Chapter 20|soulmate

292 23 14
                                    

*2 hari kemudian*

(Di Town Alpha)

"King Farish...anak patik masih belum sedar ke?"Shin risau akan anaknya yang mmasih belum sedar dari pengsannya tempoh hari kerana kehilangan banyak darah.

"Maafkan saya Shin,anak awak masih belum menunjukkan sebarang tindak balas yang positif.Beta telah minta bantuan dari semua Doktor healer town untuk mengubati anak kamu.Namun tiada satu pun rawatan yang berhasil terhadapnya.Mereka pun tidak tahu apa puncanya."King Farish memegang bahu Shin tanda untuk memberikannya semangat.

"Jadi...anak patik tiada harapan untuk hidup?"Shin menundukkan kepalanya sambil mengalirkan beberapa butir air mata.

"Beta tidak boleh janji apa-apa.tapi beta yakin,pasti ada cara untuk buatkan dia sedar kembali."King Farish cuba menaikkan semangat Shin yang sedang bersedih

Shin hanya mengangguk lemah.King Farish mengambil langkah untuk beredar.Shin masuk ke dalam bilik rawatan yang di diami oleh Alex.

*Dalam masa yang sama,tetapi di tempat Hazen*

*HAZEN POV*

'Kenapa aku tak boleh nak bangun ni?..Apa yang dah jadi sebenarnya?..Aku tak boleh nak gerakkan anggota badan aku.'bisik aku sendirian.

"Tak boleh jadi.Kalau aku terus macam ni,aku tak boleh nak jumpa Alex lagi.Aku perlu mintak maaf dengan dia.Aku dah buat banyak salah dengan dia."Rasa bersalah dalam diri aku masih belum hilang.Selama ini Alex layan aku dngan baik walaupun dia tahu aku ni musuh dia.Dia tidak pernah ada rasa dendam terhadap aku.

"Kau pasti ke nak berjumpa dengan orang yang dah bunuh ayahkau?"Kedengaran suara seseorang yang ada di situ.

Aku terkejut dengan kata-katanya.Aku tidak faham apa yang dia perkatakan."Apa maksud kau?...Alex tidak pernah bunuh orang."

"Kau pasti?Masa kau pengsan tak sedarkan diri...ayah kau pertahankan kau dari Alex yang cuba bunuh kau."Suara itu makin dekat ke arah aku.Aku dapat merasakan aura yang kuat makin dekat

"Tak mungkin..Dia dah janji dengan aku.Dia tak akan bunuh orang.Selagi aku hidup,kita orang akan melindungi satu sama lain."Aku ingat janji manis yang aku dan Alex buat.Kami tak akan bunuh orang dan kami akan melindungi dan tolong menolong sesama sendiri semasa susah.

"Sebab itu dia nak bunuh kau dahulu.Bila kau dah mati baru dia bunuh beribu orang tampa merisaukan apa-apa."Empunya suara itu duduk di sebelah aku.Dia memegang muka aku lalu mengelap darah yang ada di muka aku.

Aku membuka mata aku dan mengarahkan pandangan aku terhadapnya.Rupanya parasnya yang pucat,telinganya tajam dan mempunyai tanduk."Elf?" soalnya lemah.

"Wow,kau dapat kenal aku dengan sekali pandangan.aku kagum dengan kau."Elf itu tersenyum  teruja.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?Setahu aku..semua Elf telah di hapuskan semasa di town Delta."Hazen tahu semua maklumat itu dari Alex.Alex menceritakan padanya tentang upacara berinteraksi dengan Elf dan peperangan Town Alpha dengan town Delta pada 3 hari lalu.

Edit:Flashback ini berlaku pada tahun yang sama peperangan berlaku dan peperangan itu baru sahaja terjadi beberapa hari lepas.

"Dalam peperangan ada satu sahaja syarat untuk menang.iaitu siapa yang kuat akan terus menang,dan yang lemah akan mati."Elf itu tersenyum sinis.

Aku seperti dapat merasakan ayat yang di perkatakan oleh Elf itu menyusuk hati kerana dia dan Ayahnya baru kalah dalam pertarungan.Aku hanya terdiam kerana aku keliru.Mana satu perlu aku percaya,Alex ataupun Elf ini.Banyak persoalan yang ada di dalam kepalaku.

Angel with the Demon [BOOK 1]Where stories live. Discover now