"Hiyah! "Nia muncul secara tiba-tiba...nia menaikkan penumbuknya ke udara lalu di halakan ke arah rayza.
Rayza terkejut dengan ke munculan Nia... Namun, dia dapat menepis tumbukan nia dengn kemas. Penumbuk nia di tangkap menggunakan telapak tangannya sendiri. Setelah berjaya di sambut tumbukan Nia... Rayza mengetatkan lagi genggaman. Nia cuba meronta-ronta tanggannya untuk di lepaskan.Perbuatannya hanyalah sia-sia. Tangannya seakan terkunci di genggaman Rayza."tch...lepaskan aku lah"Nia menjadi bengang dengan Rayza. Nia menggunakan kakinya dan menendang kedua-dua kaki Rayza serentak dari bahagian tepi.. Sehingga membuatkan Rayza terjatuh. Genggaman tangan tadi di leraikan.
Rayza terduduk dek tendangan Nia."Penyet lah kau! "kedengaran suara Zaid yang. Sedang menjerit. Rayza mencari punca suara itu datang dari arah mana.
Setelah memerhati kawasan sekeliling... Rayza mengambil keputusan untuk memandang ke atas. Sangkaanya betul...terlihat figura Zaid yang sedang jatuh menghala ke atas Rayza bertemankan penumbuk cahayanya.
Rayza apa lagi...dia mengambil keputusan untuk beralih dari situ.BBBBOOOOOMMMMM
Zaid mendarat ke atas tanah. Tangannya terbenam ke dalam tanah...sementara tanah yang di hempaskan menjadi pecah dan retak. Batu dan tanah bertaburan di merata-rata tempat.Habuk tanah berterbangan di udara.
"Macam mana boleh tak kena?"Zaid bengang dengan diri sendiri. yang lain hanya memandang Zaid geram...memang lah tak kena, siapa suruh jerit dulu...bengap ke apa.
Rayza mengambil kesempatan untuk menyerang Zaid yang sedang tersangkut dekat tanah.
"Lek lu bro, kita bincang minum kopi lu..."Zaid tersengih..tangannya cuba di tarik keluar dari benaman tanah..Rayza hanya buat tak tahu dengan gurawan bodoh Zaid tadi. Pedangnya di keluarkan. Geram je Rayza di buatnya..nak je kelar kepala Zaid.DDDUUUUSSSSHHHH
Satu tumbukan yang padu di hadiahkan di bahagian perut Rayza.. Tumbukan yang kuat itu membuatkan lelaki itu tertolak jauh ke belakang. Walaupun tumbukan itu kuat...tapi Rayza masih teguh berdiri..Kakinya yang asal ada di atas tanah..terbenam di dalam tanah dek menahan tumbukan itu. semakin ke belakang...semakin ke dalam kaki nya tenggelam.
"Aku belum habis lagi dengan kau."Nia muncul di belakang Rayza. Kali ni..dia memberikan beratus ratus tumbukan secara serentak. Rayza tidak sempat mengelak serangan itu dan menerima ke semua tumbukan kegelapan. Tumbukan yang laju berada di setiap bahagian badannya...Di dada,di bahu,di perut...ke semua tempat adalah target bagi Nia.
Rayza menjadi rimas dengan serangan yang bertubi tubi. Rayza menggerakkan tangannya sedikit sebagai isyarat kuasa forze nya. Nia tertolak ke belakang dengan kuasa Forze..Badan Nia terhentak pada beberapa batu yang besar..sehinggakan batu itu pecah...Rayza mengambil ruang untuk bernafas dan memulihkan lebam serta lukanya.
"Sial...aku asyik lupa je dia ada kuasa macam tu."Nia mengelap darah yang ada di pipinya. Kulit Nia mempunyai banyak kesan calar. Dia cuba bangun dan betulkan posisinya.
"Aku tak ada masa nak rehat lah!"Nia berlari ke arah Rayza.Zaid masih tidak mengalah dengan cubaan serangannya. Rayza dapat mengelak setiap tumbukan yang di berikan oleh Zaid. Kanan dan kiri pergerakkannya bertukar dek mahu mengelak serangan Zaid. Ada kala Rayza menepis serangan Zaid...belakang badannya kelihatan beberapa bebola electric yang sedang terapung. Hanya menunggu arahan sahaja untuk menyerang.
"Haih...guna power ni. Tak adil betul."Zaid terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang. Seram tengok bebola electric tu terapung. bebola eletric itu menyerang Zaid secara bertubi tubi. Zaid mengelak serangan itu dengan menunduk dan berguling di atas tanah. Penutup kepalanya di pegang..kalau tercabut, masalah lain pulak nanti yang muncul.
Rayza berlari laju ke arah Zaid dengan pedang darah di tangannya. Pedangnya di angkat tinggi untuk menyerang Zaid...
YOU ARE READING
Angel with the Demon [BOOK 1]
Fantasy[BOOK 1] Hari demi hari,Camelia di buli,dicaci,di ejek kerana penampilannya yang pelik di mata semua orang.Rambutnya yang bewarna putih serta matanya yang bewarna kuning.Semua orang tidak suka akan dirinya dan mereka menyampah melihat mukanya. Camel...