"Lisa apa jadi dengan jari kau?!!" Tanya Doyeon. Mereka masih berada di ruang menunggu.
"Oh, ada game gila kat lawatan tak guna tu. Takpe hilang satu jari je." Jelas Lisa sambil tergelak kecil. Padahal dia agak tak biasa dengan kehilangan satu jarinya.
"Macam mana korang boleh tahu tempat ni?" Tanya Bambam.
"Ada penduduk bagitau tentang tempat ni. Kata mereka mungkin ada maklumat pasal lab Prof Yuu kat sini." Jelas Jeongyeon.
"Wah pasal lab Prof Yuu tu pun korang tau juga? Baru je nak bagitau korang pastu kena puji oleh Lisa. Rupanya korang dah tahu." Kata Bambam.
"Wow aku agak kagum yang korang masih hidup." Kata seseorang sambil mendekati mereka. Dia melihat Lisa dan Jungkook.
"Kau kawan Jimin kann? Apa kau buat kat sini?" Tanya Lisa dengan terkejut.
"Erm Lisa. Mereka yang guide kami ke kelab malam BW ni. Nama dia Seokjin. Mereka bukan musuh kita, malahan kita ada objektif yang sama dengan mereka. Iaitu hapuskan Eroix." Jelas Doyeon. Lisa masih ragu-ragu.
"Kalau motif kita memang sama dari awal, kenapa Jimin cuba nak bunuh aku?" Tanya Lisa. Seokjin lalu memandang rakannya Yoongi dengan wajah keliru.
"Apa kau cakap ni? Kami memang sejak awal takde niat nak cederakan korang. Kami cuma ragu-ragu kalau korang ni musuh ke tak. Kami tak tahu kenapa Jimin cuba nak bunuh kau." Jelas Seokjin.
"Jangan-jangan Jimin tu sebenarnya dah join Eroix." Sampuk Lia. Wooshik segera menyiku pinggangnya dan Lia menutup mulutnya. Tak sedar yang dia terlepas cakap.
"Mustahil. Jimin bencikan Eroix. Dia takkan sesekali terfikir nak join Eroix walaupun dia dipaksa. Dan Jimin suka bekerja sendiri. Sebab tulah kami sendiri pun sukar nak jangka apa dia nak buat. Dia akan munculkan diri bila dia nak munculkan diri." Jelas Yoongi.
"Dia masih hidup lagi ke?" Tanya Seokjin dengan risau.
"Kami tak pasti. Kali terakhir aku jumpa dia ialah sebelum berlakunya serangan dari Eroix di The Warrior." Jelas Lisa. Seokjin mengangguk.
"Aku ada jumpa dia." Kata Jungkook. Mereka semua memandangnya.
"Ianya masa aku cuba nak larikan diri dari Eroix semasa selesai acara terakhir tu. Jimin cuba selamatkan aku tapi malangnya dia pun ditangkap sekali. Tak lama kemudian, Eroix menyerang dan aku ambil kesempatan untuk berlawan dengan Eroix yang tangkap aku. Masa tulah Miyeon dan Taeyong muncul selamatkan aku. Aku nak selamatkan Jimin tapi dia dah dibawa lari. Aku rasa dia mungkin dibawa ke lab Prof Yuu." Jelas Jungkook.
Seokjin dan Yoongi mula mengeluh dengan geram. Rasa marah terhadap Eroix semakin bertambah.
"It's okay. Kita akan pergi selamatkan dia dan hapuskan Eroix. Untuk selamanya." Kata Lisa. Yang lain mula mengangguk. Tak lama kemudian, orang yang guide Lisa dan yang lain untuk masuk ke tempat rahsia ni, muncul dan mengarahkan mereka semua yang ada di situ masuk ke suatu bilik.
"Welcome." Sapa seseorang. Dia duduk di sebuah kerusi, jauh di depan. Bilik tersebut seperti bilik mesyuarat.
"Aku gembira ada lebih ahli yang menentang pasukan Eroix. Oh ya lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Momo. Aku juga digelar sebagai MM." Jelasnya sambil tersenyum.
(Momo twice)
"MM? Student yang tulis mesej di website rahsia dan juga buat poster tentang kejahatan Eroix tu kan??" Kata Lisa. Lisa memandang rakan Devil Forcenya yang lain. Mereka mengangguk. Bermakna Shownu, Bambam, dan Doyeon dah berjumpa dengan MM sebelum ni.
