Chap.19

317 50 5
                                    

Lisa Pov

Akhirnya. Kami berjaya keluar dari maze ni. Dan team Blackwood High dapat tempat terakhir. Pasukan lain dah lama keluar. Student mana yang keluar dahulu, tak kira lah sorang-sorang ke, akan dapat tempat pertama. Goldenwood High dapat tempat pertama dengan jumlah seorang pelajar yang tinggal. 2 lagi dah takde.

Redwood tempat ke dua dan jumlah akhir pelajar adalah 2 pelajar. Silverwood ketiga dengan jumlah 3 pelajar. Blackwood terakhir dengan jumlah 2 pelajar. Jeongyeon palsu aka Joy dah dianggap disqualified kerana menyamar.

"Yoo Lisa!" Panggil Wooshik. Yeji mengikutnya dari belakang. Aik sejak bila mereka kawan ni? Aku ingat Yeji benci Wooshik. Yeji berlari ke arahku.

"Oh Wooshik." Balasku.

"Hebatlahhh kau tadiii!! Semua orang terkejut tahu bila nampak kau dan Jungkook bunuh makhluk tu!!" Kata Yeji dengan excited. Ouh. So mereka nampak. Mesti pakai drone ke atau cctv tersembunyi. Aku hanya tergelak palsu. Kalau silap langkah tadi, mesti aku dah terbunuh.

"Tau tak sebelum ni, tak pernah lagi aku dengar student cuba bunuh makhluk tu waktu join game maze ni. Mereka semua akan sembunyi dan cari jalan lebih mudah dan pantas nak keluar. Kalau aku join game ni, aku pun takkan lawan makhluk tu. Buang masa dan merbahaya." Jelas Wooshik sambil tergelak. Aku tak tahu lah dia sindir ke dia puji sekarang ni.

"Oh ya. Sejak bila kau rapat dengan Yeji ni?" Tanyaku.

"Dia ni yang tetiba melekat kat aku. Takde kawan borak katanya. Tahulah aku handsome." Jelas Wooshik sambil geleng kepala.

"Tch. Bukannya aku lepak dengan kau sorang je. Lia pun ada sama lol." Balas Yeji sambil jeling Wooshik.

"Thanks for accompanying Yeji." Kataku sambil menepuk bahu Wooshik. Dia hanya balas dengan wajah 'takde apalah'  nya tu. Aku gembira yang Yeji ada juga kawan lain selain aku. Bila aku teringat balik yang dia kata hidup dia dah tak lama, aku mula kesiankan dia. Kenapalah dia ke sini masa ni haih. Tempat ni semakin lama dah jadi semakin merbahaya.

Tengah aku berfikir tu, aku terpandang Jungkook yang masih ada dibelakangku. Dia tengah mengelamun. Patutlah senyap je. Oh ya, dia kata dia ada benda nak bagitahu aku kan?

"Oi. You okay?" Tanyaku sambil memandang Jungkook. Tak nak lah kedengaran caring sangat. Nanti dia perasan pula.

"Eo? Oh..yes Im fine." Balasnya. Dia nampak gelisah. Kenapa? Sebab benda yang dia nak bagitahu aku tu ke?

"About the thing that I wanna tell you..." Jungkook mula bersuara. Aku mengangguk dan mendengar. Dia memegang belakang lehernya. Benda serious ke ni?

"Erm. Korang borak lah dulu. Kami pergi somewhere." Jelas Yeji bila dia nampak situasi kami. Aku pun angguk dan mereka pergi. Aku pandang Jungkook semula.

"Aku nak minta tolong." Katanya.

"Apa?" Balasku ringkas.

"Carikan someone. Nama dia Eunha." Tambahnya. Eunha? Siapa tu?

"Dia ada kat sini?" Tanyaku. First time aku dengar Jungkook cari seseorang. Gadis pula tu.

"Sebenarnya.." Jungkook mula memberitahu aku tentang kenapa dia beria nak buat task ni dulu. Dan tujuan sebenarnya ialah mencari seorang gadis yang tinggal dengannya dulu. Wow... Aku tak terkata.

"Kekasih ke?" Tanyaku. Entah tetiba je aku nak tanya. Jungkook tak jawab. Geez.

"I'll tell you if I found her." Kataku. Dia lalu angguk dan pergi.

Haih dah lah tak nak bagi rewards pun kalau aku berjaya jumpa gadis tu. But first, aku perlu fikirkan tentang acara next aku. Esok pagi. Malam ni aku dapat cari Jeongyeon kat tempat ni. Haraplah takde orang kat sini.

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now