Lisa Pov
Suasana di kawasan ni sangat ceria. Mereka nampak gembira dan bergelak tawa sepanjang masa walaupun dalam keadaan cedera. Aku pasti tak rasa apa-apa bila lihat suasana ni jika aku masih lagi seperti Lisa yang dulu. Penuh dendam dan serious sepanjang masa. Setelah aku lalui banyak situasi kat daerah ni, aku mula terbuka hati untuk mengenali orang lain. Membantu orang yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan. Aku tergelak kecil.
"Kenapa gelak? Ada yang lucu ke?" Tanya Jeongyeon disebelahku. Aku pantas melihatnya dan menggeleng kepala. Aish! Aku pasti nampak seperti orang gila senyum sendiri dari tadi.
"Aku cuma rasa suasana kat sini sangat menenangkan hati." Balasku. Jeongyeon lalu mengangguk sambil tersenyum.
"You know? Kau dah banyak berubah sejak kau ke Blackwood City." Kata Jeongyeon sambil tergelak kecil. Yang lain mula mendekati kami kerana tertarik dengan ayat Jeongyeon.
"Betul ke? Hm buat aku tertanya-tanya apa gaya Lisa dulu~" Wooshik menyiku aku sambil menaik-naikkan keningnya. Aku hanya tergelak kecil sambil menolaknya perlahan.
"Nak tahu? Lisa sangat tegas dan dia kiranya tak mudah simpati kat orang. Dulu kerja kami sebagai assasin kat Seoul membuatkan kami agak tak berperikemanusiaan. Kami tak takut membunuh dan kami lakukan apa saja asalkan kami diberi wang." Jelas Jeongyeon.
"Really??" Kata Lia dengan wajah terkejut.
"Yah jangan lah explain macam tu.. Guys, kami tak pilih customer atau tugas yang terlalu extreme okay? Kami akan lakukan tugas tu kalau orang yang kami perlu bunuh tu layak dapat semua tu. Janganlah buat aku nampak tak berhati perut Jeongyeon." Jelasku sambil memegang belakang leherku dan pandang bawah.
"Tengok? Dulu, kalau aku explain benda tak betul tentang Lisa pun, dia takkan peduli. Malah dia iyakan saja. Inilah pertama kali dia tak nak orang lain bersangka buruk tentangnya." Jelas Jeongyeon. Dia juga sedikit tak percaya yang aku boleh berkata sedemikian. Even aku pun agak terkejut dengan diriku tapi aku buat-buat macam biasa saja.
Mereka semua gelak sambil mengejekku. Kalau mereka buat semua ni kat aku dulu, aku pasti naik angin. Tapi sekarang, aku rasa benda ni biasa saja. Dan aku sukakannya. I admit that I'm different now. Aku lebih suka diriku sekarang.
"Tu bukan Hyunjin dengan Eunha ke?" Tanya Wooshik sambil menunjuk ke arah hutan. Kami semua mendekati mereka lalu bersembunyi disebalik pokok dan bushes. Kami cuba mendengar perbualan mereka.
"Eunha, please dont this to me." Jelas Hyunjin sambil mengurut dahinya dengan tangan kirinya.
"Hyunjin ah pleasee! Kita perlu keluar dari sini! Kau nak ditangkap oleh Eroix ke?!" Bisik Eunha.
" Okay... Apa kata aku lukiskan kau peta lepas tu kau pergi sendiri-"
"NO! Aku tak nak sendirian. Hyunjin...Babe...Please?" Pujuk Eunha sambil memeluk Hyunjin. Hyunjin mula mengeluh seperti tak tahu nak buat apa. Aku memandang yang lain dan mereka nampak terkejut.
"Babe?!!" Lia berkata tanpa suara sambil melihatku. Aku hanya mampu mengangkat bahu. Aku masih kurang faham dengan relationship Hyunjin dan Eunha.
"Eunha. This is wrong. Aku dengar yang kau dan Jungkook ada hubungan? Aku mula rasa bersalah Eunha. Bersalah kat Jungkook dan juga kawan-kawan aku. So aku nak minta tolong. Tolong jangan goda aku macam kau buat sebelum ni kat gua tu." Jelas Hyunjin sambil perlahan-lahan menolak Eunha. Walaupun Hyunjin nampak agak marah tapi dia tak melakukan kekerasan terhadap Eunha. Agak gentleman tapi still, apa yang mereka bualkan ni buat aku tak selesa.
"Kau juga yang terima bila aku peluk kau dan cium kau?! Kau boleh je tolak aku tapi kau tak dan aku tahu kau sukakan aku. Hyunjin...Aku tak nak lebih lama kat sini. Aku nak balik. Jomlah lari dari sini..." Pujuk Eunha sambil memegang pergelangan tangan Hyunjin.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...