Lisa Pov
Aku mengerut dahi sambil pandang Dowoon. Hairan dengan apa yang baru saja Dowoon katakan. Jadi aku salah satu penyebab dia nak join kami? Kenapa?
"What do you mean? Kenapa pula aku jadi penyebab kau stay dengan kami?" Tanyaku. Dia lalu menggosok belakang lehernya sambil memandang lantai. Bila dia mula buat macam tu...Aku seperti dah dapat teka apa maksud kata kata dia. Tapi aku tak nak lah perasan. Jadi aku tunggu je dia bagitau aku apa yang dia nak bagitau aku.
" Aku minat kau." Katanya.
"Wow. Love confession ke tu?" Tanya Wooshik sambil memandang kami. Aku memandang mereka semua dan mereka juga tengah memandang kami berdua. Lia dah tengah tersenyum kambing sambil mengipas wajahnya. Jeongyeon pun dah ikut tersenyum sambil menaik-naikkan keningnya memandang aku.
"N-No! Bukan itu maksud aku! Maksud aku, aku minat Lisa sebagai seorang kawan. Dia sentiasa fikirkan orang lain terlebih dahulu. Aku respect dia. Aku nak jadi ketua macam dia." Kata Dowoon dengan serious. See? Aku dah cakap jangan perasan dulu😂. Ini rupanya maksud dia.
"Cehh! Kau ni jangan lah guna ayat macam tadi tu. Kami ingat kau suka Lisa tadi." Bebel Lia.
"Maaf. Aku cuma rasa aku kurang sifat memimpin sebagai ketua. Lisa pun ketua juga kan dalam pasukannya. Bila aku perhatikan cara Lisa jaga rakan sepasukannya dan rakan dia yang lain, aku kagum. Sebab tu lah aku ikut. Aku nak wakil pasukan aku untuk bantu selesaikan masalah Eroix ni." Jelas Dowoon. Wah. Terharu aku.
"Thanks Dowoon. Aku bukanlah ketua yang sempurna tapi aku cuba buat apa aku mampu." Balasku. Aku lalu menepuk bahunya beberapa kali.
"Sekarang minat sebagai kawan dulu. Nanti-nanti berputik lah cinta tu." Usik Wooshik sambil tergelak kecil. Yang lain turut tergelak kecil. Haih. Ada-ada saja diorang ni. Aku hanya mampu geleng kepala sambil memandang mereka.
Tengah kami terbuai dengan perbualan tadi, aku perasan yang Eunha senyap sahaja. Dia asyik pandang kat luar gua dengan wajah muramnya. Agak kasihan dengan dia kerana takde siapa nak berbual dengannya. Tapi itu juga disebabkan oleh dirinya sendiri sebab tak nak masuk dalam perbualan. Mungkin juga dia tak selesa kerana hal yang berlaku semasa Jeongyeon menamparnya.
"Eunha." Panggilku. Dia lalu memandangku.
"Marilah sini berbual dengan kami. Kita kan sepasukan sekarang?" Pelawaku. Yang lain turut bersetuju walaupun Jeongyeon nampak agak tak selesa dengan kehadiran Eunha.
"It's okay. Aku nak tidur dulu. Nanti takde tenaga pula esok sebab berbual sepanjang masa." Katanya sambil baring dan badannya menghadap dinding gua.
"Dia tengah sindir kita ke tu?" Kata Wooshik sambil pandang yang lain. Aku hanya mampu angkat bahu walaupun aku tahu dia memang tengah sindir kami. Dia mungkin tak suka dengan kami ataupun aku tapi disebabkan nak selamatkan Jungkook, dia terpaksa ikut kami kerana lebih selamat bila beramai-ramai.
"Jom lah rehat. Ada betul juga kata dia tu." Jelas Hyunjin. Kami semua mengangguk setuju. Kami pun satu demi satu mula lelapkan mata.
xxxxxxxxxxxxx
"Lisa wake up." Panggil Jeongyeon sambil cuba bangunkan aku dari tidur. Aku segera bangun dan melihat sekeliling. Yang lain dah bangun.
"Pukul berapa?" Tanyaku sambil cuba berdiri.
"6.15 am." Jawab Jeongyeon. Aku pun mengangguk.
"Mana Hyunjin??" Tanya Lia sambil melihat sekeliling. Wooshik juga tak tahu di mana dia berada. Mungkin dia keluar buang air ke apa? Well tunggu jelah. Hyunjin ialah penunjuk arah kami so kami takleh bergerak kalau dia belum ada kat sini lagi. Aku mengira jumlah kami semua dan ada seorang lagi takde...Eunha. Mana dia??
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...