-46-

295 27 35
                                    

Keii bingkas bangun tatkala pendengarannya sayup-sayup menangkap bunyi deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas meja sisi berhampiran kepala katil di mana dia merebahkan dirinya.

" Keii.."

Gumamnya dengan suara rendah dan mata separuh tertutup sebaik sahaja talian bersambung dengan suara di hujung sana.

" Tuaannn Muddaaa.."

Spontan mata Keii terbuka lebar dan rasa mengantuknya hilang serta-merta mendengarkan suara seorang lelaki di hujung sana menyebutkan namanya dengan nada menggeletar.Dia mengenali suara pemuda itu sebagai salah seorang daripada orang bawahannya yang diberikan tugas khusus untuk mengawasi Darius secara senyap-senyap.

" Ada apa?"

" Kereta yang dipandu Tuan Muda Darius terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain."

"Dan?" Keii sudah terlonjak berdiri.

"Lelaki-lelaki dalam kenderaan tersebut berkeras menyalahkan Tuan Muda Darius dan bila Tuan Muda Darius menafikannya,mereka memukul..."

" Hantarkan aku koordinatnya dengan segera."

Keii mematikan talian dan berlari anak menuju ke sebelah kanan bilik tidurnya lalu menarik pintu gelongsor kecil yang memisahkan bilik tidurnya dengan bilik yang menempatkan segala pakaiannya sehari-hari bermula daripada baju sehingga kepada aksesori seperti jam tangan dan gelang yang semuanya di patenkan dibawah jenama terkenal dan ada di antaranya ialah rekaan khas untuknya sahaja.

Dengan sangat tergesa-gesa Keii menyambar sehelai kemeja berkolar tinggi dan menyarungkan ke tubuhnya lalu meraih jaket labuh hitam yang mencecah ke betis.Dan akhir sekali menyandang pedang bersarung kulit itu ke belakangnya.Tidak lupa menyelitkan topeng kulit penutup mulut berwarna hitam kedalam sakunya.

Segalanya sama sahaja seperti lama dahulu.Sejak dari dahulu lagi,dia tidak akan pernah teragak-agak untuk bertindak jika ia adalah melibatkan Darius walaupun dia akan terpaksa berhadapan dengan hukuman keras daripada sang ayah apabila dia dilihat lebam di sana-sini.

Dan alasan yang selalu digunakan adalah dia berkelahi dengan beberapa orang rakan sebaya dari kalangan manusia biasa ataupun tercedera semasa latihan pedang walhal sebenarnya dia turun tangan mengajar sendiri susuk kurang ajar anak-anak Bangsa Athos dari keluarga lain yang berani sekali memomokkan Darius sebagai darah campuran .

Bukan sahaja mereka melukakan emosi Darius secara terang-terangan tetapi hal paling membuatkan Keii naik hantu adalah apabila mereka berani menaikkan tangan kepada Darius.

Dihukum atau dimarahi akibat pelanggaran salah laku yang bertentangan dengan kehendak sang ayah bukan apa-apa baginya selagi dia dapat memastikan bahawa Darius tidak diapa-apakan.

Namun,tentu sahaja dia tidak memperlihatkan wajahnya kepada Darius kerana dia tidak mahu anak itu bergantung kepadanya sama seperti ketika mereka masih kecil dahulu.Dia mahu Darius membesar menjadi seorang pemuda yang kuat dan boleh melindungi dirinya sendiri.

Mungkin pada pandangan mata kasar,dia memang selalu tampil keras dan kasar kepada Darius malah bukan rahsia dalam kalangan keluarga-keluarga besar Bangsa Athos bahawa dia sangat membenci Darius.

Dan idea yang ditanamkan olehnya kepada seluruh penghuni Istana Templar malahan seluruh Bangsa Athos bahawa Darius adalah kepunyaannya oleh itu hanya dia yang berhak membuli dan merendah-rendahkan Darius disebabkan anak itu sudah merampas tempatnya sebagai anak tunggal Keluarga Artemis berkesan sehingga ke hari ini.

Sudah tentu untuk menguatkan tanggapan tersebut,dia perlu tampil kejam dan kasar kepada sesiapa sahaja agar tidak ada yang berani mendekati Darius selain daripada dirinya sendiri.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now