Tinta maya yang membawa dan mengikat kita dalam satu ukhwah dunia oren ini bermula pada nukilan pertama pada 16 September 2018 yang lalu.Tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana semestinya buku maya ini masih terlalu jauh daripada perkataan sempurna.Ada ceruknya yang kurang.Ada sudutnya yang sumbang.
Jari sepuluh disusun seandainya sepanjang kebersamaan juga interaksi didalam dunia maya ini ada gurau dan kata yang tidak berkenan di hati.Masa berharga para pembaca yang diperuntukkan dengan membaca tiap baris perkataan amatur dalam rangkaian kata terlalu sederhana ini amat dihargai dan kesudian menekan bintang VOTE adalah penghargaan tersendiri buat saya.syal0vailla980224NabilahSalamiZamilaMillaLyndaYusofuzaro77RianieHanieyNonaafroggie_.Nama yang wajib ada dalam ruangan notification .Kalian adalah pengeVOTE paling istiqomah ( benarkan saya guna istilah ni.Aneh tapi benar) dan tetap sudi menekan tanda bintang walaupun ada ketikanya bab yang di muat naik kurang serba-serbi.
Dan khusus untuk skuad ipar-duai Rumah AgamLeenanoonean_syafaatulzahraNescafeAisKawBlurryQiQiF ,kalian adalah sahabat dunia oren terbaik saya.Istiqomah mengeVOTE dan istiqomah ( berapa banyak kali mau ulang daaa..) pula mengomen sehingga bila dibaca semula boleh membuatkan saya tergelak sendiri.
Bunga padi bunga Selasih,
Mari ditanam di dalam taman,
Mesra budi junjungan kasih,
Jadi ingatan sepanjang zaman.Kata bertingkah
Tinta dinoktah
mynameismas
17 Januari 2019.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasyAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...