-33-

283 30 3
                                    

" Masa hanya tinggal sehari.."

Suara di hujung talian sana terus menerjah gegendang telinga Ryo sebaik sahaja dia menggeser ikon telefon berwarna hijau untuk menyambut panggilan tersebut.Tanpa basa-basi.

" Veei mana?"

Ryo menggertakkan giginya sambil merendahkan suara.Jika bukan sedang berada di ruangan pejabat nya,pasti lelaki di hujung talian sana sudah diseranahinya habis-habisan.

" Dia baik-baik sahaja.Sekurang-kurangnya sehingga Ara diserahkan sebagai pertukaran."

" Awas jika dia diapa-apakan!" Ryo mendesis " Aku akan cari kalian sampai ke lubang cacing !"

Dekahan tawa lelaki di hujung talian sana benar-benar membuatkan darah Ryo menggelegak dan tanpa sedar penumbuknya sudah menujah permukaan meja.Urat pada pelipisnya timbul dan rahangnya terasa kaku.

" Bawa bertenang Leftenan Ryo.Lebih baik simpan tenaga untuk memikirkan jalan bagaimana menbawa Ara kepada kami."

" Jahanam !! " Maki Ryo kasar " Apa bukti yang Veei tidak apa-apa?"

Talian kedengaran senyap seketika dan tidak beberapa lama kemudian, terasa telefon bimbit didalam genggaman Ryo bergetar.

"Aku ada kirimkan bukti" Suara lelaki itu kedengaran lagi."Sekarang tiba masanya kau tunaikan perjanjian!"

" Janji apa?" Ryo berteriak separuh histeria."Bila masa aku berjanji ? "

Talian dimatikan begitu sahaja dari hujung sana dan dengan rasa hatinya yang cemas berbaur berang,dia membuka aplikasi pesanan atas talian dan ternyata memang benar ada satu fail yang dihantarkan kepadanya.

Berang Ryo seperti akan meletupkan kepalanya demi melihat susuk tubuh adiknya dalam keadaan terikat pada sebuah kerusi.Rambut panjang sebahu yang kebiasaannya kemas diikat atau disanggul kelihatan berantakan-terjulai simpang siur menutupi sebahagian wajahnya dan kusut- masai malahan baju yang dikenakannya kotor berdebu.

Walaupun mata Veei ditutup dengan kain,jelas pada pipinya berbekas dengan air mata yang mulai mengering.Melihat bibir adik perempuannya itu lebam dan ada pita pelekat berwarna perak yang terjuntai pada pipi kanannya,Ryo merasakan hatinya renyuk.

Pasti pita pelekat itu ditanggalkan sementara agar Ryo boleh mendengar Veei memanggil-manggil namanya dengan suara yang pecah dan tertahan-tahan.Kakinya yang tidak berkasut kelihatan kotor dan diikat kejap menggunakan seutas tali yang kasar.

Suasana persekitaran kelihatan gelap dan hanya terdapat satu lampu sorot yang menerangi Veei dan jelas sekali kedengaran adiknya itu teresak-esak dengan suara serak menyeru nama Ryo berulang kali dalam nada ketakutan bercampur putus-asa.Selain itu tidak ada satu pun tanda-tanda fizikal didalam video berdurasi 1 minit itu yang membolehkan Ryo untuk mengenalpasti tempat di mana adiknya disembunyikan.

Sejak kehilangan adiknya itu Ryo hampir tidak pernah tidur dengan nyenyak.Mungkin kerana letih, Ryo sempat terlelap itupun dalam masa yang sangat singkat malahan sejak semalam, Ryo hanya menjamah roti dan air putih.Seleranya lenyap entah ke mana.

Bagaimana mungkin dia mampu menelan makanan dengan berselera sedangkan dia tidak tahu apakah Veei sudah makan atau belum.Apa dia dikasari kah oleh penculi-penculik sialan yang mengugutnya itu? Semua fikiran begitu membuatkan Ryo separuh tidak waras.

Dan hal lain yang membuatkan dia bertambah separuh tidak siuman adalah dia tidak melihat Ara di mana-mana.Menjelang pagi sahaja,Restoren M&M  dimana Ara bekerja adalah tempat pertama yang dituju Ryo dan sehingga menjelang tengah hari pun,kelibat Ara masih tidak juga kelihatan dan kepala Ryo semakin sesak mendengar suara wanita pertengahan usia yang dikenalinya sebagai pemilik restoren tersebut membebel itu ini tentang Ara yang tidak muncul seperti kebiasaannya.

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now