Chap.10

357 41 4
                                    

Bambam dan Shownu masuk ke dalam bilik dorm mereka sambil mengeluh. Mengeluh sebab misi lepaskan diri gagal. Jungkook yang tengah baring tadi terus bangun dan memandang mereka dua dengan hairan.

"Kenapa korang masih kat sini?" Tanya Jungkook dengan hairan. Bambam baringkan badannya kat atas katil sebelah Jungkook. Shownu pula letak semula laptopnya atas meja dan baring badan atas katil juga.

"Tak dapat. Ada kumpulan Eroix tu merayau depan sana." Kata Bambam dengan malas. Jungkook lalu baring semula. Walaupun dia kata dia tak kisah mereka pergi, Jungkook rasa sedikit gembira bila Bambam kata sebegitu. Sikiiiiiiit je lah.

- Keesokan harinya -

Lisa Pov

Aku langsung tak dapat tidur semalam disebabkan Jeongyeon. Aku terpaksa berjaga sebab takut Jeongyeon buat sesuatu masa kami tidur. Berita baiknya, nyenyak je dia tidur semalam. Aku terlebih fikir ke semalam? Tapi aku tetap rasa perangai Jeongyeon pelik selepas dia lakukan misi curi dengar perbualan kumpulan Eroix tu.

"Lisa. Kau tak tidurkan semalam?" Tanya Jeongyeon yang berada disebelahku. Kami tengah berjalan untuk ke kelas kami masing masing tapi kebetulan lorong sama.

"E-Eo. Aku tak dapat tidur." Jelasku. Dia perasan aku berjaga semalam. Tch. Dia tak berperangai seperti dirinya yang selalu. Seperti dia bukanlah Jeongyeon yang aku kenal.

"Eyy, tak bolehlah macam tu leader! Lain kali kalau nak tidur lena, beritahu aku tau. Aku tahu cara nak buat orang tidur lena." Jelasnya sambil tersenyum. Aku rasa tak sedap hati. First of all, dia tak pernah panggil aku leader. Dan yang kedua, dia jarang sekali berperangai ceria macam ni.

"Okay. Aku masuk kelas dulu." Kataku bila kelasku dah dekat. Jeongyeon mengangguk dan melambai tangan lalu pergi. Sangat pelik. Aku masuk kelas dengan fikiran yang bercelaru sampai aku tak perasan yang satu kelas tengah memandangku.

"Yes?" Tanyaku dengan dingin sambil pandang mereka semua. Mereka tersenyum dan mula buat hal masing masing selepas tu. Benda kedua pelik yang berlaku hari ni. Aku pun duduk kat tempat duduk ku. Bambam pun masuk tak lama kemudian. Dia menuju ke arahku dan duduk sebelahku.

"Tahu tak ada lawatan sekolah diadakan esok? Setiap kelas ada seorang pelajar dihantar untuk ke lawatan tu." Jelas Bambam. Lawatan sekolah?

"Dengar dari mana ni? Aku tak tahu pun." Balasku.

"Ada kat papan notis. Siap dah ada nama pelajar untuk ke lawatan tersebut. Tapi aku tak tahu lawatan ni ke mana. Tak diterangkan. Oh ya! Kau wakil kelas ni tau." Jelas Bambam. Wtf? Aku? Macam mana aku pula boleh jadi wakil sedangkan aku baru je masuk sekolah ni?

Aku memandang semua pelajar dalam kelas. Patutlah mereka senyum kat aku tadi. Rupanya sebab aku jadi wakil untuk lawatan tu. Aku dah dapat rasakan yang lawatan ni pasti teruk. Aku meraup wajahku dengan penuh rasa geram. Argh! Aku takde masa nak pergi lawatan tak guna tu!

"Jungkook dan Jeongyeon pun ada sekali. Pelik kan? Seperti lawatan ni khas untuk kita. Aku rasa kalau setiap kelas hantar dua orang, kita berenam confirm kena pilih." Kata Bambam dengan bersahaja. Dia lalu baringkan kepalanya atas meja dan tidur. Apa yang Bambam katakan tu ada betulnya.

- Waktu rehat -

"Yo Lisa. Hari ni pelajar kelas aku masih lagi pelik. Seperti biasa." Jelas Doyeon. Kami terserempak depan tandas. Kami pun bercadang nak ke kantin bersama.

"Same. Ada benda aku nak bagitahu sebenarnya." Kataku secara tetiba. Aku perlu beritahu atleast seorang tentang Jeongyeon untuk bantu aku siasat tentang Jeongyeon.

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now