-22-

323 32 4
                                    

Hendak bertanya pun Bane dan Lex tidak berani kerana selain daripada urusan kerja,mereka tidak berhak untuk mencampuri urusan pegawai muda itu yang luar biasa pucat tetapi kelihatan sangat bertekad awal pagi begitu.

Memasuki sahaja ruang pejabat Unit T6,dia tidak menyapa mereka seperti biasa tetapi sebaliknya terus mengheret kakinya menuju ke bilik kerjanya dan kemudian menutup pintu.Selepas menanggalkan jaket luarnya, Ryo terus duduk menyandar sambil mengurut kepalanya yang terasa pening.

Ryo tidak tahu apa yang hendak dilakukannya sekarang namun diam-diam dia juga sedar bahawa dia memang tidak lagi boleh berpatah semula ke belakang pada hari dia masih belum mengenali Ara dan pada ketika Ara tidak menujah telunjuknya tepat ke dahi Ryo.

Teringat semula apa yang dilihatnya tatkala Ara menujah dahi nya dengan telunjuk semalam,mendadak Ryo terasa mual kerana terlalu cemas dan pintasan-pintasan aneh yang seperti tertayang dihadapan matanya ketika itu terlalu sukar untuk diterima oleh akal yang waras.Gila.

Hanya itu penjelasan paling tepat apabila Ryo melihat sendiri semuanya dengan terang dan jelas bagaikan jalur imej pada skrin projektor sementara itu dia merasakan bahawa dia benar-benar mengalami segala kejadian yang dilihatnya itu.

Segala kesakitan,segala rasa cemas,rasa ketakutan dan rasa dikhianati bercampur-baur  dan itulah yang menyebabkan dia tumbang lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Sekelibat bayangan apabila ada seorang lelaki berwajah datar tetapi tampan luar biasa singgah di sebuah kedai serbaneka pada suatu malam ketika hujan lebat dan kemudian kepada sebuah kejadian di lorong belakang sebuah bangunan dimana  dia melihat beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengejarnya sementara dia pula seperti disuntik oleh satu cecair yang mengakibatkan dia lumpuh.

Tepat di hujung lorong seorang lelaki lain seperti sedang menunggunya dan ia bukan bertujuan untuk membantunya namun sebaliknya berniat akan mencelakainya jika tidak kerana ketibaan seorang pemuda berkulit cerah yang tinggi lampai dan menghunus sebilah pedang.

Rein-begitu dia mendapat tahu tentang nama pemuda tersebut.Tidak lama kemudian,dalam keadaan genting datang pula dua susuk tubuh lain dan akhirnya pandangannya gelap lagi.

Terjaga beberapa ketika kemudian di dalam sebuah gua,mengikuti satu jalur cahaya yang akhirnya membawa kepada sebuah lubang kecil yang membolehkannya keluar daripada gua aneh tersebut.

Lalu kepada sebuah padang rumput yang menghijau saujana mata memandang.Kemudian kepada kelibat sepasang lelaki dan wanita yang membahasakan diri mereka sebagai ayah dan ibu.

Dikejar sepasukan tentera berkuda sehingga terpeleset,tersembam dan berdarah yang akhirnya membawa kepada pertemuannya dengan seorang lelaki berambut hitam kemerahan bernama Eiiden.

Penglihatannya beralih lagi kepada ingatan tentang sebuah gua dan seutas gelang bermanik hijau yang bercahaya serta tindakannya datang semula walaupun Eiiden sudah mengarahkannya untuk segera pergi dari tempat tersebut.

Bertarung seketika bahu membahu dengan lelaki bernama Eiiden menggunakan sebilah pedang bergerigi.Gelap lagi dan terjaga pula didalam sebuah bilik dimana ada seorang lelaki lain yang berambut hitam keunguan menatapnya dengan wajah risau.

Ada kelibat-kelibat pertarungan di halaman dan membuatkan dia mengenali susuk-susuk tubuh tujuh lelaki bernama Eiiden,Mark,Vixx,Rein,Ken,Ryu dan N.Sesuatu tentang Catatan Thierasias dan rahsia kelahirannya yang membuatkan dia menjadi buruan ramai orang.

Dan adegan demi adegan yang tertayang di hadapan matanya membuatkan dia memahami bahawa sebenarnya Ara sedang membuka ingatannya untuk dilihat sendiri oleh Ryo dan bagaimana dia melakukannya adalah perkara yang menghantui Ryo sehingga ia gagal untuk tidur dengan nyenyak.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now