Jungkook Pov
"Apa kesan darah ni?" Tanya Lia sambil melihat lantai yang penuh darah. Kami kini dah berada kat tingkat 1. Aku mendekati pintu keluar dan cuba buka tapi tak dapat. Dah tentu lah tak dapat. Aku try je.
"Mungkin tadi makhluk tu ada kat bawah ni..." Kata Eunha. Kami mula memeriksa sekeliling. Manatahu terjumpa kunci.
Tengah kami mencari, kami terdengar bunyi tapak kaki turun dari tangga bahagian kiri tu. Kami dah bersedia nak menyerang kalau ianya makhluk tu. Kami memandang tangga tu lama dan muncul lah Lisa bersama Dowoon. Mereka kelihatan panik.
"Guys!! Makhluk tu dah nak datang! Dengar sini baik-baik. Sekarang kita perlu bersembunyi dulu. Jangan gerak walau sedikit pun faham tak?! Go now!" Jelas Lisa. Aku tak faham apa sebabnya tapi yang penting perlu bersembunyi dulu.
Kami pun ikut saja kata-kata Lisa. Kami mula bersembunyi. Ada beberapa locker kelihatan dan Lisa kata locker adalah tempat yang baik untuk bersembunyi. Semua bersembunyi dalam locker kecuali Lisa dan Dowoon sebab dah tak cukup locker. Mereka utamakan kami terlebih dahulu.
"Lisa, kau je lah masuk dalam locker ni, biar aku cari tempat lain-" Tak sempat aku nak habiskan ayat aku, Lisa dah reject.
"Jeon Jungkook! Just stay in there! Susah sangat ke ikut arahan aku?!" Marahnya. Dia lalu menutup pintu lockerku dengan kuat dan mula berlari entah ke mana. Aish.. Aku tak suka bila tak dapat sumbang apa-apa bantuan. Aku tengok Lisa pun dah tak keruan. Menakutkan sangat ke makhluk tu?
End of Pov
Lisa Pov
Shit shit shit! Makhluk tu dah nak datang dan aku masih takde tempat bersembunyi. Mesti dia akan kejar aku! Sebab dia nampak aku ambil kunci dari siling tu!
"Lisa kenapa tak buka pintu je sekarang? Masih sempat lagi." Kata Dowoon. Kalau ikut hati, aku memang nak buka sekarang tapi Jimin...Aku nak dia pun keluar. Nanti dia tak sempat keluar pula kalau kami buka sekarang.
"Budak Jimin tu. Dia takde kat sini." Jelasku. Aku masih cari tempat sesuai nak sembunyi.
"Kau masih nak dia keluar dari sini bersama kita?!! Eventhough dia dah biar orang lain mati je tadi?!" Tanya Dowoon dengan pandangan tak percaya. Aku tahu...aku patut biar je dia. Tapi aku tak nak dia kalah. Entah apa jelah yang mereka akan buat kat Jimin kalau dia kalah. Kalau dia mati, aku tak dapat nak soal siasat dia pasal Eroix. Dia tahu banyak benda tentang Eroix. Lagipun, Jimin jugalah yang beri hint ni kepada kami. Kalau dia tak bagitau kami tentang kelemahan makhluk tu, peluang kami untuk berjaya adalah sangat rendah.
"Dowoon dengar cakap aku. Aku ada nampak almari kat hujung sana. Kau masuk sana okay? Dan simpan kunci ni. Aku nak pergi cari Jimin sambil umpan makhluk tu untuk naik atas. Lepas makhluk tu dah naik, korang ready-ready untuk buka pintu tu. TAPI, kalau makhluk tu turun balik dan masa tu aku masih tak ada kat bawah dengan korang, please keluar. Faham?" Jelasku. Kami tengah berlari sambil bercakap. Dowoon dah berada dalam bilik yang ada almari tu.
"Takkan kami nak tinggalkan kau?!" Kata Dowoon.
"Dowoon...Make sure yang lain selamat." Kataku. Makhluk tu dah tiba kat tingkat ni dan dia betul-betul kat hujung tu. Aku dapat rasa pandangan tajam makhluk tu. Dia berjalan dengan pantas ke arahku. Aku pun pecut ke atas. Aku tak tahulah aku dapat selamat atau tak tapi aku just harap yang lain selamat. At least aku perlu try untuk bawa Jimin keluar dengan selamat.
Aku pecut ke tingkat 4 dari tangga belah kanan dan sesampai je aku kat tingkat 4, aku berlari kat laluan luar kelas sambil melihat dalam kelas. Dia takde kat tingkat 4. Mana dia ni?! Aku kini dah berada kat tangga belah kiri. Oh ya, mungkin dia ada kat bumbung. Aku pun naik ke atas dengan harapan dia ada kat atas. Harap jelah makhluk tu tak naik atas juga. Nanti dia block jalan memang tak dapat turunlah kami gamaknya.
"Jimin?!" Panggilku bila dah naik atas.
"Apa?" Jawabnya sambil baring dengan selesanya. Sempat lagi dia menikmati keindahan langit palsu tu?
"Yah ppalli nawa. Kau nak keluar atau tak ni?" Tanyaku.
"Kenapa? Kau dah ada kunci tu ke? Tanyanya dengan nada tak berapa nak kisahnya tu.
