Doyeon Pov
Aku berjalan ke arah bilik dorm aku dengan niat nak berehat. Penat betullah nak pura pura belajar kat sini. Memanglah jumlah ganjaran untuk misi ni agak lumayan tapi aku rasa misi ni....lain sikit. Tahap bahaya untuk misi ni aku tak dapat jangka. Harap jelah aku tak end up mati kat sini.
" Pelajar baru." Panggil seseorang dari belakang. Aku pun pandang belakang. Aku tak sedap hati dengan situasi ni.
" Yes?" Balasku. Aku perlu siap sedia lari kalau mereka nak buat sesuatu and yeap, ada lebih dari seorang berada kat sini. Aku tak boleh lawan mereka dan cederakan mereka sebab nanti mereka syak sesuatu kat aku.
" Kami ada buat party kecil kecilan kat dewan untuk korang. Kawan kau yang lain dah ada kat dewan." Jelasnya. Mereka takde name tag jadi tak tahu nama mereka. Malaslah nak tanya nama. Aku pun tak tahu mereka bercakap benar atau tak.
"Oh yeke? Okay nanti aku pergi. Aku nak ambil sesuatu kat bilik dulu. Byeee!" Jelasku. Aku rasa inilah jawapan terbaik setakat ni. Aku perlu acah percayakan mereka tapi dalam masa yang sama, tak ikut mereka.
" Chamkan." Kata seseorang daripada mereka lalu memegang pergelangan tanganku. Aku segera menarik tanganku tapi genggamannya terlalu kuat. Aku memandangnya dengan pandangan serious.
" Let me go." Kataku sambil menarik tanganku lagi. Jejaka yang menarik tanganku tersebut memandang dua lagi rakannya dengan serious. Apa dia cuba nak buat ni? Kedua-dua rakannya mendekatiku dan memegang bahuku.
Aku lalu menjerit minta tolong bila aku nampak je pelajar lain. Namun, mereka hiraukan jeritanku. Mereka nampak dengan jelas keadaan aku tapi mereka hiraukan dan cepat cepat pergi dari situ. Speechless gila. Patut ke aku lawan mereka dan cuba lepaskan diri? Tapi macam mana kalau mereka ialah pembunuh bersiri yang kami cari? Pasti mereka akan syak aku dan gang Devil Force yang lain. Makin susah nak serang hendap mereka lepas ni nanti!!
Mereka lalu bawa aku pergi entah ke mana. Jejaka yang bercakap dengan aku tadi berjalan di depan sekali dan aku di belakangnya sambil di kawal ketat oleh dua lagi jejaka di sebelah kiri dan kananku. Pelajar lain nampak aku di tangkap dengan jejaka jejaka ni tapi mereka pandang kejap je lalu buat kerja diorang semula.
"Excuse me? Korang nak bawa kawan aku ke mana tu?" Tanya Bambam yang entah muncul tetiba sambil minum minuman kotak. Dutchlady chocolate pula tu. Lega aku bila Bambam muncul. Fuhh selamat.
"Kami ada buat party untuk korang kat dewan." Kata jejaka tadi. Agak agak diorang ni cakap benar atau tak yer? Bambam lalu berfikir sejenak dan mula tersenyum.
"Guere? Thank you! Buat susah je ahahaha! By the way what's your name?" Tanya Bambam. Aku sedikit confused dengan apa yang Bambam cuba nak buat ni. Dia percayakan mereka ke? atau dia saja je cakap macam tu? Aku asyik pandang Bambam dan dia cuma balas dengan senyuman je bila pandang aku.
" No need to know." Balas jejaka tu. Bambam lalu tergelak kecil sambil mengangguk.
" Okay okay aku faham. Well aku cuma nak bawa kawan aku ni pergi jumpa pengetua. Pengetua kata dia nak jumpa kami. Lepas ni kami ke dewan yer? Jumpa nanti." Jelas Bambam sambil tersenyum lalu menarik tanganku dan kami pun pergi meninggalkan mereka.
"Oi. Pengetua nak jumpa kita ke?" Aku berkata dengan nada perlahan.
"Nope. Aku reka je. Aku datang nak selamatkan kau." Balas Bambam lalu wink kat aku. Fuh minta penampar sungguh! Tapi berdegup jugalah jantung ni bila dia cakap macam tu ohoho!
"Kau tahu diorang tipu? Macam mana kalau diorang bercakap benar?" Tanyaku. Bambam lalu geleng kepala.
" Aku baru je dari dewan tadi and takde apa pun kat sana. Pastu aku ada cari maklumat sikit pasal lelaki tadi. Lelaki tu nama dia xxx. Dia memang suka aim pelajar baru. Aku tak tahu apa mereka buat tapi yang aku tahu kita perlu berhati hati dengan dia." Jelas Bambam. Dia melepaskan tanganku bila kami dah jauh dari jejaka bernama xxx dan rakan rakannya tadi.
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...