Chap.36

289 44 11
                                    

Mereka kini dah berada di depan BW Night Club. Lisa cuba membuka pintu depan, dan ianya tak berkunci. Maka mereka pun masuk ke dalam. Ianya gelap dan senyap.

"Kita ditipu ke?" Tanya Wooshik. Yang lain pun tak tahu nak jawab apa.

"Mungkin ada lorong bawah tanah ke apa. Periksa dulu." Jelas Dowoon. Mereka mengangguk setuju. Mereka berpecah dan mula mencari jalan ataupun sesiapa je yang ada kat dalam tu.

"G-Guys...." Miyeon bersuara dengan nada gementar. Mereka mula memandang ke arah di mana Miyeon berada. Ada beberapa orang tengah mengepung Miyeon sambil keluar dari bilik stor di mana Miyeon baru saja masuk tadi. Mereka mengacuhkan pistol dan senjata lain ke arah Miyeon. Miyeon hanya mampu mengangkat kedua belah tangannya ke udara sambil keluar dan berjumpa dengan rakannya yang lain di ruang tengah kelab tu.

"Siapa korang?" Tanya seseorang sambil mendekatkan pistol ke kepala Miyeon. Ada 4 orang berada di sekeliling Miyeon. Mereka dipenuhi dengan senjata so sukar bagi Lisa dan lain untuk berlawan. Lagipula, mereka takut yang Miyeon akan cedera.

"Kami bukan dari pasukan Eroix!" Jelas Jeongyeon.

"So? Tak semestinya korang bukan musuh walaupun korang bukan Eroix." Balasnya.

"Trust us. Kami bukan musuh. Kami cuma nak cari maklumat tentang Lab Prof Yuu." Kata Jungkook.

"Macam mana korang tahu tentang Prof.Yuu??" Tanya salah seorang dari mereka. Mereka terkejut yang Lisa dan lain tahu tentang Prof.Yuu. Memandangkan Prof.Yuu merahsiakan kewujudannya sebagai ketua Eroix, tak banyak yang tahu tentangnya.

"Kami baru terlepas dari acara hidup dan mati kat The Warrior, Underworld City. Kami nak hapuskan Prof Yuu dan selamatkan yang lain. Kami perlukan bantuan dari korang." Jelas Lisa. Mereka berempat mula memandang satu sama lain. Seperti tengah ragu-ragu tapi dalam masa yang sama nak percayakan Lisa dan yang lain.

"Siapa bagitahu korang tentang tempat ni?"

"Ada penduduk yang berdekatan yang beritahu kami tentang tempat ni. Mereka kata kami mungkin boleh dapat maklumat kat sini." Jelas Dowoon pula.

Tak lama kemudian, mereka mula menurunkan senjata mereka.

"Haih, entah kenapa makin banyak orang asing yang di bawa masuk ke sini." Rungut salah seorang dari mereka. Mereka lalu mengarahkan Lisa dan yang lain untuk mengikuti mereka. Mungkin membawa mereka ke tempat persembunyian sebenar mereka yang tersembunyi dalam kelab malam tu.

"Ada kumpulan lain lagi?" Tanya Jeongyeon. Mereka mengangguk malas.

Mereka masuk ke dalam dapur dan ada bilik tempat simpan wine dan segala macam minuman sejenis dengannya. Mereka masuk dalam bilik wine dan ada pintu kayu tersorok dihujung bilik. Mereka sekali lagi masuk melalui pintu dan barulah tempat sembunyian sebenar muncul.

"Banyaknya pintu nak lalu." Kata Lia. Wooshik lalu menyiku pinggangnya supaya dia tak bersuara lagi. Takut tersinggung orang-orang tadi.

"Ini tempat persembunyian kami. Sekarang kita kat ruang menunggu. Ada ruang lain lagi tapi nantilah kami tunjukkan. Lagipun bukan korang lama pun kan kat sini? Silalah duduk. Kami pergi panggil ketua." Kata salah seorang dari mereka. Lisa dan yang lain tak bersuara. Mereka hanya angguk je. Ada sofa sofa tersedia so mereka pun duduk.

"Macam kat lobby hotel tapi versi creepy." Kata Wooshik.

Lisa mula mengeluarkan rantainya dan bercadang nak tekan butang pengesan lokasi tu. At least kalau Doyeon dan yang lain tiba kat sini, mereka boleh tanya je orang-orang kat sini ke mana Lisa dah pergi jika Lisa dan yang lain dah keluar dari tempat ni. Maka, Lisa pun menekan butang tersebut. Harap yang Shownu dan lain dapat jejak lokasinya.