"Ya aku dah ada kunci tu cepatlah! Makhluk tu naik ke sini nanti!" Marahku. Ish geram betul aku dengan dia ni!
"Habis tu kenapa tak keluar je kalau dah ada kunci? Buat apa cari aku?"
"Kau boleh tak tanya benda ni nanti? Cepatlah! Okay fine kalau kau nak tahu sangat. Aku nak kau keluar dari tempat ni bersama kami. Aku tak nak kau mati dalam sini ataupun lepas habis game ni. Faham?" Jelasku. Dia lalu memandangku lama. Lepas tu dia mengeluh dan berdiri. FINALLY!
Aku mengikutnya dari belakang lepas dia dah turun dari bumbung ni. Tengoklah lepas ni aku paksa dia beritahu semua benda tentang Eroix! Kami turun dengan berhati-hati. Takde makhluk tu kat tingkat 4. Kami baru je nak turun ke bawah melalui tangga belah kiri, makhluk tu dah menunggu kat tangga tingkat 3. Depan kami je.
"Patah balik!! Turun dari tangga belah kanan!!" Arahku kepada Jimin. Kami pun patah balik dan makhluk tu cuba nak serang kami dengan ekornya sambil mengejar kami. Matanya dah cedera sebelah menyebabkan dia berlari sambil langgar dinding. Tapi ekornya masih berfungsi dengan hebatnya.
Aku cuba nak slowkan pergerakan makhluk tu dengan menembaknya mengguna pistol yang aku dapat dari Dowoon tadi. Aku tak dapat aim matanya sekarang sebab tengah berlari. Aku cuma mampu menembak badannya. Itupun takdelah beri kesan yang besar kepada makhluk tu.
Kami teruskan je berlari. Dah banyak kali makhluk tu cuba nak serang kami dengan ekornya tapi asyik terkena dinding je. Mungkin sebab matanya sebelah dah cedera so dia takleh aim dengan tepat. Nasib baik aku dah cederakan matanya tadi. Kami teruskan berlari turun tangga sehinggalah ke tingkat 1.
"Guys!! Buka pintu!!!!" Jeritku dengan kuat supaya Dowoon dengar. Kami dah ada kat tingkat 1.
"Okayyy!!" Balasnya.
Aku dah dapat nampak mereka tengah keluar dari tempat ni guna pintu tu.
"Lisa jaga-jaga belakang kau!!" Jerit Jungkook. Aku melihat belakang dan ekor makhluk tu tengah menuju tepat ke arah aku. Semua benda seperti dalam keadaan slow motion sekarang ni. Aku mengeluarkan pistol dan cuba nak aim matanya yang satu pula. Aku harap terkena sasaran. Aku menembak dengan penuh harapan. Aku mengelak ekor makhluk tu dengan segala kudratku.
Aku terjatuh kat tepi. Dah hampir nak dekat pintu. Makhluk tu mengeluarkan ngauman kuat dan mula memberontak. Ini bermaksud yang aku dah berjaya cederakan kedua-dua matanya. Tapi dia mula menghancurkan segala benda di sekelilingnya. Dinding mula meretak kerana terkena serangan dari ekor kala jengkingnya. Siling pun meretak dan pecahannya mula jatuh. Pecahan yang sangat besar dari siling di mana aku berada hampir terkena aku tapi Dowoon dan Jungkook sempat menarik tanganku dan heret aku keluar dari bangunan tu.
Pintu pun tertutup selepas tu. Kini aku terbaring kat lantai. Aku memandang langit palsu sambil menghela nafas lega. Someone menghulurkan tangannya ke arahku. Ianya Jungkook. Aku menyambutnya sambil tergelak kecil.
"Kau ketua Devil Force. Kau ingat Jeongyeon akan gembira ke diselamatkan kalau dapat tahu kau dah takde?" Katanya sambil tersenyum. Aku roll eyes sambil tersenyum.
Lia berlari ke arahku sambil memelukku dan menangis. Aku memeluknya semula.
"Yahhh! Boleh tak lain kali jangan bertindak gila macam tu?!" Marahnya sambil memelukku erat. Mesti dia sedih akan kehilangan rakannya tu. Game ni memang dah melampau.
Dowoon, Ten, Seulgi dan Eunha mula mendekati aku.
"Thank you sebab dah bertungkus lumus untuk pastikan kami selamat." Kata Eunha sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya.
"G-Gumawo..." Kata Ten dengan awkward. Aku hanya tergelak kecil.
"Thanks sebab dah backup Dowoon tadi dan juga bantu kami walaupun kami bukan satu sekolah dengan korang. Maaf juga sebab dah cuba nak bunuh kau kat game maze tu." Jelas Seulgi sambil tunduk 90 darjah. Uish. Aku segera menyuruhnya bangun.
Mereka semua ni takdelah teruk mana. Aku memandang Jimin dan dia hanya pandangku sekejap pastu dia angguk kepalanya sikit dan pergi. Mungkin itu tandanya untuk berterima kasih. Apa-apa jelah tapi jangan harap dia akan terlepas dari aku nanti. Aku akan paksa dia beritahu aku tentang Eroix.
xxxxxxxxx
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanficStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...