Chapter 35|The Stronger

254 16 11
                                    

ROOUUGGHHHH

Deon,Gelon,Raven dan Nomu berterbangan di atas langit. Kedua spirit itu sebok berlawan ke empat-empat myth creature. Pergelutan antara spirit dan myth creature itu amat sengit.
Deon berlawan dengan black turtle,Gelon pula berlawan dengan blue dragon. Raven dengan white Tiger dan Nomu berlawan dengan phoenix.

Gelon memegang badan naga biru itu. Ukuran naga itu yang panjang dan berbentuk seakan akan ular memudahkan gelon untuk mencengkam badan naga biru itu. Gelon menarik badan naga biru itu dengan pantas. Naga biru tidak sempat melakukan sebarang tindak balas. Tampa berlengah, Gelon memutarkan naga biru itu di udara seperti lasso. Berputar 360 darjah naga itu di buatnya. Tidak cukup dengan itu... Gelon menghentak naga itu ke tanah dengan kuat sejurus sahaja gelon berasa puas dengan putaran yang dia lakukan. Hentakan yang di buat amat kuat sehinggakan tanah hancur dan mendak ke dalam. Gelon menghentak naga itu ke kanan dan ke kiri silih berganti. Darah bewarna unggu mengalir keluar dari beberapa bahagia badan naga biru itu.
Kesakitan yang di alami membuatkan naga biru mengaum kuat sehingga keadaan per sekitaran menjadi bergegar.
Gelon tidak berasa getir dengan bunyi yang di keluar kan oleh naga itu. Tangan Gelon masih erat memegang badan lawannya tampa belas kasihan. kukunya yang tajam mencucuk badan naga itu. sekali lagi...darah unggu mengalir dengan pantas.

Naga biru itu mengambil peluang untuk menyerang dengan menggunakan ekornya untuk melilit badan Gelon. Sedikit demi sedikit badan Gelon di kunci dengan naga biru itu. Tangan Gelon yang dari tadi sibuk memegang badan naga biru itu terpaksa di lepaskan dek kerana lilitan naga biru itu semakin lama semakin ketat. kepala naga biru itu naik bertentangan dengan muka Gelon. Nampak jugalah senyuman bangga dia. Gelon cuba untuk meronta-ronta keluar dari belitan itu..tapi tidak berhasil.
"Kau memang suka memaksa aku kan."Gelon bengang dengan naga di hadapannya itu.

ZZZTTT

Satu renjatan electric yang bercas tinggi telah di hadiahkan kepada naga biru. Naga itu tidak dapat menahan kesakitan dan melepaskan Gelon lalu terbang berjauhan dari Gelon."Roouugghhh" Marah naga itu. Kelima-lima Sayap Gelon di lebarkan...sayapnya di kibaskan laju, kibasan itu menghasilkan angin yang kuat sehingga menyebabkan naga biru boleh berganjak dari tempatnya. Bukan itu sahaja, kibasan sayapnya berubah daripada angin menjadi crystal-crystal yang tajam. Beratus ratus Crystal ter bentuk... Crystal itu terbang laju ke arah naga biru. Tusukan demi tusukan mendarat di seluruh badan naga itu.

Manakala, Deon sedang bergembira dengan lawannya iaitu black turtle. Saiz naga hitam itu lebih besar membuatkan dia tidak takut dan berasa lebih kuat. Ular yang ada di sisi black turtle telah mengganas..badan ular itu telah meliar mencari mangsa. Mulutnya yang besar membenarkan dia melahap beratus manusia. mulut ular itu di penuhi kesan darah manusia dan tulang-tulang.
"Banyak gila kau makan...ni mesti kes lapar..dah 100 tahun tak makan"Deon melihat ular dan black turtle itu makan dengan penuh nikmat dan selera. terliur jugak lah deon di buatnya. Nasib iman dia kuat lagi..kalau tak..
"Eh...aku mana boleh biarkan diorang bunuh manusia....stupid dragon"desis hati Deon. dia baru ingat misi dia di summon keluar oleh NIa. Deon memulakannya serangannya dengan menggunakan nafas api biru. Mulut nya di buka luas...api yang membara biru itu membakar black turtle dan ular. Api biru membara besar sehingga mencecah kaki langit.
Pandangan Deon di halang oleh apinya sendiri...dia tidak pasti sama ada black turtle sudah mati atau belum.
"Dah mati ke? tak akan lah.."Deon berfikir sejenak.

PSSTTTT

Ular meluru laju ke arah Deon. Deon tidak sempat mengelak dari serangan itu. kedua taring di hinggapkan di bahagian leher Deon yang panjang. Deon meraung kesakitan..sisik apinya yang bewarna hitam di keluarkan untuk menghalang pembiakan poison. Deon membalas serangan itu secara spontan, kukunya yang tajam membelah kepala ular dengan sekali libasan.

Angel with the Demon [BOOK 1]Where stories live. Discover now