Lisa Pov
"Yeji ah. You ready? Hari ni kau ada acarakan?" Tanyaku kepada Yeji. Kami tengah bersedia nak ke The Warrior. Aku ada dua acara hari ni. 'Choose' dan juga 'No Rules'. No Rules pada pukul 12 pm dan Choose acara terakhir keseluruhan acara ni iaitu pukul 9 pm. Maksud dia esok kiranya dah boleh balik. Maybe...Itupun kalau aku masih hidup.
"Dah. Acara kita sama kan pukul 9 malam nanti?" Tanyanya. Aku pun mengangguk. Kami keluar dari bilik dan mula berjalan kaki untuk ke The Warrior.
xxxxxxxxxx
"Selamat datang ke acara NO RULES!!!!! Seperti yang ada kat nama game ni, ianya game yang tak memerlukan apa-apa peraturan untuk selesaikan game ni. Semua peserta akan dikurung dalam satu bangunan. Cari kunci untuk keluar dari bangunan tu dan kunci hanya ada 2 dan setiap kali ianya dibuka, pintu akan tutup semula. As I said, NO RULES. Korang nak bekerjasama ke atau rampas kunci dari sesama sendiri ke, tak kisah. Even jumpa satu kunci je pun, dan korang semua setuju nak keluar sama-sama tanpa pertumpahan darah pun boleh diterima. So, selamat berjaya."
Acara ni kedengaran mudah. Tak perlu nak cederakan sesiapa pun. Tapi masalah dia, sikap peserta yang join acara ni. Mereka semua nampak dingin dan tak nak beri kerjasama.
Aku, Jungkook dan juga Jimin join game ni wakil Blackwood High. Nampak je muka Jimin, aku rasa macam nak tampar- tampar muka dia. Aku masih tak lupa lagi kejadian berlaku hari tu masa dia cuba nak bunuh aku.
Dari Redwood High ada Lia dan dua lagi orang tak dikenali. Malas nak ambil tahu. Aku tersenyum memandang Lia dan pun membalas senyumanku sambil melambai tangan. Wakil dari Silverwood High adalah 3 pelajar tak guna tu. Ten, Seulgi dan Dowoon. Budak Seulgi tu asyik pandang aku dengan pandangan maut je dari tadi. Macam tak sabar dah nak bunuh aku. Wakil dari Goldenwood High pula masih tak datang.
"Sementara menunggu pelajar dari Goldenwood High, sila berdiri rapat-rapat sikit. Takut jatuh." Jelas host tu sambil tergelak kecil. Kami semua bingung.
Beberapa saat kemudian, lantai di tempat kami berdiri mula bergerak naik ke atas. Bila dah capai ketinggian seperti bangunan sekolah, lantai berhenti bergerak ke atas. Sekelip mata je kami dah ada atas bumbung sekolah. Seperti magic, tetiba bangunan sekolah terbina. Sangat sama seperti bangunan sekolah.
(gambar sekolah)
" Canggihnya." Kata Jungkook sambil memandangku. Dia tergelak kecil. Kagum mungkin. Aku mengangguk setuju.
"Lisa yah! Nak team up dengan kami? Kita sama-sama cari kunci dan keluar dari sini." Cadang Lia. Dia dan rakannya mendekati kami. Aku dan Jungkook memandang sesama sendiri dan setuju. Jimin bersendirian kat tepi pagar jauh dari kami.
Kami masih lagi menunggu pelajar dari Goldenwood High. Adalah dekat 5 minit. Aku tengok pelajar dari Silverwood High dah cuba nak buka pintu bumbung tu untuk masuk dalam sekolah tapi tak berjaya. Mungkin sebab game belum mula so pintu takleh buka lagi.
"Kau ada acara kan malam nanti?" Tanya Jungkook. Aik macam mana dia tahu?
"Eo. Mana tahu ni?" Tanyaku.
"Aku tengok nama kau dalam kertas tulah. Aku pun join game tu." Jelas Jungkook. Eh dia ni. Tetiba dah banyak cakap.
"Sejak dua menjak ni kau asyik bercakap je. Selalunya diam atau angguk je atau buat kerja sendiri." Jelasku. Tch, aku pun sama sebenarnya. Sebelum ni aku taklah banyak cakap mana. Just cakap benda penting je tapi sejak kami masuk bandar Blackwood dan hadapi segala benda gila yang berlaku ni, aku tetiba nak bercakap banyak.
