Chapter 18|New power

248 19 4
                                    

"Kau anak Red Hood?" Aku terkejut..di dalam kepala aku di penuhi dengan tanda tanya.

"Kau kenal ke budak tu?"Ayah aku menanyakan soalan itu.Pandangan yang bengis tidak pernah terlepas dari pandangannya.

Aku hanya mengangguk perlahan.
Ayah aku melepaskan keluhan berat.Aku dah boleh agak..apa yang akan terjadi pada aku nanti..Takut jugak lah kalau nak fikirkan apa kesudahan ayah aku akan buat pada aku.

"Sejak bila kamu kawan dengan dia?...berapa banyak info yang kamu dah bagi dekat dia?..Apa yang dia buat dekat kamu...sampai kamu boleh berkawan dengan dia?!"Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh ayahku...

"Dia tak buat apa-apa pun dengan saya ayah..Dia budak yang baik.Saya kenal dia,dia bukannya budak yang jahat seperti ayah jangkakan."Aku cuba pertahankan Hazen.Entah kenapa..aku rasa aku boleh percaya Hazen lebih dari ayah aku sendiri.

"Sanggup kamu khianati ayah...Sanggup kamu khianati kerajaan kamu....Sanggup kamu khianati mak kamu yang sudah mati semasa peperangan semata-mata mahu selamatkan kamu...Mereka lah yang membunuh mak kamu!...tak akan kamu dah lupa semua tu!?"Muka yang bengis tadi berubah menjadi muka yang sedih.

Buat pertama kali.Aku melihat ayah aku menangis....di depan mata aku sendiri.Rasa sebak di hati melihat kelakuan ayah aku sendiri.

"Adakah ini salah Aku?"fikir aku sendiri.

"Kau bukan lagi anak Aku.Jangan kau cari Aku lagi...Jangan kau jejak kaki kau ke dalam town ni lagi.KAU DENGAR TAK!??!!!"Ayah aku menjerit kuat.

Bila dah marah..kau aku dia keluarkan...sampai dah tak mengaku aku ni anak dia.Habislah hidup aku...kena sumpah jadi batu nanti.

"Ayah tapi...Alex tak bocorkan apa-apa maklumat pun pada dia...Alex tak tahu pun dia anak red hood...Ayah ini semua salah faham."Aku cuba meyakinkan ayah aku.

"Kau jangan nak menegakkan benang yang basah.Terang menerang kau dengan budak tu berpakat nak jatuhkan aku kan!!"Hatinya seolah-olah telah dirobek kerana kesedihan yang di terimanya sekarang bukan senang untuk di hadapi.Dia memang tidak percaya yang Aku akan buat macam ni..

SHUKK
(Bunyi tusukan besi yang tajam)

Aku tergamam melihat kejadian yang ada di depan aku ini.Ianya berlaku dengan sepantas kilat.Darah yang pekat bewarna merah keluar dari perut ayahku.Hazen yang berdiri di sebelahnya tersenyum gembira.

"SI*L KAU HAZEN!!"Jerit aku dengan nada yang marah.

Tak sempat aku membalas perbuatan Hazen..langkah ku terhenti kerana ternampak keadaan ayah ku.

"uhuk..*cough*"

Batukan beserta darah keluar dari mulut ayah aku.Perutnya dipegang kerana menahan keperitan kesakitan.Tampa befikir panjang..aku belari ke arahnya dengan niat untuk menyelamatkannya.

"AYAH!!...ayah ok tak ni?!"Aku menghulurkan tangan untuk membantunya.

"TEPI!!...SIAPA YANG MINTAK BANTUAN KAU?!!..KAU MEMANG NAK TENGOK AKU MATIKAN.."Ayah aku menepis tangan ku.Dia memang dah tekad untuk tidak mempercayakan aku lagi.

"Ayah bagi lah Alex tolong."Aku cuba jugak mengangkat badan ayah aku..macam biasalah..dia nak orang tolong dia..tapi dia jual mahal.

"Sampai bila korang nak teruskan drama tv ni..penat aku tunggu..Aku ada banyak lagi kerja nak buat ni."Red hood yang dari tadi hanya memerhati kami anak beranak bergaduh.Sampai berpeluk tubuh dia.

"Kau bunuh je lah aku.Aku dah tak sanggup hidup lagi dah.Sampai anak aku sendiri pun ingkar arahan aku."Jelas reaksi ayah aku yang bercampur muka sedih dan marah terpampar di mukanya.

Angel with the Demon [BOOK 1]Where stories live. Discover now