- Situasi di Blackwood High -
"Yakin ke nak keluar?" Tanya Bambam kepada Zico.
"Habis tu? Takkan aku main-main pula. Cepatlah!" Tegas Zico sambil memandang sekeliling. Mereka tengah berada di luar sekolah. Cuba nak masuk ke stor yang mempunyai laluan bawah tanah untuk ke BW, kawasan utama di Blackwood City. Sekarang adalah waktu malam dan masa yang sama di mana game terakhir yang Lisa ikut tu tamat.
Zico iaitu salah satu pelajar Blackwood High yang cuba nak mengubah keadaan bandar mereka semula kini tengah mengetuai satu pasukan sebanyak 6 orang termasuk dia. Sepatutnya mereka kesemuanya ada 15 termasuk Bambam, Doyeon dan Shownu tapi yang lain diarahkan untuk mengawasi Blackwood High.
6 ahli yang akan ke BW ialah Zico, Yooa, Yeri, Bambam, Doyeon dan Shownu.
"Nasib baik korang jumpa map untuk setiap laluan rahsia ni." Kata Yooa kepada ahli pasukan Devil Force. Mereka dapat map tu semasa selamatkan Doyeon dari tempat rahsia milik Eroix kat dalam library.
"Tu dia stor tu!" Bisik Yeri. Yeri yang memegang map tersebut dan bertugas sebagai penentu arah. Mereka lalu mendekati stor tersebut. Mereka memandang sekeliling untuk pastikan takde orang lain yang memerhati mereka.
Baru je mereka nak buka, ada seseorang keluar dari stor tersebut.
"Kauu?? Kau bukan kawan si Jimin tu ke?" Tanya Bambam. Zico, Yeri dan Yooa memandang Bambam sebab hairan yang Bambam kenal individu tersebut.
"Apa korang buat kat sini?! Wait a minute....Bukan tu map kami ke?!" Katanya. Individu tersebut ialah Kim SeokJin. Dia lalu pandang sekeliling dengan panik dan mengarahkan keenam-enam pelajar tersebut masuk dalam stor.
"Apa maksud kau yang ini map korang? Kami jumpa ni di tempat milik Eroix lah!" Kata Doyeon. Bambam dan Shownu turut mengangguk.
"Jangan-jangan kau ni dari kumpulan Eroix?! Mengaku sekarang!" Bentak Zico sambil menarik collar baju Seokjin. Seokjin lalu menolak Zico jauh darinya dan membetulkan collar bajunya.
"Maksud kau bilik rahsia dalam library tu? Itu tempat rahsia kami. Ianya bukan milik Eroix dan aku juga bukan ahli Eroix. Bagi balik map kami!" Marah Seokjin dan cuba nak ambil map tu dari tangan Yeri tapi Doyeon menyembunyikan Yeri di belakangnya.
"Well. Aku dengar dengan jelas ada orang minta tolong kat sana. Kalau korang bukan Eroix, jadi buat apa kurung orang kat sana?" Tanya Doyeon. Seokjin lalu meraup wajahnya dengan geram.
"How did you even get in there?! Urgh!! Fine. Kami kurung orang yang bersubahat dengan Eroix kat dalam tu. Kami nak soal siasat mereka. Kami juga kurung mereka di stor macam ni. Kalau korang tengok map, ada nama mereka tertulis kat stor-stor. Kami selalunya tangkap mereka dan masukkan mereka dalam stor pastu pindahkan kat tempat rahsia kami tu." Jelasnya. Mereka seperti tak percaya apa yang mereka dengar.
"Kau serious ke ni?" Tanya Zico. Seokjin lalu roll eyes dan angguk.
"Let me ask you. Kenapa korang cederakan aku masa aku masuk library hari tu?" Tanya Doyeon sambil mencekak pinggang. Bila dah dapat tahu mereka bukan musuh, Doyeon mula curious kenapa dia dicederakan.
"Hah? Ohhh....Mungkin sebab kau nampak mencurigakan. Dah jadi motto kami kalau ada musuh menghampiri, kami terpaksa cederakan dan kurung untuk disoal siasat. Hm...So korang dapat tahu tentang tempat kami sebab tu rupanya." Jelas Seokjin. Dia dah nampak lebih mudah untuk bawa berbual daripada tadi.
"So, ada juga kumpulan yang menentang Eroix selain kami...Kamu semua ada berapa ahli?" Tanya Zico.
"Hmm kami ada agak ramai ahli. Kat sekolah ni kami ada sikit je tapi ramai dari tempat lain. Ofcourse mereka dari kawasan Blackwood City juga. Kami tak cuba cari orang untuk bantu kami dari bandar lain sebab aku tahu mereka pasti tak nak bantu." Seokjin berkata dengan nada serious.
Mereka saling bertanya soalan dan membalas jawapan. Zico menjelaskan tentang kumpulan kecilnya yang juga cuba nak selamatkan Blackwood City. Zico putuskan bergabung dengan kumpulan Seokjin. Seokjin selaku ahli yang agak penting dekat pasukannya pun setuju. Pasukan Devil Force juga turut menjelaskan tentang identiti mereka kepada Seokjin untuk mengelakkan kesalahfahaman. Walaupun agak berisiko untuk dedahkan yang mereka ni pasukan assasin, mereka dah putuskan untuk beritahu je. Mereka akan tanggung risiko kalau ada benda berlaku.
