hello guyss!! Akhirnya author dapat semula account ni!!! Author akan update secepat mungkin dan harap korang masih setia membaca ff ni!!! Sorry lama tunggu😭
Jungkook Pov
"Eunha! Dengar dulu apa aku nak kata." Panggilku. Akhirnya dia berhenti juga. Kami berada tak berapa jauh dari tempat persembunyian tadi.
"Jungkook. Kau percayakan aku kan?" Katanya sambil memandangku.
"Dah tentulah."
"Good. Now let's go. Kau pun dah sembuh so boleh lah kita sambung perjalanan." Tambahnya pula. Aku memandangnya dengan hairan.
"Nak pergi mana?" Tanyaku. Aku masih terhutang budi dengan Taeyong dan Miyeon. Aku nak balas budi mereka dulu sebelum aku ke mana-mana.
"SEOUL!! Kau kata kau nak bawa aku ke Seoul kann?!! Jomlah balik Jungkook. Situasi kat sini dah tak selamat!" Jelasnya sambil memujukku. Yelah...Aku dah janji nak bawa dia ke Seoul semula dan tinggal dengan dia di tempat yang aman damai. Tapi...
"Eunha...Seoul agak jauh. Aku tak rasa aku boleh gerak sejauh tu dengan kecederaan aku ni. Apa lagi bila Eroix tengah berkeliaran di seluruh tempat sekarang ni." Jelasku.
"Haih...okay apa kata kita ke Goldenwood? Ianya tak sejauh Seoul dan kita boleh minta Hyunjin untuk lukiskan map untuk kita!" Cadangnya dengan sedikit rasa panik. Aku perasan yang dia tak bertindak seperti diri dia yang sebelum ni. Dia nampak sangat desperate.
"Okay aku akan tanya Lisa untuk temankan kita ke sana--"
"KENAPA NAK BAWA DIA?!" Bentaknya. Aku agak terkejut.
"Kau pun nampak aku dah cedera teruk Eunha. Kalau kita nak ke sana, kita perlukan bantuan mereka." Jelasku. Kepalaku sejujurnya masih lagi sakit.
"Mereka takkan ikut kita walaupun kau tanya mereka. Mereka tu bodoh dan takde otak. Bayangkanlah dengan jumlah mereka tu, mereka bercadang nak serbu ketua kepada Eroix?!! Tak ke bodoh tu?" Katanya sambil tergelak kecil. Ketua kepada Eroix? Mereka dah tahu?? Dan mereka tengah bersiap sedia nak pergi berlawan dengan ketua tu?
"Jungkook. Aku tahu kau masih lagi waras. Bukan macam mereka tu. Jomlah kita ke tempat selamat dan tinggalkan mereka." Cadang Eunha. Semua yang Eunha katakan sekarang kedengaran seperti angin. Aku tak dapat fokus mendengar kata-katanya kerana terlalu sibuk fikir tentang macam mana mereka nak ke tempat ketua tu nanti? Mereka tahu lokasinya ke?
"I'm really sorry Eunha. Aku bukannya tak nak bawa kau ke tempat selamat secepat mungkin, tapi aku cedera. Aku tak akan dapat lindungi kau pun kalau kita berdua larikan diri nanti. Apa kata tunggu sampai aku sembuh dulu? Sementara tu kita stay dengan yang lain. Okay?" Cadangku. Sebelum ni aku nak sangat bawa dia ke Seoul secepat mungkin. Mungkin sebab aku tahu aku mampu lawan sesiapa saja. Tapi sekarang ni aku cedera teruk. Eunha akan lebih selamat dengan bantuan yang lain berbanding dengan aku.
"Tahu tak yang mereka layan aku dengan buruk?!! Kau masih nak aku stay dengan mereka?!" Marah Eunha. Jarang aku nampak Eunha berkelakuan sebegini. Apa saja yang dah jadi antara dia dan yang lain sampaikan dia boleh jadi macam ni?
"Kita takde pilihan lain. Lagipula, aku kenal beberapa dari mereka. Mereka orang baik. Dan satu benda lagi aku nak tanya. Eunha. Aku nak kau jujur." Jelasku. Dia lalu memandangku dengan penuh rasa tak puas hati.
"Betul ke kau cuba nak serahkan Lisa kepada Eroix?"
"Ya! Sebab aku nak hidup! Mereka kata mereka akan lepaskan aku kalau aku beri Lisa kepada mereka." Jelasnya. Haih. So apa yang lain cakap tu betullah? Aku mula mengeluh.
