Chap. 30

351 45 13
                                    

Lisa Pov

"Okay. Kami janji." Kataku.

Kami semua setia mendengar apa yang gadis Eroix ni nak katakan kepada kami. Dia mengeluh dan mula membuka suara.

"Eroix menggunakan lawatan ni sebagai salah satu cara untuk mendapatkan pelajar yang berkebolehan tinggi. Prof.Yuu iaitu leader dan pencipta Eroix nak guna pelajar yang dipilih tu untuk eksperimennya. Itu apa yang aku dengar. Pelajar-pelajar yang dipilih untuk lawatan kali ni ialah Dowoon, Lisa, Jungkook, Jimin, Taeyong, dan Miyeon." Jelasnya. Hm aku tak kenal Taeyong dan Miyeon. Mereka mungkin ikut game lain dari aku sepanjang lawatan ni.

"Prof.Yuu ni ada kat mana sekarang?" Tanya Wooshik.

"Blackwood." Balasnya.

"Pelajar yang telah diculik di bawa ke mana?" Tanyaku. Aku mungkin sempat selamatkan Jungkook lagi.

"Di bawa ke Blackwood City. Semua pelajar yang diculik kat lawatan ni ataupun di tempat lain, berada di lab Prof. Yuu untuk dieksperimen." Jawabnya. Dia menjawab setiap pertanyaan kami tanpa tergagap. Aku tak pasti dia tipu atau di bercakap benar. Tapi aku just anggap je la dia bercakap benar.

"Kat area mana lab Prof. Yuu di Blackwood City?" Tanya Jeongyeon.

"Itu aku tak pasti. Aku tak pernah ke sana lagi. Ianya tersembunyi. Tak semua Eroix dapat masuk ke sana." Jelasnya. Kami semua lalu berpandangan. Kesemua persoalan kami setakat ni, gadis ni dah jawab. Kali ni, kami pula perlu dengar permintaan dia.

"Kau dah jawab semua soalan kami buat masa ni. So, apa permintaan kau?" Tanya Dowoon. Gadis tersebut lalu memandang kami semua.

"Selamatkan semua orang yang berada di lab Prof.Yuu. Bunuh Prof.Yuu supaya semua orang yang dipaksa masuk Eroix akan bebas. Katanya sambil cuba menahan tangisannya. Aku dapat rasa yang dia juga dipaksa masuk Eroix.

"Tapi..Kalau kami bunuh Prof.Yuu, maksud dia semua orang yang ada tattoo Eroix akan mati kan?" Tanya Jeongyeon. Jeongyeon pernah bagitau yang dia terdengar perbualan Eroix semasa dia dikurung dalam stor tu.

"It's okay. Kami rela mati daripada digunakan untuk buat benda tak patut. Sesiapa je yang ada tattoo Eroix, tak mudah mati kecualilah kepala kami dipotong. Jika tak, kami akan sentiasa hidup semula. Prof Yuu mengawal pergerakan kami semua dan nyawa kami dikawal olehnya. " Jelasnya.

"Dia tahu kau ada kat sini ke sekarang ni?" Tanya Lia.

"Unfortunately yes. Tapi dia tak tahu apa yang aku buat sekarang ni. Sebab tulah aku perlu korang bunuh aku dan lari secepat mungkin dari sini sebelum Eroix lain sampai kat sini." Katanya.

"Bunuh kau?" Tanya Seulgi.

"Kalau Prof. Yuu dapat aku, dia akan tahu yang aku beritahu korang tentang Eroix. Dia mungkin akan larikan diri ataupun hancurkan lab tu dan bina lab baru kat tempat baru. You need to kill me now! And run!" Arahnya.

"Lisaa ada orang cuba nak buka pintu kedai runcit ni!" Bisik Wooshik sambil mengintai keadaan di luar stor ni. Aku mengarahkan yang lain untuk keluar dari tingkap kat stor ni. Mereka mula keluar secara perlahan supaya sesiapa saja yang cuba nak masuk kedai ni tak perasan.

"Aku harap korang berjaya." Kata gadis tersebut sambil tunduk tanda terima kasih kerana menerima permintaannya. Shit. Sekali lagi, orang tak bersalah perlu dibunuh. Dowoon menutup mata gadis tersebut dan memotong lehernya dengan pedang tajamnya. Kami segera keluar dari tempat tersebut dan pergi dari situ.

xxxxxxxxxxx

"Korang rasa ramai tak orang yang dipaksa masuk Eroix seperti gadis tadi?" Tanya Lia.

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now