"Rakan kamu Bambam, Shownu dan Doyeon dah beritahu banyak tentang kamu. Kami sebenarnya nak keluarkan pasukan untuk bantu mencari kamu tapi nasib baiklah, korang sendiri yang munculkan diri ke sini. Aku dengar yang kau adalah ketua mereka? Nice to know you Lisa. Aku berharap kau dan rakan-rakan kau yang lain dapat bantu kami hapuskan Eroix." Jelas Momo. Lisa mengangguk.
"Thank you. Kau tahu di mana Lab Prof Yuu?" Tanya Lisa.
"Yes. Aku pernah di tangkap di Blackwood High dan di bawa ke lab Prof Yuu. Tapi aku berjaya lepaskan diri dan aku bersembunyi di sini. Prof Yuu ialah seorang scientist dan pakar teknologi yang bijak. Kita tak boleh pandang rendah kuasa dia. Even polis di seluruh kawasan ni dan kawasan-kawasan jiran tak berani nak tangkap Prof Yuu kerana takut akan Eroix." Jelas Momo.
"Tak pernah terfikir nak call pasukan penyelamat dari luar ke?" Tanya Jeongyeon.
"Tak banyak orang tahu akan kewujudan tempat ni. Kami cuba call tapi takde siapa percayakan kami. Nak keluar dari Blackwood City pun tak dapat sebab pasukan Eroix dah sekat jalan keluar nak ke kawasan luar. Satu-satunya cara nak bebas dari Eroix ialah hapuskan ketua Eroix iaitu Prof Yuu." Jelas Momo.
Mereka semua mula mengeluh. Berfikir bilalah mereka dapat bebas dari Eroix. Semakin ramai orang masuk dalam bilik mesyuarat tersebut. Mereka mulakan sesi berbincang strategy untuk serbu masuk lab Prof Yuu. Oleh sebab Momo mempunyai banyak informasi tentang Eroix dan Prof Yuu, Momo menjadi ketua dalam misi ini.
"Kalau boleh aku nak kamu elak dari terjumpa ahli Eroix yang lain. Kalau boleh sembunyi, then sembunyi. Tujuan utama kita ialah hapuskan Prof Yuu. Dan aku nak korang berhati-hati dengan satu team ni." Jelas Momo dengan serious.
"Team?" Tanya Jungkook.
"Ya. Prof Yuu dah tubuhkan satu pasukan elit Eroix. Mereka ada 6 orang setahu aku. Mereka sangat kuat dan licik. Semasa aku dikurung di suatu tempat kat lab Prof Yuu, aku terdengar yang dia nak tambah ahli dalam pasukan elitnya dan dia nak cari dari The Warrior." Jelas Momo.
"Kami ada soal siasat seorang Eroix. Dia kata Prof Yuu memang adakan acara hidup dan mati tak guna tu untuk cari ahli baru Eroix. Banyak juga pelajar lain yang diculik untuk eksperimen." Kata Wooshik.
"Aku harap takde ahli baru ditambah masuk dalam pasukan elitnya." Balas Momo.
"Jangan risau. Semua ahli khas yang dipilih oleh Eroix, ada kat sini. Dowoon, Lisa, Jungkook, Miyeon dan Taeyong. Actually Jimin pun, cuma entah dia dah menghilang ke mana." Kata Lia.
"Woah. Maksudnya korang ni hebat-hebat belaka lah ni? Sebab acara tu dibuat untuk cari ahli khas Eroix, so korang pasti hebat sehinggakan Eroix dah pilih korang masuk dalam pasukan mereka." Kata Zico. Zico ialah salah satu student di Blackwood High yang nak hapuskan Eroix. Yooa dan Yeri juga berada dalam bilik mesyuarat tu.
"T-Takdelah. Biasa je." Kata Miyeon sambil tersenyum sipu malu. Yang lain tergelak kecil melihat reaksi Miyeon terhadap pujian Zico.
"Baiklah kalau macam tu. Kita akan serbu masuk lab Prof Yuu malam esok. Sementara tu, sila bersiap sedia secara mental dan fizikal. Kalau ada yang nak tarik diri, boleh keluar sebelum malam esok. Sebab nyawa kita mungkin akan melayang dalam misi ini. Aku tak dapat janji yang kita akan hidup lepas misi ni tapi aku akan berusaha untuk jayakan misi kita ni. Iaitu hapuskan Prof Yuu."
Penjelasan terakhir Momo menyebabkan yang lain mula rasa bersemangat. Ada yang masih ragu-ragu tapi kebanyakkannya dah sedia untuk pergi berperang.
xxxxxxxxxxxx
Sorry lambat update yerr~ Terlalu banyak assignment sehinggakan otak author dah nak meletup😭😭 Tapi apa pun, thank youuu sudi baca fanfic ni! Jangan lupa vote dan comment yerr muahh💞
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...