang menyebabkan manusia yang dijangkiti bertukar kepada separuh manusia separuh Bangsa Athos.Ganas dan merupakan pembunuh berdarah dingin yang hanya boleh ditewaskan dengan senjata perak.Setakat ini tidak ada data rasmi tentang jumlah sebenar manusia yang sudah dijangkiti tetapi kami yakin ia semakin merebak hanya sahaja ada pihak yang cuba menutupi kebenaran tersebut."

" Kami?"

" Saya, Ara dan Hunter."

Balas Ryo lagi.Tidak mahu menyembunyikan apa-apa kerana dia tahu lambat-laun mereka akan mengetahuinya juga.

"Hunter adalah seseorang yang bertindak menghapuskan manusia yang telah dijangkiti.Katakan saja ia kebetulan yang aneh tetapi kami menemui kaitan kejadian tersebut dengan satu kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Templar dan ia berkaitan dengan Bangsa Athos."

" Lalu kaitannya dengan Ara apa?"

" Saya tak tahu tetapi Ara sepertinya mempunyai kaitan dan peranan besar dalam hal tersebut.Asalkan kalian semua tahu.Daripada apa yang saya tahu,sekurang-kurangnya ada dua buah pihak yang mahukan Ara.Kumpulan Templar dan Kumpulan Panji Hitam."

Mendengar kata-kata Ryo,Ken sudah tersandar ke kerusi dan mengurut pelipisnya yang tiba-tiba berdenyut.Sepertinya Ara dan kelahirannya sebagai Yang Terpilih ibarat satu sumpahan yang tidak pernah ada pengakhirannya.Dan serta-merta juga dia tahu Ara sekali lagi terlibat dengan satu masalah yang rumit dan berbahaya.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now