"Bwoya?!" Jeongyeon bersuara dengan panik.
Mereka segera menggenggam mana mana senjata berguna untuk berlawan jika perlu. Mungkin van mereka diserang oleh kumpulan Eroix. Mereka perlu bersiap sedia.
"Shownu, stay in here and lock the door after all of us go out!" Arah Lisa. Shownu pun mengangguk walaupun ada sedikit rasa bersalah. Bersalah kerana tak dapat berlawan bersama mereka dan hanya mampu sembunyi dalam van ni.
"Let's get them!!" Jerit Bambam lalu membuka pintu. Bila dia buka je pintu van, dia terus menembak dengan segala kudratnya. Beberapa makhluk telah rebah namun beberapa saat kemudian bangkit semula.
"Shit! Mereka tak dapat dibunuh!" Marah Doyeon sambil berlawan dengan ganasnya. Doyeon pakar dalam martial arts walaupun kengkadang dia tak suka show sebab nak nampak elegan.
"Siapa korang hah?!!" Jerit Lisa sambil menembak musuh mereka. Malangnya mereka tak bersuara dan hanya terus mencuba untuk cederakan ahli Devil Force.
Jungkook yang tadinya jauh dari Lisa, kini dah berada di belakang Lisa. "Buat laluan supaya van kita dapat bergerak." Bisik Jungkook kepada Lisa. Takut para musuh yang berpakaian serba hitam tu tahu akan rancangan mereka untuk larikan diri.
Lisa memberi signal kepada yang lain untuk masuk ke dalam van cepat. Lisa mula mengeluarkan grenade dan baling ia kepada para musuh sebelum masuk ke dalam van. Grenade tu membuat bunyi dan letupan yang kuat menyebabkan para musuh rebah seketika dan hilang tumpuan.
"Shownu drive!! Mereka tengah hilang tumpuan tu!" Arah Jungkook yang berada di sebelah Shownu. Shownu pun menekan minyak dan drive dengan sangat pantas walaupun risiko untuk langgar pokok adalah tinggi😂😂 Sebab ianya agak berkabus kan so laluan pun tak jelas sangat.
xxxxxxxxxxxxx
"Apa benda tadi tu?! Itu ke kumpulan Eroix?!" Tanya Bambam sambil cuba tenangkan diri. Mereka belum pernah lagi bertembung dengan musuh yang bangkit semula bila di tembak sampailah ke saat tadi. Sebab tulah mereka cemas tu.
"Aku nampak tattoo tu. Akan yakin merekalah kumpulan Eroix. Lagipun kat kertas tu kata mereka bukan manusia kan? Apa yang kita lawan tadi tu sememangnya bukan manusia." Jelas Jeongyeon. Mereka semakin risau dengan mision yang mereka perlu selesaikan ni.
"Ada sesuatu yang pelik dengan bandar ni dan aku pasti 'A' tahu tentangnya tapi dia saja tak bagitahu kita supaya kita buat misi ni." Jelas Lisa dengan geram. Dia mula menyesal kerana bercadang nak buat misi ni. Ianya terlalu merbahaya. Lisa memandang Jungkook dengan pandangan maut kerana dialah yang nak sangat buat misi ni.
"Selesaikan misi dengan pantas dan dapatlah keluar dari tempat ni." Jelas Jungkook dengan wajah poker face. Tak rasa bersalah langsung.
" Tu ke sekolah tu?" Tanya Bambam sambil memandang luar tingkap van. Mereka semua memandang ke arah bangunan yang berada tak jauh dari mereka berada.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...