Lisa Pov
Mana kuncinya ni? Dari tadi kami cari tapi tak jumpa-jumpa. Kami kini berada kat tingkat ke 2 bangunan sekolah lama ni. Ada 4 tingkat. Aku, Jungkook, Lia dan pasukan dia serta Eunha. Kawan dia lagi dua tu entah dah ke mana.
"Suruhlah kawan kau tu cari juga. Dari tadi asyik berbual je." Rungut Lia. Kami memandang Jungkook dan Eunha yang tengah berbual. Mereka sepertinya tengah serious berbual. Jungkook menunjukkan ekspresi wajah marah manakala Eunha pula tengah cuba explain.
"Biarlah mereka dulu. Aku malas nak kacau." Balasku. Lagipun Jungkook memang dah lama cari Eunha kan? Menurut katanya lah.
"Lisa ssi? Dah jumpa kunci?" Tanya seseorang yang baru saja muncul dalam bilik yang kami berada. Ianya Ten. Seulgi dan Dowoon muncul di belakangnya tak lama kemudian. Apa lagi diorang nak ni? Buat hal masing-masing jelah.
"Why?" Balasku.
"Sebab kami datang nak rampas dari korang." Katanya. Aku hanya tergelak palsu.
"Nak rampas apa? Angin? Kami belum jumpa pun." Balas Lia. Ten lalu memandangnya dengan pandangan maut.
"Let's not fight. Tak guna pun pertumpahan darah dalam acara ni." Kataku. Betullah. Buang masa je gaduh. Lagipun, manalah tahu ada benda nak menyerang kan?
"Siapa kata? Kalau korang mati, kurang sikit saingan nak cari kunci tu." Kata Ten. Aish dia ni. Asyik-asyik nak cari alasan untuk bergaduh. Aku penat betul dengan gaya mereka yang tak berfikir pastu main hentam je nak gaduh.
"Kunci pertama dah dijumpai. Pintu dah dibuka dan baru saja ditutup semula. Serangan diaktifkan. Sila cari kunci terakhir dan lepasi serangan untuk keluar dengan selamat."
Suara kedengaran keluar dari speaker dalam bilik ni. Kunci pertama dah dijumpai? Jimin ke yang jumpa? Ataupun dua rakan Eunha? Shit tinggal satu lagi!! Tambah pula dengan info baru tentang serangan tu!
"Shit!!" Marah Ten. Dia lalu berbincang dengan rakan sepasukannya.
"Jungkook." Panggilku. Aku tak nak ganggu mereka tapi keadaan tak mengizinkan. Jungkook perlu fokus cari kunci dulu kalau nak keluar dari sini bersama Eunha.
"Eo?" Balasnya.
"Im sorry but you need to focus finding the key too." Balasku. Dia meraup wajahnya dengan penuh rasa geram.
Tengah kami semua panik tu, kedengaran bunyi bising dari hujung. Kami semua keluar dari kelas lama tu dan pandang ke kawasan hujung tingkat ni. Ada bunyi bising dan ianya tengah menuruni tangga dihujung sana. Tapi benda tu tak muncul-muncul.
"Biar kami pergi tengok." Kata rakan sepasukan Lia. Kedua-dua rakan Lia lalu berjalan dengan berhati-hati sambil menuju ke arah tangga. Risau pula aku. Benda apa ada kat sana tu? Sesampai je mereka kat hujung, mereka memandang kami.
"Tak ade apa!!!" Jerit mereka. Kami baru nak hela nafas lega, tetiba badan mereka ditusuk oleh sesuatu. Badan mereka berdua ditusuk dengan sesuatu yang nampak seperti......ekor kala jengking yang besar.
"Nooo!!!!" Jerit Lia. Kami semua terkejut melihat situasi tersebut. Kedua-dua rakan Lia kini dah takde. Kami menunggu benda tu tunjukkan dirinya dengan penuh rasa gementar. Lia cuba menahan dirinya dari menangis.
"Wtf is this? Mereka tak cakap pun pasal benda ni tadi?!" Marah Ten.
"Macam mana nak lepaskan diri dari benda tu?" Eunha bersuara.
"Mana makhluk tu?" Tanyaku dengan nada kecil. Kenapa dia tak munculkan diri? Mungkin ke dia cuma akan menyerang bila kami mendekati kawasan tu? Ada dua tangga untuk naik ke atas dan turun ke bawah. Ianya tangga hujung sana dan juga tangga hujung belah kami sekarang ni.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...