Menatap slide demi slide yang membiaskan warna terang sementara seluruh lampu di dalam bilik tersebut dimatikan benar-benar membuatkan mata Bane dan Lex berkunang-kunang.Imej mangsa yang diambil dari pelbagai sudut yang memperlihatkan tubuh seorang lelaki dengan kepala hampir terputus dan hanya disambungkan pada leher oleh secebis kulit kecil memenuhi penglihatan mereka.
Dari mana Ryo memperolehinya mereka berdua tidak tahu namun dari gerak gaya leftenan muda itu yang menurunkan bidai tingkap,mengunci pintu dan kemudian menutup lampu sebelum memasukkan pemacu kilat USB ke dalam komputer yang disambungkan kepada projektor dan kemudian memerhatikan imej-imej tersebut dengan mata bersinar-mereka tahu ada sesuatu yang sedang dilakukan pegawai atasan mereka itu yang tahap kerahsiaannya jika diketahui oleh pegawai tertinggi ,mereka bertiga berisiko besar untuk dibuang kerja.
" Dari mana tua..."
" Mayat ke sembilan dalam tempoh masa dua bulan .Mati akibat tetakan benda tajam namun diklasifikasikan sebagai mangsa rompakan" Ryo menatap wajah Bane yang sesekali disimbahi warna terang dari projektor dan kemudian beralih kepada Lex yang bersuara sekejap tadi " Logik tidak?"
" Tak ada yang tidak logik dalam dunia jenayah, Tuan.."
" Sekadar mahu mendapatkan beberapa keping not NSE,Lex sanggup tidak membunuh mangsa dengan memancung kepala mereka hingga putus?"
" Mungkin mangsa nampak dan kenal penjenayah jadi penjenayah mengambil keputusan untuk membunuh mangsa.."
" Dengan memancung?" Bidas Ryo pantas membuatkan sekali lagi Lex terdiam.
Ryo bingkas bangun dan menarik papan putih berkaki yang menghadap ke dinding.Dengan menggunakan pen penanda jari-jemarinya pantas mencoret sesuatu.
Luas lingkaran : L = π r² apabila r= ½ d
π = ( ½ d)²
π x ( ¼ d)²
¼ π = d²
Bila :
L = luas lingkaran
d= diameter lingkaran
r = jejari
π = 22/7 atau 3.14
Bane dan Lex saling bertukar pandang manakala Ryo mundar-mandir menimang pen penanda di tangannya. Sekali lagi dia pantas mencatat sesuatu dan kemudian berundur dua tiga tapak ke belakang sambil bercekak pinggang.Menggaru-garu kening dan senyap lagi.
" Jika dilihat diameter leher mangsa dengan menggunakan skala 1 : ...."
Lehernya yang menoleh ke arah dua anggota bawahannya kaku seketika apabila terpandangkan kedua-dua lelaki itu melopong seperti disambar kilat.Ryo menghembus nafasnya berat dan kemudian duduk semula di muka kerusi dan menatap Bane dan Lex yang hanya mengekorinya dengan mata berbinar seperti bayi yang melihat guli bertaburan di atas lantai.
" Er..." Ryo menggaru tengkuk " Maksud saya kalau kita berjaya mencari berapa diameter leher mangsa kita boleh mengagak saiz senjata yang digunakan."
Bane dan Lex bertukar pandang lagi dan kemudian mengangguk serentak.
" Jika diperhatikan.." Ryo menggerak-gerakkan pointer projector yang memancarkan dot merah ke permukaan skrin projektor dihadapan mereka " Luka pada leher kesemua sembilan mangsa adalah licin dan kemas petanda ia dibuat dengan menggunakan senjata yang tajam."
" Mustahil untuk mendapatkan kesan luka yang kemas dengan menggunakan senjata yang jauh lebih kecil berbanding ukur lilit atau diameter leher mangsa.."
Ryo mengangguk setuju mendengar kata-kata Bane yang buat pertama kalinya kelihatan seperti baru dipintas elektrik ratusan voltan sehingga menyebabkan neuron sel-sel otaknya berhubung antara satu sama lain dan mengeluarkan kesimpulan bijak yang dipersetujui Ryo.Lex mengangguk seperti burung belatuk jantan dan kemudian menatap Bane dengan wajah kagum.
YOU ARE READING
LAST HUNTER II : VARTRA
FantasíaAra-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantaian makanan ! Manusia : Pemburu atau diburu? Mangsa atau pemangsa? # Ini adalah sekuel kepada Last Hu...