Chap.35

279 45 8
                                    

Lisa Pov

Suka sangat Jungkook kat Eunha sampaikan semua benda buruk yang Eunha buat pun dia tak kisah. Aku bukan nak busy body dengan hubungan mereka tapi aku cuma nak dia sedar yang Eunha tu tak baik untuk dia. Nanti kalau Eunha suruh dia pegi sacrifice diri dia macam mana? Pening aku.

"Lisa. Nak rehat ke? Kau nampak penat." Kata Dowoon yang berada di sebelahku. Aku menggeleng kepala.

"Hyunjin kata kita dah nak sampai. Baik kita teruskan je." Balasku. Kami semua tengah berjalan kaki ke Blackwood City dengan menggunakan jalan rahsia. Aku melihat Eunha dan Jungkook dibelakang. Mereka berbual seperti biasa. Jungkook melayannya seperti biasa...

Entah kenapa aku rasa sakit hati. Jungkook that idiot! Kalau nak suka seseorang pun atleast pilih lah yang sayangkan dia. Inii! Eunha yang selfish juga tulah jadi pilihan dia.

"Lisa, phone kau boleh guna tak?" Tanya Jeongyeon sambil mendekatiku.

"Habis battery. Kenapa?" Tanyaku.

"Aku nak call Doyeon. Memandangkan kita nak ke Blackwood City, baik suruh diorang jumpa kita kat sana nanti." Jelasnya. Yelah. Tapi phone aku dah habis battery dan aku tak ingat no phone mereka.. Oh ya! Aku lalu memegang rantaiku.

"Shownu boleh jejak lokasi aku kalau aku tekan butang kat rantai ni." Jelasku.

"Ceh, itu rupanya fungsi rantai tu. Mati-mati kami ingat yang Shownu suka kau hari tu." Kata Jeongyeon. Aku hanya tergelak kecil.

"Nanti bila kita dah nak dekat dengan lab tu, barulah aku tekan butang. Susah pula kalau tekan sekarang sebab nanti mereka ke sini, kita pula dah ke tempat lain." Jelasku. Jeongyeon mengangguk setuju. Kami berjalan di hutan-hutan dan akhirnya nampak juga bangunan-bangunan di hujung sana.

"Kita dah sampai di BW. Bandar utama di Blackwood City." Jelas Hyunjin. Kami melihat sekeliling. Ianya seperti bandar yang ditinggalkan. Ada penduduk yang berjalan ke sana-sini tapi mereka dalam keadaan sembunyi-sembunyi.

"Agak teruk. Dulu aku datang sini, taklah macam ni." Jelas Lia. Mungkin dia pernah ke sini sebelum kes Eroix ni berlaku.

"Sembunyiii!" Kata Taeyong. Kami segera bersembunyi. Kami melihat ada sekumpulan Eroix tengah meronda. Mereka bawa lori besar. Ada Eroix memandu lori, berada di belakang lori, dan juga berjalan di sebelah lori tersebut. Berapa orang ditangkap. Ada yang cuba lepaskan diri, tapi dibunuh. Aku tak sanggup nak tengok. Aku nak selamatkan mereka tapi Dowoon menghalangku dengan memegang bahuku.

"You can't. Nanti mereka lapor kepada ketua mereka. Jumlah mereka ramai." Bisik Dowoon. Yang lain juga turut menunduk. Haih. Aku pun tak jadi untuk selamatkan mereka.

Setelah kumpulan Eroix tu pergi, barulah kami keluar dari tempat persembunyian. Begitu juga dengan beberapa penduduk yang menangis teresak sambil duduk sebelah penduduk yang dibunuh tadi. Sebak di dada tapi aku tak dapat nak buat apa.

"Korang siapa?" Tanya seseorang sambil memandang kami. Mereka nampak terkejut dan takut. Seperti tak sedar yang kami ada di sini dari tadi.

"A-Ah kami bukan Eroix!! Kami juga nak selamatkan diri dari Eroix." Jelas Wooshik.

"Oh....Erm korang dari mana?" Tanya mereka. Ada beberapa yang mula mendekati kami.

"Dari Underworld City." Balas Jeongyeon. Mereka mengangguk faham.

"Er korang buat apa kat sini? Tak tahu ke yang ianya bahaya kat Blackwood sekarang ni? Korang patut pergi selamatkan diri ke Goldenwood." Jelas mereka.

"Korang pula? Kenapa tak larikan diri?" Tanyaku. Mereka lalu memandang sesama sendiri dengan wajah sedih. Mereka sendiri boleh larikan diri tapi mereka tak.