"Kau dah tekan butang tu?" Tanya Jeongyeon. Lisa mengangguk. Jungkook pula mendengar dengan teliti apa yang dibualkan oleh Jeongyeon dan Lisa, namun dia tak  bersuara.

Agak lama juga orang-orang tadi nak panggil ketua mereka. Lisa dan yang lain mula resah. Dah gatal kaki nak meneroka tempat ni😂 Tapi mereka tahan dulu niat tu. Takut orang-orang kat sini marah kerana meneroka tanpa kebenaran.

Bunyi tapak kaki mendekati mereka kedengaran. Seperti tengah berlari. Mereka pandang sesama sendiri dan mula memandang ke arah bunyi tersebut. Ianya datang dari sebuah lorong tak jauh dari mereka. Lorong itu juga lah yang dilalu oleh pasukan tadi untuk pergi memanggil ketua mereka.

"Mungkin ketua mereka." Kata Taeyong.

Mereka setia menunggu dengan gementar. Bila muncul je pemilik tapak kaki yang mereka dengar tadi, Lisa terkejut.

"Lisaaaa!!!" Jerit Doyeon sambil berlari memeluk Lisa. Shownu dan Bambam juga turut mendekati mereka dengan senyuman lebar. Lega yang Lisa tak apa-apa.

"Kenapa korang ada kat sini?" Tanya Lisa.

"Kami jumpa pelajar lain kat Blackwood High yang nak hapuskan Eroix, kami sama-sama ke sini." Jelas Bambam.

"Woah Jungkook pun ada?! And Jeong---Jeongyeonn?!! Kau yang asli ke yang palsu ni??" Kata Doyeon sambil menarik Lisa jauh dari Jeongyeon. Lisa yang tengah diheret oleh Doyeon tu pun tergelak kecil. Dia lalu mengusap kasar rambut Doyeon. Membuatkan Doyeon terdiam. Begitu juga dengan Bambam dan Shownu.

"Itu Jeongyeon sebenar. Kami dah selamatkan Jeongyeon." Jelas Lisa. Doyeon lalu memeluk Jeongyeon.

"Huhuu I miss youuuuu!!" Kata Doyeon. Jeongyeon pula cuba nak menjarakkan dirinya dari Doyeon tapi dalam masa yang sama tersenyum lebar.

"Lisa...Sorry ganggu tapi siapa mereka?" Tanya Dowoon.

"Oh. Perkenalkan. Inilah pasukan asal aku, Devil Force. Shownu, Bambam, Doyeon, Jeongyeon, dan aku." Kata Lisa. Ahli Devil Force yang lain mula pandang Lisa lalu pandang Jungkook semula.

"Jadi Jungkook memang bukan pasukan kita dah?" Tanya Bambam. Jungkook hanya pandang bawah.

"Nope. Dia ada tanggungjawab lain. Dia dah takde masa untuk kita." Jelas Lisa. Kedengaran seperti sindiran tapi Lisa betul-betul maksudkannya. Tanpa rasa benci. Walaupun sedikit annoyed dengan kebodohan Jungkook untuk jaga Eunha😂

"Okay. Tapi apa pun, nice to know that you are still fine Jungkook." Kata Bambam kepada Jungkook sambil memukul bahunya perlahan. Jungkook lalu tersenyum kecil sambil menolak Bambam.

"Tsk. I miss you guys." Kata Lisa secara tiba-tiba. Membuatkan ahli Devil Force yang lain mula rasa sebak. Mereka mula buat group hug.

"Jungkook come here. For the last time." Pelawa Lisa sambil menghulurkan tangannya. Jungkook tersenyum sambil menyambut tangan Lisa. Mereka pun group hug. Tak pernah mereka buat group hug sejak kumpulan ni dibina. Inilah pertama kali mereka rasa yang mereka ni sepasukan.

"Aww!!" Kata Lia yang mula terharu dengan reunion pasukan Devil Force. Lia mula memeluk Wooshik dan Hyunjin iaitu rakan baiknya dari Redwood High. Wooshik dan Hyunjin tergelak sambil memeluk Lia semula. Dowoon, Taeyong, dan Miyeon tersenyum melihat mereka. Manakala Eunha pula seperti biasa. Menunjukkan muka tak puas hatinya. Takut Jungkook ikut pasukan Devil Force semula.

xxxxxxxxxxxxxx
Thank you masih setia dengan fanfic ni! Stay safe at home~

DEVIL FORCEWhere stories live. Discover now