"Oh ya, apa korang nak buat tadi? Korang nak masuk stor ni ke?" Tanya Seokjin. Mereka mengangguk.
"Kami nak ke BW untuk meninjau keadaan luar." Jelas Bambam. Penerangan sekali lagi, yang BW adalah kawasan utama kat Blackwood City. Contohnya, Blackwood City ni seperti Seoul. Seoul kan luas, so mereka nak pergi ke kawasan bandar utama Seoul. Umpamanya macam tu lah.
"Tau tak ianya perjalanan yang jauh untuk ke BW walaupun guna jalan rahsia ni? Let me tell you one thing. Blackwood City ni besar. Kau ingat ianya hanya ada pekan Blackwood dan Blackwood High je ke?? Terdapat banyak tempat dan sekolah lagi kat Blackwood City dan begitu juga Eroix." Jelas Seokjin.
"Reallyyy? Heyy, you didn't tell us about that! Aku ingat tempat BW yang korang bagitau ni dekat je." Marah Doyeon terhadap Zico selepas dengar penjelasan dari Seokjin. Sejujurnya mereka tak tahu yang bandar Blackwood ni besar.
"Mian. Aku ingat jalan ni shortcut habis untuk ke BW. But I swear, aku tahu mana nak cari ketua Eroix ni!" Jelas Zico. Zico ada selidik beberapa maklumat tentang ketua Eroix sebelum ni. Dan dia dapat tahu ketua tersebut ada somewhere kat Blackwood City.
"Kat BW? Yakin ke?" Tanya Seokjin.
"Itu aku tak pasti..." Kata Zico.
"Tadi kata kau tahu mana ketua Eroix tu?!" Bambam bersuara pula. Zico membuat mereka semua pening.
"Aku nak ke BW sebab nak cari seseorang. Dia lebih arif tentang Eroix. Dia pernah jadi student kat sini tapi dia dah larikan diri. Aku dengar dia ada kat BW. Bersembunyi kerana dia diburu oleh Eroix." Jelas Zico dengan serious.
"Siapa?" Tanya Doyeon.
"Aku tak pasti kalau korang tahu tentang ni, tapi dia ada cipta satu website dan dia update mesej ringkas setiap hari selasa dan sabtu. Cuma sekarang dia dah berhenti update mesej dia. Dia juga ada tulis sesuatu tentang Eroix dan tampal ia kat Pekan Blackwood." Jelas Zico. (rujuk ep 4 dan 9 yer kalau dah lupa😂)
"MM?" Teka Doyeon.
Zico dan yang lain agak terkejut yang ahli Devil Force tahu tentang orang tersebut. Seokjin tak nampak terkejut bila Zico bagitahu tentang hal tu. Mungkin Seokjin dan ahlinya yang lain dah tahu tentang tu juga.
"Kami ada nampak kertas tu kat pekan dulu. Kami juga ada masuk website dia." Jelas Bambam. Mereka lalu mengangguk.
"Kalau macam tu, aku akan join korang. Biar aku bawa beberapa kawan aku. Korang tunggu kat sini kejap. Jangan keluar tau! Kalau ada mana-mana student nampak korang kat sini, mereka mungkin akan bagitau sesiapa je dari kumpulan Eroix." Jelas Seokjin. Dia lalu keluar dari stor tersebut.
15 minit kemudian, Seokjin masuk semula dalam stor dengan 3 kawannya.
"Sorry lambat. Ini kawan-kawan aku. Yoongi, Jackson dan Namjoon. Mereka agak baik dalam menggunakan senjata dan berlawan." Seokjin memperkenalkan rakan-rakannya. Mereka pun saling berkenalan.
"Shownu, Lisa ada balas mesej kau tak? Ada dia kata bila dia akan balik sini semula?" Tanya Doyeon. Mereka agak risau bila Lisa tak membalas mesej-mesej mereka. Mereka tak tahu yang kat kawasan Lisa berada, takde signal. Lisa tak dapat mesej mereka. Shownu geleng kepala. Shownu juga asyik menunggu bila Lisa nak tekan butang kat rantai yang diberinya tapi Lisa tak tekan so mereka hanya mampu anggap Lisa tak apa-apa.
"Lisa ketua korang tu kan? Setahu aku, kat Underworld tu takde line. Dia mungkin tak dapat mesej korang. Kawan kami Jimin pun ikut lawatan tu." Jelas Namjoon. Mereka hanya mampu mengeluh.
"So, shall we?" Tanya Zico. Mereka semua mengangguk. Pasukan Devil Force sebenarnya nak tunggu sehingga Lisa tiba baru lah nak bergerak tapi memandangkan mereka takkan tahu bila Lisa akan balik semula, maka mereka pergi sahaja terlebih dahulu. Manalah tahu dapat info lebih tentang Eroix.
xxxxxxxxxxxxxxx
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
Hayran KurguStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...