"Kau tak patut buat semua tu Eunha. Kau tahu ianya salah kan? Lisa dah banyak bantu kita dan kau sendiri pun tahu. Kau perlu minta maaf kat dia dan yang lain." Kataku. Sebenarnya ada banyak lagi aku nak tanya Eunha. Berdasarkan apa yang aku dengar dari kata-kata yang lain tadi, Eunha bersikap agak kasar dan Eunha menggoda orang lain serta tak pernah cuba nak selamatkan aku.
"Fine. Tapi kau tak boleh benarkan mereka cederakan aku." Arahnya. Aku lalu mengangguk faham. Kami pun mula berjalan ke tempat tadi semula.
Walaupun dah tahu tentang semua tu, aku tak berasa apa-apa. Mungkin sebab selama ni aku memang tak mengharapkan apa apa pun dengan Eunha. Dia nak benci aku ke, tak suka aku ke, khianati aku ke, aku tak kisah. Perasaan aku kepadanya bukan cinta tapi cuma sebagai seorang penjaga. Mungkin adalah sedikit rasa kecewa. Tapi aku masih nak dia selamat. Atas sebab tertentu yang aku masih lagi belum sedia nak kongsikan kepada orang lain. Even Eunha sendiri pun tak tahu tentang ni.
End of Pov
xxxxxxxxxxxx
"Hah balik pun korang. Ingatkan dah di bawa lari oleh Eunha." Sindir Wooshik. Mereka semua berada di ruang tamu. Ada yang duduk dan berdiri.
"So dah bincang dengan Eunha? Dia bagitahu perkara sebenar ke atau dia tak bagitau langsung yang dia sebenarnya tak pernah cuba selamatkan kau-" Belum habis lagi Jeongyeon berkata, Jungkook dah mencelah. Eunha nampak gementar kerana tak tahu apa reaksi Jungkook tentang sikapnya tu.
"Tentang dia tak cuba nak selamatkan aku? Dan segala macam yang korang dah beritahu aku tadi? Aku tahu. Aku dengar semuanya dari korang tadi dan aku percaya apa yang korang katakan." Balas Jungkook.
"Jungkook...." Eunha kelihatan pucat lesi.
"So what? Aku still nak dia di sisi aku." Kata Jungkook. Hal ini membuatkan yang lain mula rasa tak percaya dengan apa yang mereka baru dengar.
"Kau sedar ke apa yang kau buat ni Jungkook?! Dia tak pernah berniat nak selamatkan kau pun sepanjang masa kami bersama! Kau masih nak bersama dengan dia?!!" Tanya Lisa dengan nada tak percaya. Mereka tak sangka Jungkook sebodoh itu. Eunha pula dah mula tersenyum kambing. Gembira yang Jungkook tak marah dengannya.
"Aku tak faham dengan pemikiran kau. Tapi tolong ajar dia untuk tak bersikap buruk dengan orang yang dah selamatkan dia berkali-kali." Kata Dowoon kepada Jungkook. Mereka semua tahu yang Dowoon nak Eunha minta maaf dengan Lisa. Dah tentulah. Nyawa Lisa dalam bahaya disebabkan oleh Eunha tadi.
"Eunha." Kata Jungkook sambil memandang Eunha. Eunha lalu membuat wajah tak rela namun dia masih tetap tunduk minta maaf kepada Lisa.
"Too bad. Kami tak nak dia dengan kami." Kata Lia pula.
"Betul tu. Entah apa yang dia nak buat lagi nanti." Kata Wooshik. Jungkook mula mengeluh.
"Aku merayu. Tolong benarkan kami stay dengan korang. Aku akan pastikan Eunha tak ganggu kamu." Kata Jungkook sambil tunduk. Ternga-nga mulut mereka bila Jungkook mula merayu. Lisa pula dah tak tahu nak buat apa. Dia iyakan saja lah permintaan Jungkook. Buat masa ni.
Lisa pun explain segalanya kepada Jungkook, Miyeon dan Taeyong tentang misi mereka untuk hapuskan Prof.Yuu. Mereka bertiga setuju nak join misi ni memandangkan mereka bertiga juga sasaran Eroix. Dengan jumlah yang lebih ramai, Lisa semakin bersemangat untuk hapuskan Eroix.
"Okay. Perhentian seterusnya, Blackwood City."
xxxxxxxxxxxx
Thank you sebab dah sudi baca ff ni!! Silalah nanti kan chapter seterusnya yaa!! Jangan lupa vote!!
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...