Sorry guysss sebab lambat updatee!! Musim pkp ni, tetiba banyak pula assignment dan segala kerja di beri 😭😭 Anyways, Stay safe and healthy everyoneee❤️
Jungkook Pov
"Aku rasa bersalah." Gumamku sendirian. Aku tengah menunggu Eunha di luar bilik rehat untuk pasukan Goldenwood High.
"Tentang apa?" Tanya Eunha yang baru keluar dari bilik tersebut. Dia lalu memberiku sebotol air mineral kecil. Aku mengucap terima kasih sambil membuka penutup botol.
"T-Takde apa." Kataku. Aku membuang botol mineral yang dah kosong tu ke dalam tong sampah.
"Jungkook. Kau yakin nak balik ke Seoul?"
"Ofcourse."
"Macam mana dengan Lisa?" Tanyanya. Bila nama Lisa disebut, makin aku rasa tertekan. Entah kenapa. Selalunya aku tak fikir sangat tentang apa difikirkan oleh dia tapi sekarang ... Aku mudah rasa bersalah bila dah buat Lisa sedih. Aku tahu pasukan Devil Force sangat penting buat dia. Argh! Tapi Eunha juga penting bagi aku. Aku nak dia selamat dan keluar dari tempat keji ni. Sepanjang aku bersama Eunha dulu, aku sedar yang Eunha agak lemah semangat walaupun dia tak mengaku. Dia perlukan aku.
"I already told her. She's fine with it." Balasku. Tch, fine my ass. Nampak sangat dia marah. Aku ingat dia nak tampar aku dah tadi.
"Tapi kau rasa bersalah? Why?" Tanyanya. Eunha belajar kuasa psychic ke sepanjang berada kat Goldenwood High? Macam mana dia boleh tahu aku rasa bersalah kat Lisa ni? Mungkin ketara sangat kot yang aku rasa bersalah kat Lisa?
"Aku tak rasa bersalah kat dia. Aku rasa bersalah pasal benda lain." Tipuku. Tak nak lah panjangkan benda ni. Aku ada benda lebih penting nak fikir iaitu game terakhir aku. Choose... Jimin pernah kata yang aku perlu berhati-hati dengan game ni... Adakah ini game yang mempunyai makhluk mengerikan tu lagi?
End of Pov
xxxxxxxxx
Lisa Pov
"Yo Wooshik!" Aku memanggil Wooshik yang tengah berbual dengan Yeji. Hmm macam kacau daun lah pula tapi benda ni penting so maafkanlah aku ya Yeji.
"Yo! Kenapa?" Tanya Wooshik. Yeji turut menyapaku.
"Aku nak tanya sikit tapi boleh tak kita ke tempat lebih sunyi?" Tanyaku. Wajah Yeji lalu merona merah dan begitu juga Wooshik. Aku memandang mereka dengan hairan. Kenapa muka mereka merah?
"Kenapa?" Tanyaku dengan hairan.
"A-Aku tak tahu lah pula kau pandang a-aku macam tu..." Balas Wooshik sambil memegang belakang lehernya dan pandang tepi.
"Aku tak sangka kau jenis yang berani macam ni L-Lisa...Aku agak kagum.." Kata Yeji sambil tersenyum kambing. A-Apa yang mereka cakap ni?? Takkanlah mereka ingat aku..
"C-Chamkan! Korang ingat aku nak buat love confession ke sekarang ni??!!" Ohmygash. Aku tak sangka pertanyaan aku tadi boleh menyebabkan kesalahfahaman sebegini.
"Eh? Habis tu?" Tanya Yeji. First of all, bukan Yeji sukakan Wooshik ke? Kenapa dia tak nampak marah? Ke aku je yang ingat mereka berdua ni ada feeling antara satu sama lain?!Aku tak percaya betullah dengan budak berdua ni.
"Alaa...Ingat aku dah ada peminat tadi.." Rungut Wooshik. Amboi budak ni. Aku menggeleng kepala sambil mengarahkan mereka untuk ikut aku ke tempat yang lebih sunyi.
"Hah apa benda kau nak tanya?" Tanya Wooshik. Yeji juga bersama kami sekarang ni .
"Aku nak tanya tentang kumpulan Eroix. Tak boleh reject pertanyaan aku sebab kalau tak aku takkan maafkan kau sebab dah tikam aku." Ugutku sambil mencekak pinggangku. Saja je. Aku dah maafkan dia tentang tu.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...