"Kami tak nak mati kat tempat lain. Kalau kami dibunuh, kami nak dibunuh di Blackwood, tempat tinggal asal kami." Kata mereka dengan senyuman sedih. Seperti mereka dah tak mengharapkan apa-apa.

"Dont worry. Kami akan musnahkan Eroix. Kamu pasti akan dapat semula kehidupan bebas kamu kat sini." Jelas Jungkook. Kami semua memandangnya kerana tak sangka yang dia akan berkata sebegitu.

"Wah Jungkook. Aku sebenarnya benci kau sebab gaya kau kebelakangan ni menjengkelkan tapi apa yang kau baru cakap tadi tu agak cool juga." Puji Wooshik sambil menyiku-nyiku pinggang Jungkook. Ianya membuat yang lain mula tergelak kecil.

"Thank you. Kami hanya mampu ucap selamat berjaya untuk kamu." Kata penduduk-penduduk tu sambil tersenyum. Kami mula teruskan perjalanan kami untuk mencari lab tu. Kami ada tanya penduduk tadi tapi mereka tak tahu. Mereka cuma kata yang mungkin ada orang lain tahu tentang tu kat sebuah tempat bernama BW Night Club.

Yeah aku tahu ianya sebuah kelab malam tapi mungkin situ tempat persembunyian yang selesa bagi orang-orang tu. Kami pun kini menuju ke kelab malam tersebut. Ianya taklah jauh mana dari di mana kami berada. So, kami pun berjalan kaki ke sana sambil cuba untuk tak terserempak dengan kumpulan Eroix.

"Lisa." Panggil Jungkook secara tiba-tiba. Awkward.

Aku pun berhenti sekejap untuk tunggu dia maju ke arahku. Jarak kami tadi agak jauh. Aku paling depan dan dia pula paling belakang bersama dengan Eunha. Bila dia panggil aku, yang lain mula memandang kami tapi aku menyuruh mereka teruskan perjalanan. Maka mereka pun teruskan berjalan. Aku kini berada di belakang bersama Jungkook sambil berjalan. Jungkook memberitahu sesuatu ke Eunha dan lepas tu Eunha mula berjalan depan sikit dari kami.

"Kenapa?" Tanyaku.

"Aku cuba nak beritahu kau dari tadi tapi timing tak sesuai." Jelasnya sambil pandang depan.

"Beritahu apa?"

"Aku betul-betul minta maaf tentang Eunha. Dia dah susahkan kau sejak awal." Katanya. Haih, tentang dia lagi? Aku dah penat dengar nama dia. Nak tengok muka dia pun dah naik darah aku. Setelah apa yang Eunha dah buat kami lalui, kalau boleh nak je aku tinggalkan dia di hutan.

"Aku tahu kau suka dia tapi kalau sekali lagi dia bahayakan nyawa kami, aku tak tahu apa akan terjadi. Dia tanggungjawab kau. Jaga dia baik-baik." Balasku. Yang lain sembunyi-sembunyi pandang kami. Bila mereka nampak aku pandang mereka, mereka terus pandang depan semula. Aku tergelak dalam hati.

"I understand. Ah ada benda lain lagi aku nak cakap." Katanya. Aku lalu memandangnya dengan wajah 'apa lagi?' ku.

"Aku tahu kau paling berusaha untuk selamatkan aku. Thank you. Walaupun aku bukan lagi ahli Devil Force, kau masih jaga aku sebagai leader. Lisa." Katanya sambil tersenyum memandangku. Aku terdiam.

"It's okay." Jelasku lalu berjalan semula ke depan tanpa memandangnya. Aku berjalan sebelah Lia.

"Lisa. Kenapa muka kau merah ni??? Kau sakit ke?!!" Kata Lia sambil memegang kedua belah pipiku. Aku memandangnya dengan penuh rasa keliru.

"Takdelah. Mungkin cuaca panas." Balasku lalu pandang depan semula. Cuaca dah lah mendung sekarang, tapi nasib baik diorang tak tanya lebih lanjut. Sejujurnya aku pun tak tahu kenapa wajah aku rasa sangat panas sekarang. Bila aku ingat semula wajah Jungkook tadi dengan kata-katanya, aku mula rasa muka aku nak meletup. Tapi aku tak tahu kenapa.

xxxxxxxxxxxxx
THANK YOU FOR READING THIS!! Jangan lupa vote and comment💞

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now