Chap.11

359 45 2
                                    

Setelah beberapa jam berlalu, pelajar yang terpilih ke lawatan tu pun tiba di destinasi. Lisa memandang luar tingkap dengan perasaan ingin tahu. Keadaan kat luar taklah menakutkan sangat memandangkan ianya masih pagi. Kalau dah malam nanti hmm lain hal lah~ Mereka semua diarahkan untuk turun dari bas.

Lisa Pov

"Hello semua pelajar. Bandar ni digelar sebagai Underworld City. Indah tak?" Kata saem. Aku memandang sekeliling. Amende yang indahnya? Seperti bandar yang dah lama ditinggalkan adalah.

(Underworld city)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Underworld city)

Kami semua pun ikut je ke mana saem pergi. Kira-kira ada 20 pelajar dan 2 orang guru. Kami masuk ke dalam sebuah bangunan yang besar tapi menakutkan. Ianya sebuah hotel. Setakat ni, takde apa apa yang mencurigakan lagi. Aku perlu berhati hati kalau kalau diserang hendap oleh kumpulan Eroix ataupun sesiapa saja yang mencurigakan.

"Lisa yah~ Boleh tahankan tempat ni? Nanti kita jalan jalan keliling bandar nak?" Cadang Jeongyeon. Aku hanya tergelak palsu dan setuju. Baguslah tu. Kalau kami berdua je nanti, senang sikit nak borak dengan si palsu ni. Kalau dia cuba cederakan aku, bunuh je.

End of Pov

xxxxxxxxxx

- Situasi di Blackwood High -

"Bambam, Shownu, sini jap. Ada benda aku nak bagitau ni." Bisik Doyeon kepada Bambam dan Shownu. Mereka bertiga sedang berjalan menuju ke arah perpustakaan. Sebab mereka ke perpustakaan ialah, Lisa arahkan mereka untuk mencari bilik tersembunyi dalam tu. Lisa pernah terdengar perbualan beberapa pelajar bahawa kat library ada sebuah bilik misteri yang tak boleh didekati dan dimasuki oleh sesiapa pun. Kecuali yang dibenarkan saja.

"Ini tentang Jeongyeon." Bisik Doyeon.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Bambam. Shownu juga ingin tahu.

"Jeongyeon yang kita jumpa selepas je dia selesaikan misi mencuri dengar perbualan kumpulan Eroix tu, bukan Jeongyeon yang sebenar." Jelas Doyeon. Bambam pantas memandang Doyeon dengan pelik.

"Maksud? Dia palsu? Hahaha kau ni dah banyak tengok dramalah Doyeon." Kata Bambam pula sambil tergelak. Doyeon menolak bahu Bambam dengan kasar sambil memandangnya dengan pandangan maut. Sakit hati bila rakannya tak percayakannya.

"Aku seriouslah! Lisa pun tahu tentang ni dan dia pun setuju. Tulah, korang memang takkan perasan pun kalau Jeongyeon berperangai pelik. Dasar ahli pasukan tak guna." Sindir Doyeon sambil berjalan pantas ke depan. Meninggalkan Bambam dan Shownu kat belakang.

Bambam pun mengejar Doyeon dan bertanya lebih lanjut tentang kes Jeongyeon. Doyeon memberitahu segala pendapat dia dan apa yang Lisa beritahu dia tentang perangai pelik Jeongyeon, kepada dua rakan sepasukannya.

xxxxxxxx

- Situasi Lisa dan yang lain di Underworld City -

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now