-61-

292 30 34
                                    

" Aiisyyyy....menunggu begini adalah perkara yang paling aku benci dan boleh buatkan aku naik gila !!"

Atmosfera tegang dan dikuasai keheningan di mana-mana itu pecah dengan suara Vixx yang tiba-tiba meninggi dan dalam masa yang sama pula dia bingkas mengaduk rambut cokelat gelapnya itu.Rein yang mundar-mandir berhampiran tingkap menghembuskan nafasnya kasar dan jelas sekali dia juga merasakan hal yang sama seperti apa yang dirasakan abangnya.

Tetapi rungutan Vixx tidak lama apabila melihat N bingkas bangun lantas mencapai telefon dan mendail satu nombor.Tatapan memberi amaran yang terpancar dari sepasang mata milik Ryu tidak diendahkan lelaki itu dan mendadak dia menjadi tumpuan perhatian yang lain-lain.

" Tuan Ryo.." Ujar N melembutkan nada" Boleh kirimkan kepada saya koordinat di mana Pembantu Eiyo ditahan?"

Ryu tergesa-gesa mencapai pen dan menyua surat khabar dua hari sudah kepada N dan lelaki tersebut pantas mencapainya dan mencatat sesuatu.

" Baik..Terima kasih,Tuan.."

Dia mengakhiri panggilan dengan sopan lalu mencarikkan hujung surat khabar tersebut.Wajahnya tegang kembali tatkala menyua kertas koyak bengkang-bengkok itu kepada Ken yang masih mengerutkan kening melihat beberapa siri nombor dan huruf tertera disitu dicatatkan secara kasar.

" Lokap Dua tingkat satu Biro Keselamatan Persekutuan." N berdiri lagi " Boleh Ken bawa ke sana? Ada sesuatu yang perlu aku tanyakan sendiri kepada Pembantu Eiyo !"

" Baik !" Pemuda berkaca  mata itu turut bingkas namun dia menoleh ke arah Ryu lalu berkata lagi " Ryu boleh bawa Rein dan Vixx kan? Sebaik sahaja dapat isyarat daripada Eiiden,pergi dan tidak perlu tunggu kami.Kami akan menyusul setelah urusan N selesai"

Demikian kata Ken sebelum memaut lengan N dan kedua-dua susuk tubuh itu hilang sekelip mata dihadapan mereka bertiga.

+             +              +

Pembantu Eiyo yang sudah menyarung pakaian longgar berlengan pendek warna kelabu itu duduk merapatkan belakangnya ke dinding dan matanya hanya merenung kosong ke arah ruang sentri di sebalik palang besi tersebut.Beberapa orang anggota berpakaian seragam mundar-mandir di luar sana tidak menghiraukan keberadaannya di situ dan sepertinya mereka sedang sibuk dengan sesuatu.

Rasa gusarnya semakin membuak-buak apabila menyedari walaupun sudah beberapa jam dia berada di dalam lokap tersebut namun masih belum ada tanda atau ura-ura yang menunjukkan bahawa dia akan segera dikeluarkan dari tempat tersebut oleh sekutu manusia Bangsa Athos yang berada di dalam Biro Keselamatan Persekutuan daripada anggota yang berpangkat rendah sehinggalah kepada para pegawai atasan.Malahan tatapan tajam penghuni lain lokap tersebut membuatkan Pembantu Eiyo tidak senang duduk.

Namun tiba-tiba sahaja bunyi berdetus kedengaran dan ada hawa panas terasa menyambar pipinya dan satu bingkai wajah berdagu tirus dengan kaca mata menjelma tepat dihadapannya bersama seorang lagi pemuda dengan rambut perang kehitaman sedang memandangnya dengan tatapan sengit.Dua raut wajah yang dilihatnya di Istana Templar beberapa jam yang lepas.

Pembantu Eiyo bingkas bangun seperti siling lokap tersebut akan runtuh menimpa kepalanya dan dengan sekuat suara yang dia mampu,dia menjerit cuba untuk menarik perhatian anggota pasukan keselamatan yang berada di luar sana.

" Duduklah,Pembantu Eiyo sementara kami masih boleh berfikir waras.."

Begitu kata lelaki berambut hitam berkilat yang mengenakan kaca mata itu sambil melabuhkan punggungnya ke permukaan lantai berjubin yang mulai sejuk.Matanya hanya mencerlang malas dan raut  jengkel pada wajah nya jelas kelihatan apatah lagi dengan bahasa tubuhnya yang bersila lalu berpeluk tubuh begitu.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now