"Diamlah." Balas Jungkook sambil merosakkan rambutku. Terkejut aku. Tak pernah-pernah lah dia nak sentuh aku dengan sengaja. Hmm mungkin dah selesa kot dengan aku? Entahlah. Yang penting aku tak tahu nak react macam mana. Maka aku jeling je lol. Jungkook ni asyik buat benda luar jangkaan je sejak kebelakangan ni. Aku tak tahu nak balas apa.
"Okayy pelajar Goldenwood High dah tiba!!! Bagi space sikit untuk mereka, kami nak teleport mereka kat atas sana." Kata Host tu. Uishhh teleport? Aku tak tahulah dari mana mereka belajar semua ni. Kami pun bagi space kat tengah. Dan sekelip mata je mereka dah ada kat atas. Ada 3 orang. 2 lelaki dan 1 gadis.
"Sorry guys! Kami lewat sikit dan dah buat korang tertunggu-tunggu." Kata gadis tersebut sambil tunduk minta maaf. Dua lelaki tu hanya buat muka tak kisah.
"Comel juga gadis tu.." Aku baru nak bergurau dengan Jungkook, dia buat pula muka terkejut. Matanya terbuntang luas.
"Nama aku Eun-"
"Eunha." Panggil Jungkook. Walaupun pelajar lain nampak macam tak ambik kisah sangat, tapi mereka semua nampak curious bila Jungkook react macam tu. Apa taknya, dah macam dalam drama. Tak sangka Jungkook berjumpa dengan gadis yang dicarinya, dalam acara ni.
"J-Jungkook? Apa kau buat kat sini?" Tanya Eunha. Seriously, dah macam dalam drama tv3 ni.
Jungkook berlari ke arah Eunha lalu memeluknya. Wow....Kami semua speechless. Tak tahu nak kata apa. Even Ten dan Seulgi pun terkejut sambil menutup mulut mereka. Aku tak pernah nampak Jungkook macam ni. Nampak sangatlah gadis ni special bagi Jungkook...
"Urmm... bukan nak kacau daun tapi memandangkan semua dah sampai, game dah boleh mula ya? Sekian." Jelas Host tersebut. Sekarang ni aku perlu tunggu si Jungkook ke atau pun teruskan cari kunci dulu?
Pelajar lain dah masuk dalam sekolah. Tinggal lah Lia, 2 rakannya, aku, Jungkook dan juga 3 pelajar dari Goldenwood High.
"Eunha kita takde masa nak buat semua ni." Kata rakannya. Jungkook lalu melepaskan pelukkannya dan pandang rakan Eunha dengan pandangan maut.
"So Lisa...How? Nak kami pergi cari dulu ke?" Jelas Lia. Aku memandang Jungkook tapi pandangannya hanya pada Eunha. Macam dia dah tak kisah pasal benda lain selain Eunha.
"Apa kata kita semua sama-sama cari kunci tu??" Cadang Eunha. Kami pun bersetuju.
"Lisa." Bisik Lia kepadaku. Kami semua masuk ke dalam sekolah. Keadaan kat dalam nampak bersepah dan usang.
"Apa?" Balasku.
"Aku ingat Jungkook sukakan kau. Siapa perempuan yang dia peluk tu?" Bisik Lia. Lia ni makin lama aku kenal dia, makin terserlah lah perangainya yang agak busybody tapi takpelah. Takleh nak buat apa bila dah curious kan.
"Uish mana ada dia suka aku." Balasku sambil geleng kepala.
"Alaa kami semua nampaklah kat skrin besar betapa caringnya dia kat kau masa korang kat game semalam. Hahh tadi yang dia usap kepala kau tu amende?" Bisik Lia lagi. Aish dia ni. Buat fantasy sendiri je. Aku hanya menggeleng kepala tanda tak setuju. Jungkook nak suka aku? Tengoklah cara dia pandang Eunha. Mustahil dia nak pandang aku. Well aku pun takde masa nak fikir pasal cinta.
"Nothing going on between us. Kami cuma rakan sepasukan." Balasku. Rasa sedikit sedih sebab entahlah. Kami dah kenal lama tapi aku tak tahu banyak benda pun tentang dia. Ish dahlah. Makin lama, makin aku confused fikir pasal benda ni. Yang penting aku nak keluar dari tempat ni secepat mungkin.
xxxxxxxxxxx
YOU ARE READING
DEVIL FORCE
FanfictionStarring - Lisa (Blackpink) - Jungkook (BTS) - Jeongyeon ( Twice ) - Doyeon (Weki Meki or IOI ) - Shownu (Monsta X) - Bambam (Got7) Kisah ini tentang kumpulan yang sanggup buat APA SAJA yang penting diberi ganjaran. Kumpulan ini digelar DEVIL FORCE...