Lisa Pov
" Yo Lisa."
Jimin muncul entah dari mana. Dia memandangku dengan senyuman sinis. Dia seperti tengah mengutukku habis habisan dalam mindanya.
"Apa semua ni?" Tanyaku kepada Jimin. Memandangkan hanya dia saja yang selalu beri penjelasan walaupun penjelasannya kadang kadang tak jelas.
" Surprise! Hahaha seronok kan lawatan ni?" Katanya.
"Answer my question." Aku berkata dengan tegas. Dia ni suka sangat lari dari soalan.
"Well, seperti apa yang saem bagitahu tadi. Kita wakil sekolah untuk berlawan dengan 4 buah sekolah lain dari area sekitar sini. Terdapat Blackwood High iaitu kita, Redwood High, Goldenwood High dan Silverwood High." Jelas Jimin.
What the...ada 4 lagi sekolah yang seperti Blackwood High? Adakah pelajar dari sekolah-sekolah tu juga bersikap seperti pelajar Blackwood High ataupun mereka adalah pelajar biasa?
"K-Kami perlu berlawan secara fizikal ke?" Tanya Yeji yang berada di sebelahku.
"Oh? Hello there! Tak pernah nampak wajah kau dengan Lisa sebelum ni." Kata Jimin dengan wajah ceria. Nak saja aku hempas muka dia dilantai supaya dia boleh berhenti dengan lakonan dia. Aku tahu dia dalam diam ada rancangan keji.
"Saya Yeji." Kata Yeji. Jimin hanya angguk.
"Dont worry. Tak semua fizikal. Rasanya ada game selesaikan puzzle? Boring. Ohh dan ada lagi yang seronok!! Pelajar di letakkan dalam maze dan perlu cari jalan keluar ahahah!" Jelas Jimin dengan excited dan pergi dari situ. Dia dah hilang akal mungkin.
End of Pov
Jungkook Pov
Aku bukan nak curi dengar tapi memandangkan budak Jimin tu dah beri penjelasan dengan kuat, aku pun dengar je lah. So maksudnya, kami cuma perlu buat apa je untuk hidup. Aku perlu hidup kalau nak cari Eunha.
Tengah aku berfikir, aku melihat Jeongyeon tengah berjalan keluar dari tempat ni. Dia berjalan ke pintu lain daripada pintu yang kami masuk tadi. Wait a minute, aku tak nampak dia masa kami berjalan kaki ke sini tadi. Jeongyeon bersikap pelik. Ceria tak macam diri dia. Aku rasa Lisa pun sedar. Ada benda yang dah berlaku ke masa mereka nak keluar dari Blackwood High malam tu?
Aku mengikuti jalan yang Jeongyeon lalu. Ianya gelap. Something fishy here. Aku memandang sekeliling dan Jeongyeon tengah berbual dengan seseorang tak jauh dari di mana aku berada. Aku sembunyi di sebalik dinding. Dia berbual dengan seorang lelaki yang berhoodie hitam dan mempunyai tattoo di tangannya. Tattoo yang berlambang dari kumpulan Eroix.
Mereka lalu masuk di dalam sebuah bilik yang berkunci. Lelaki itu mempunyai kunci untuk bilik tersebut. Mereka masuk dalam bilik tu dan menutupnya semula. Aku mendekati bilik tersebut dan mencuri dengar apa yang mereka katakan dalam tu.
"Diamlah tak guna!" Bisik Jeongyeon dengan suara marah. Lepas tu bunyi benda berat terjatuh kedengaran.
"Kau akan jadi korban lepas ni jadi bersabarlah ya?" Kata lelaki tersebut sambil tertawa sinis. Jeongyeon turut ketawa. Apa semua ni? Jeongyeon bersekutu dengan kumpulan Eroix ke?
Bunyi tombol pintu dipulas. Aku pantas sembunyikan diri. Mereka keluar dari bilik tu dan kunci semula bilik tersebut. Setelah tu mereka berjalan ke destinasi masing masing. Siapa yang mereka kurung dalam tu? Aku perlu masuk dalam tu. Tapi masanya belum tiba memandangkan acara besar diadakan di bangunan ni buat masa ni.
End of Pov
- Situasi bambam dan Shownu -
"Shownu sembunyi. Ada orang." Bisik Bambam kepada Shownu. Mereka pun bersembunyi disebalik dinding. Mereka kini berada di sebuah tempat rahsia. Mereka dah ikut kesan ukiran di lantai tu dan ianya berhenti di depan lorong gelap.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...